Tuesday, April 28, 2009

TERNYATA SUDAH PEMIMPIN INI TIDAK BERWIBAWA TETAPI TETAP DIPILIH NAJIB

DPMM saman Menteri Besar Johor RM322j

JOHOR BAHRU: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Johor, semalam memfailkan saman menuntut ganti rugi sejumlah RM322 juta terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang didakwa gagal menyerahkan sebuah projek di sepanjang Pantai Lido, yang dijanjikan ketika pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 16 tahun lalu.
-
Saman yang dibuat di Mahkamah Tinggi di sini, turut menamakan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri serta Unit Perancang Ekonomi (Upen) negeri sebagai defendan. Menerusi saman itu, DPMM Johor menuntut RM322 juta sebagai ganti rugi am bagi pembangunan Pantai Lido.
Penolong Penasihat Undang-undang, Jailani Rahman mewakili tiga defendan manakala DPMM Johor diwakili Peguam, P K Nathan dan dibantu Fadzilah Mansor.

-
Yang Dipertua DPMM Johor, Syed Ali Al-Attas, ketika memberi keterangan di hadapan Hakim, Datuk Hue Siew Kheng, mendakwa pihaknya menanggung kerugian wang dan maruah selepas hak eksklusif projek yang diberikan kepada mereka bagi pembangunan pantai itu ditarik lebih 16 tahun lalu. Syed Ali berkata, menerusi hak eksklusif berkenaan, DPMM Johor diberikan kelulusan membangunkan kawasan tanah seluas 26.46 hektar membabitkan Lot PTB 20114 di Pantai Lido pada 1993.
-
Beliau berkata, Muhyiddin, yang kini Timbalan Perdana Menteri, mengumumkan perkara itu pada satu perjumpaan Hari Raya DPMM Johor, pada tahun sama. Syed Ali berkata, DPMM Johor juga sudah mendapatkan khidmat arkitek, perancang dan jurutera bagi melaksanakan projek pembangunan kawasan terbabit, namun selepas mengadakan beberapa pertemuan dengan beberapa agensi kerajaan, pihaknya diarah menangguhkannya sehingga Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) selesai membuat kajian terhadap Pelan Tempatan di bawah Sektor Tasek Utara.

-
Bagaimanapun, selepas Abdul Ghani mengambil alih pentadbiran pada April 1995, Syed Ali mendakwa, Menteri Besar baru itu mengabaikan perkara berkenaan. Syed Ali berkata, pada Oktober 1999, DPMM Johor kemudian mendapat tahu sebuah syarikat, Optima Bestari Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada Julai tahun sama, akan membangunkan kawasan Pantai Lido, menerusi satu keratan akhbar yang dikemukakan di mahkamah.
-
Katanya, pada 1 Jun 2004, defendan, UPEN Negeri kemudian menyerahkan satu surat kepada DPMM Johor yang membatalkan hak eksklusif projek itu. P K Nathan memberitahu mahkamah bahawa DPMM Johor menepati syarat ditetapkan kerajaan apabila menyediakan laporan Analisis Impak Trafik (TIA) dan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk projek itu.

-
"Defendan tidak pernah menafikan bahawa laporan EIA dan TIA pernah diserahkan," katanya ketika meminta mahkamah membuktikan sama ada wujud perlanggaran kontrak.

BN boikot Penanti

Elok benar rasanya jika Barisan Nasional (BN) kekal dengan pandangan awal Perdana Menteri mengenai penyertaan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti yang bakal diadakan. Jika benar BN tidak meletakkan calonnya pada pilihan raya itu nanti, ia bukan sahaja memudahkan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mengekalkan kerusi miliknya itu, malah turut membuktikan banyak perkara.
-
Kerusi Dun Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin, 16 April. Terdahulu pada 21 Mac, beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa 8 April tetapi mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

-
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Fairus merampas kerusi berkenaan dari genggaman BN. Beliau menewaskan Dato' Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi. Calon KeADILan itu memperolehi 7,346 undi berbanding Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh itu yang mendapat 5,127 undi.

-
Meskipun kerusi Dun Penanti secara tradisinya milik BN dan hanya terlepas pada pilihan raya lalu, ia bukanlah boleh dianggap kubu terlalu kuat atau kebal bagi parti itu. Buktinya, walaupun Pilihan Raya Umum 2004 dianggap kemuncak kekuatan dan pencapaian BN dalam sejarah pilihan raya negara, kerusi Dun Penanti dimenangi Abdul Jalil dengan majoriti hanya 667 undi. Ia bukanlah perbezaan undi yang besar bagi Dun yang memiliki lebih 15 ribu pengundi.

-
Berdasarkan perangkaan 2008, Dun berkenaan memiliki komposisi pengundi 73 peratus Melayu, diikuti 24.2 peratus Cina dan 2.4 peratus India. Jumlah lebih 25 peratus pengundi bukan Melayu terbukti menjadi penentu nasib BN. Sepertimana kebanyakan kerusi dengan komposisi sebegitu, Penanti juga akhirnya menjadi milik pembangkang.

-
Dalam perkembangan beberapa tahun ini, kaum bukan Melayu bukan lagi aset utama menjamin kemenangan BN. Pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau, 7 April lalu adalah contoh terkini. Sentimen menolak BN di kalangan mereka masih belum dapat dipulihkan.

-
Barangkali fakta-fakta ini sudah diambilkira Perdana Menteri. Bahawa perkembangan mutakhir ini tidak memihak BN. Maka harapan untuknya menewaskan KeADILan di Penanti adalah hampir mustahil.

-
Sebab itu tidak begitu memeranjatkan apabila Najib melontarkan kemungkinan partinya tidak ikut serta memeriahkan pesta demokrasi di sana sebaik kekosongan kerusi berkenaan dimaklumkan. Di samping menyifatkan peletakan jawatan Fairus sebagai mainan politik, Najib juga mengaitkan pilihan raya kecil ini dengan pembaziran masa dan wang rakyat.

-
"Terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya yang tidak perlu sebenarnya," katanya, sepertimana disiarkan media cetak, 18 April.
Kenyataan itu disambut reaksi bercampur-campur oleh para pemimpin dan pendokong BN sendiri. Ada yang senada seirama dengan beliau, ada juga yang tidak bersetuju.
Bagi yang bersetuju, mereka menyifatkan pilihan raya semula ini menyusah dan membosankan rakyat. Dalam keadaan kini segala tumpuan sepatutnya dihalakan kepada usaha memantapkan ekonomi rakyat dan negara.

-
Satu keaiban

-
Bagi yang tidak bersetuju pula, ketiadaan BN dalam mana-mana pilihan raya adalah suatu keaiban. Belum pernah dalam sejarah pilihan raya negara ini parti pemerintah itu tidak ikut serta secara sengaja, melainkan penyertaan calonnya dibatalkan di atas sebab teknikal.

-
Ada juga yang menganggap ketidaksediaan BN menyertai pilihan raya di Penanti ibarat memberikan kemenangan percuma kepada Pakatan Rakyat, khususnya KeADILan. Ia umpama menyerah kalah sebelum masuk gelanggang.
Lebih tidak menyenangkan, tindakan itu bagaikan menyumbang moral politik kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

-
Apa pun hujah BN, di luar sana rakyat ada telahan dan nilaian tersendiri. Alasan dan rasional dikemukakan Najib dan para pemimpin yang sependapat dengannya tidak dapat lari dari strategi dan kepentingan politik BN.

-
Andaikata nantinya BN benar-benar tidak ikut serta dalam pilihan raya kecil di Penanti, rakyat tidak mudah menerima alasan pembaziran wang, tenaga dan masa, sepertimana dinyatakan Najib. Logik paling diperkatakan ialah BN sudah trauma dengan kekalahan demi kekalahan dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

-
Pengalaman pahit di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau menghantui BN. Bagi mengelakkan terus dimalukan dengan rekod kekalahan berturut, maka jalan keluar terbaik buat BN ialah tidak bertanding di Penanti.

SPR belakangi demokrasi

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf disarankan supaya menjawat posisi Pengerusi Pemilihan Umno sahaja apabila sering dilihat menyebelahi Umno.
-
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar semasa mengulas pelbagai isu yang membabitkan SPR mutakhir ini terutamanya dalam penangguhan pengumuman pilihan raya kecil Dun Penanti dan isu barung panas.
"Saya ingat lebih baik Pengerusi SPR ini jadi Pengerusi Pemilihan Umno, pasti Najib (Dato' Seri Najib Tun Razak) kekal jadi Presiden Umno seumur hidup," kata Mahfuz.
-

Dalam isu memansuhkan barung panas parti-parti politik, Mahfuz melihat tindakan SPR itu tidak rasional dan tidak membantu kelancaran perjalanan pembuangan undi.
Barung-barung panas disediakan parti politik yang bertanding hanyalah untuk membantu SPR dalam menyelesaikan perjalanan pembungan undi dengan lebih baik dan segera, katanya.
"Kita tak kisah jika SPR nak jarakkan lagi barung, jika nak mansuhkan itu akan hanya menutup ruang parti politik untuk memastikan penyokong parti masing-masing ada akses kepada maklumat tentang saluran mengundi," katanya.
-

Jika tiadanya barung panas, pastinya kelewatan dan kesesakan berlaku di barung SPR dimana pengundi akan bersesak menggunakan barung SPR sahaja, katanya.
Mengulas isu dolak halik SPR dalam mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi kerusi Dun Penanti, Mahfuz mengecam tindakan SPR itu.
"Apa yang dibuat SPR memang tidak rasional seperti dalam keputusan nak tentukan bila penamaan calon Dun Penanti,
"SPR berdolak-dalih, tunggu SPRM buat keputusanlah dan suruh Fairuz Khairuddin (bekas Adun Penanti) tarik balik keputusan dan macam-macam lagi, ini apa ini?," katanya kesal.
Justeru, beliau mengulangi cadangan agar Pengerusi SPR memegang jawatan Pengerusi Pemilihan Umno sahaja bagi memastikan Najib kekal selaku Presiden Umno selamanya.

-
Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut mempersoalkan tindakan SPR mengambil masa panjang untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian di Penanti.

-
Sikap SPR itu membayangkan betapa tahap kecekapan dan professionalisma badan tersebut sangat dipersoal dan mengurangkan keyakinan rakyat, katanya.
Guang Eng berharap SPR akan lebih efisien, bebas, adil dan bersikap profesional dalam melaksanakan pilihan raya kecil.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Saifuddin Nasution Ismail pula melihat keputusan SPR itu bertentangan dengan ketetapan yang dibuat pada pilihan raya umum 2004.

-
ujar Saifuddin, pada tahun 2004 (sebelum pilihan raya), SPR tidak membenarkan pondok panas tetapi pada pagi hari mengundi, BN (Barisan Nasional) telah mendirikan pondok panas sedangkan Pakatan Rakyat patuh dengan peraturan itu.
Sebaliknya apabila pembangkang meminta penjelasan mengenai perubahan ketika itu, SPR mendakwa peraturan itu diubah pada pagi pilihan raya tersebut, kata Saifuddin lagi.
Bagi Saifuddin, SPR perlu konsisten dalam hal ini dan selari dengan peranan SPR sebagai badan yang menjalankan pilihan raya secara bersih, telus dan adil.

-
Saifuddin juga melihat cadangan menghadkan bilangan calon pula tidak wajar dilakukan SPR kerana pilihan raya adalah hari pesta demokrasi kepada rakyat.
Mengulas isu yang sama, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berpendirian SPR menggunakan faktor kesesakan bagi melarang kewujudan pondok panas dan mengehadkan jumlah pengundi tidak perlu timbul.

-
Beliau percaya pihak polis mampu mengawal keadaan pada hari penamaan calon dan hari mengundi. - mks. _

Wednesday, April 22, 2009

LETAKLAH JAWATAN, KESILAPAN ANDA MERUGIKAN NEGARA

Syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (Seruan Gemilang) mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob membayar dahulu saman sebanyak RM63 juta sebelum mengemukakan permohonan rayuan.
-
Permohonan Kerajaan Pahang untuk mengetepikan keputusan saman sebanyak RM63 juta oleh syarikat tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat ini.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Adnan melunaskan bayaran RM63 juta kepada Gemilang dalam tempoh 14 hari berhubung satu kes melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar, Pekan.

-
Ini menunjukkan sudah tidak relavan menyimpan org yang tidak berkaliber. Ini hanya membazirkan wang rakyat dan menyusahkan rakyat.
-
Letaklah jawatan anda dan usah berselindung lagi...

BANGUNLAH ORG MELAYU

Orang Melayu mesti insaf dan sedar keadaan politik semasa yang semakin menghimpit dan menekan. Mereka turut menyaksikan pelbagai tuntutan daripada kaum-kaum lain sehingga boleh menjejaskan kekuatan orang Melayu. Kini orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu. Majoriti kaum Melayu yang sepatutnya menjadi penentu, sudah tidak menjadi penentu.
-
Ramai orang Melayu berada dalam keadaan ‘bercelaru’. Banyak peristiwa menunjukkan orang Melayu tidak bersikap matang dan lebih mementingkan keuntungan politik peribadi masing-masing. Jika dilihat daripada sudut politik, orang Melayu tidak pernah bersatu hati. Setiap parti politik Melayu dengan bangga mendabik dada dan mengatakan partinya yang terbaik. Apabila parti-parti politik Melayu diminta bersatu demi kekuatan Melayu dan Islam, mereka mendabik dada mengatakan partinya yang terbaik. Apabila parti-parti politik Melayu diminta bersatu untuk kemakmuran dan kebaikan kaumnya sendiri, terlalu banyak alasan yang diberikan. Sebenarnya orang Melayu mesti bijak berpolitik seperti kaum-kaum lain. Kita lihat parti berasaskan kaum-kaum lain semakin hari semakin kuat.
-
Mereka bersatu dalam memperjuangkan usaha meningkatkan nasib kaum mereka. Perkara ini menjadi keutamaan parti bukan Melayu. Walaupun berlainan fahaman parti politik tetapi mereka akan bersatu apabila ada isu yang menyentuh kaum mereka. Namun parti politik orang Melayu tidak begitu. Bertambah malang apabila agama dijadikan senjata dan mengatakan pihak lain tidak benar kecuali mereka. Orang Melayu sering emosional ketika berpolitik. Ramai yang tebal sikap prejudis. Sikap defensif atau mempertahankan pegangan dan tidak boleh ditembusi. Demi bangsa bernama Melayu dan pegangan agama bernama Islam terus hidup subur selamanya dan bukan tinggal warisan, kini semua orang Melayu perlu titikkan noktah perpecahan dan mulakan lembaran baru untuk bersatu.
-
Semua pemimpin parti politik Melayu bersatu hati. Jadikan usaha memperjuangkan nasib orang Melayu sebagai agenda bersama. Orang Melayu perlu cepat sedar. Lihat sahaja dalam soal pelantikan wakil Kabinet, semua pihak sepatutnya menerima pilihan Perdana Menteri kerana ia bidang kuasa beliau. Begitu konsep Satu Malaysia yang telah disalah taksir oleh parti-parti pembangkang. Justeru, akibat kelemahan dan perpecahan orang Melayu sendiri, kaum-kaum lain sudah semakin berani membuat pelbagai tuntutan dan memainkan isu-isu yang tidak munasabah. Jadikanlah apa yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang selepas pilihan raya lalu sebagai pengajaran bahawa fenomena sama boleh berlaku di negeri-negeri lain, jika orang Melayu terus berpecah belah. Jangan nanti apabila tiba masanya, akibat daripada permainan politik melampau bagi setengah-tengah pemimpin Melayu yang tamak kuasa, orang Melayu menjadi pelarian di tanah air sendiri.
-
Janganlah kita menjadi seperti Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai. Kini orang Melayu sudah berpecah kepada empat bahagian iaitu orang Melayu menyokong UMNO, Pas dan PKR dan yang berkecuali, iaitu tidak menyokong mana-mana pihak. Di bandar-bandar, orang Melayu terus dipinggirkan oleh kekuasaan ekonomi kaum lain. Di luar bandar pula, orang Melayu terus hidup dalam serba kekurangan dan terpinggir. Sekiranya, orang minoriti India pun boleh bersatu dalam memperjuangkan kepentingan mereka, mengapa orang Melayu dan Islam tidak boleh bersatu sebagai satu ummah. Jika orang Melayu tidak juga insaf dan sedar lagi, maka tidak mustahil suatu hari nanti orang Melayu akan menerima nasib seperti orang Melayu di Singapura pada hari ini. Maka, orang Melayu berhentilah daripada terus bercakaran dan berpecah.
-
Jadikanlah Melayu dan Islam sebagai paksi untuk mencapai perpaduan dan kesepakatan yang kekal demi kekuatan bangsa Melayu dan Islam agar terus wujud di tanah airnya sendiri.

MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT TANPA BERFIKIR

Membazir atau belanja berhemah apabila mahu melelong kereta yang baru dibeli.
-
Tentunya sesuatu yang agak janggal kerana kebiasaan kereta kerajaan yang dilelong sudah berusia dan tidak ekonomik lagi untuk digunakan.
Sebaliknya 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat di Perak tidak sampai setahun sudah mahu dilelong kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN).

-
Tetapi itulah yang berlaku di Perak apabila kerajaan BN yang mendapat kuasa melalui rampasan secara paksa mempamerkan keanguhan biar pun baru dua bulan mentadbir.

-
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, apabila dilelong sudah tentu kenderaan yang baru pula akan dibeli kerajaan BN di Perak dengan harga lebih tinggi.
"Apabila kereta Camry dilelong harganya tentu menjadi lebih murah berbanding harga asal.
"Lainlah kalau kerajaan negeri membeli proton Exora yang baru dilancarkan, barulah munasabah.
"Nanti pendapatan hasil lelongan tersebut digunakan untuk membeli kereta yang lebih mahal, ia tentunya akan merugikan lagi," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

-
Kerajaan kudeta di Perak dilaporkan akan melelong 16 Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat. Tender lelongan tersebut juga sudah dibuka.
Camry tersebut dibeli kerajaan Pakatan bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang telah lama digunakan kerajaan BN sebelum Pakatan menerajui Perak Mac tahun lalu.

-
Pembelian dibuat memandangkan kos penyelenggaraan sebuah Proton V6 sehingga mencecah RM80,000.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak menjelaskan BN akan mengkaji kemungkinan tidak menyertai pilihan raya kecil Dun Penanti kerana tidak mahu membazir.

-
"Kenyataan itu jelas satu 'double standard' kerana dalam masa yang sama kerajaan BN di Perak pula mahu melelong kereta yang baru dibeli.
"Sekarang mereka berfikir seakan-akan menggunakan law of jungle pula," ujarnya.
Beliau juga percaya kemuncak krisis politik di Perak akan berlaku 7 Mei ini apabila diadakan persidangan Dun Perak, yang tentunya akan berlaku sesuatu.

-
Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha berkata, tindakan kerajaan kudeta BN di Perak melelong kereta baru dibeli sebagai tindakan mundur ke belakang.
Menurutnya begitu rendah harga diri kerajaan BN di Perak kerana bukan sahaja dendam kepada Exco Pakatan Rakyat tetapi marah juga kepada kereta Camry.

-
"Lebih parah lagi kalau mereka mahu menukar kepada kereta Mercedes selepas Camry dilelong. Di Perak sekarang yang tidak betul dijadikan betul dan yang betul dikatakan tak betul," katanya.

-
Menurutnya juga rakyat tidak timbul soal kereta, sebaliknya menuntut Dun dibubarkan.

-
FIKIRLAH SIKIT WANG SAPA YANG KAMU GUNAKAN WAHAI KERAJAAN...

Wednesday, April 15, 2009

SATU LAGI PILIHAN RAYA AKAN BERLAKU

Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.
-
Keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan dan untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".
-
Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR."Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.
-
Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.
-
Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TIDAK MAHU GAMBAR DITAYANGKAN

Najib tidak mahu nama dan gambarnya diletakkan pada poster untuk mempromosi mana-mana acara kementerian atau agensi-agensi kerajaan. Beliau mahu amalan menggandingkan gambar Perdana Menteri dengan menteri-menteri untuk tujuan promosi dihentikan, kerana ini sudah tidak sesuai dan boleh mendatangkan tanggapan tidak baik di kalangan rakyat.
-
“Sebagai contoh, sekiranya ada kempen pelancongan untuk Langkawi, jangan pakai gambar saya dan menteri berkenaan pada poster kempen tersebut,” katanya kepada pemberita.
-
Adakah najib tidak mahu gambarnya ditayang kerana kes yang beliau telah lakukan sehingga memalukan negara. Sama2lah kita fikirkan.

Monday, April 13, 2009

MAHUKAH KERAJAAN MELIHAT MALAYSIA MENJADI SEPERTI PATTAYA

PAS -menggesa Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil teladan atas apa yang berlaku di Pattaya semalam.
-
Kebangkitan rakyat Thailand itu merupakan manifestasi daripada ketidakpuasan hati mereka terhadap rampasan kuasa dan usaha menjatuhkan pemimpin pilihan mereka.
Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan perkara yang sama jika Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak segera dibubarkan bagi membolehkan mereka memilih dan menentukan siapa pemimpin dan kerajaan mana pilihan mereka.

-
"Keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang merupakan referendum rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang telah merampas kuasa di Perak secara tidak bermoral Februari lalu.
"Jika Dun tidak dibubarkan, PAS bimbang apa yang berlaku di Thailand akan turut terjadi di Perak dan jika ianya berlaku ia akan memburukkan lagi keadaan.
"Perdana Menteri sendiri telah melihat kesannya di Pattaya bila rakyat tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa jadi seharusnya beliau bertindak segera," tegas Kamaruddin kepada Harakahdaily.

-
Beliau juga menegaskan BN tidak seharusnya mengenepikan suara rakyat di Bukit Gantang yang jelas menolak mereka dan penolakan tersebut juga merupakan petanda mereka tidak menerima kerajaan haram yang diterajui oleh Umno di negeri tersebut.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 dibatalkan semalam selepas penunjuk perasaan antikerajaan merempuh pasukan keselamatan dan menggempur pusat media di lokasi sidang kemuncak itu berlangsung.

-
Penunjuk perasaan antikerajaan yang berbaju merah telah menyerbu pusat media berhampiran Hotel Royal Cliff sambil mengibarkan bendera dan menjerit slogan-slogan antikerajaan. Mereka turut memecahkan tingkap.

-
Sementara itu, tentera telah mengepung hotel tempat pemimpin-pemimpin ASEAN dijadual menghadiri makan tengah hari dan memutuskan sama ada akan meneruskan atau menangguhkan sidang kemuncak tersebut.
Berikutan itu, Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan darurat di Pattaya, resort tempat persidangan itu berlangsung, terletak kira-kira 150 kilometer dari selatan ibu negeri Bangkok.

-
Beliau turut mengisytiharkan darurat di kawasan sekitar wilayah Chonburi selepas penunjuk perasaan menggempur lokasi tersebut.

-
Pembatalan Sidang Kemuncak ASEAN itu merupakan kejadian memalukan buat kerajaan Abhisit yang mula memerintah sejak Disember lalu.
Sementara itu, seorang pemimpin pembangkang, Jakrapob Penkair menyifatkan, kumpulan antikerajaan telah mencatat kejayaan melalui pembatalan sidang kemuncak itu, namun katanya, bantahan akan tetap diteruskan sehingga Abhisit meletak jawatan.

MANIS DIBIBIR, BUSUK DI UDARA

kabinet baru yang dibentuk akan dilihat supaya tidak menjanjikan sesuatu yang sukar dilaksanakan sehingga menghilangkan sekali lagi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
-
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 1 Malaysia yang disebutkan oleh Najib ada pula yang menyamakannya dengan konsep Malaysia Malaysia yang dibawa oleh DAP sebelum ini. Slogan ini akhirnya akan menjadi seperti beberapa slogan kerajaan sebelum ini yang hanya manis dibibir tetapi tiada keberkesanannyaazak kerana telah berlaku kecelaruan fikiran di kalangan rakyat terhadap konsep tersebut.
-
Pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menjadi tempat bernaung golongan usahawan muda dan juga Majlis Amanah Rakyat, dikhuatir pemansuhan ini dan meletakkan bahagian Pembangunan Usahawan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengurangkan bantuan, sokongan dan perbelanjaan kepada golongan muda.
-
Bagaimanakah lepasni nasib kami golongan muda.....

Wednesday, April 8, 2009

TIDAK SEDAR LAGIKAH RAKYAT MALAYSIA

Latar belakang Mahathir tidak memberi sebarang erti bahkan beliau akan meneruskan semula polisinya yang dimantapkan lagi oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri.
-
Untuk menyelamatkan Islam dan orang Melayu supaya dijauh daripada segala mala petaka dan bahaya, jika mereka (Umno) meneruskan tradisi membelakang tuntutan moral, agama dan perlembagaan mereka akan menempa satu masa depan yang sangat malang kepada umat Islam dan rakyat Malaysia jika terus dihanyut oleh duit, rasuah dan nafsu maka mereka akan mengikut kaum-kaum yang dimusnah oleh Allah seperti mana dalam sejarah mereka yang menyokong kezaliman, kebatilan dan memihak kepada kejahatan pastinya mereka akan musnah seperti mana kaum-kaum yang telah musnah dahulu.

-
Kemasukan Mahathir akan merapat saf kepimpinan khasnya dalam Umno, kedudukan agama Islam dalam konteks Islam Hadhari tidak akan dipopularkan. Apatah lagi di zaman Abdullah pun Islam hadari tidak begitu popular.
-

Tetapi sedarkah rakyat malaysia berapa lamakah mahathir memerintah malaysia dan apakah yang terjadi kepada bangsa melayu. Adakah sudah bodoh orang-orang yang tidak mengiagati apa yang telah dilakukan olehnya. Antara perkara yang dilakukannya adalah:
1)Membuatkan negara mempunyai hutang yang berlipat ganda dengan negara luar kerana sibuk duk bangun banggunan, sedangkan banggunan itu dimiliki oleh orang luar bukan rakyat negara kita.
2)Keluarganya bertambah kaya dan mewah sedangkan rakyat semakin susah dan tersiksa.
3)Kerananya juga raja-raja kehilangan kuasa dan kekebalan.
4)Memegang tampuk pemerintah selama 24 tahun dan jika dilihat tahap sosial kepada negara menjadi seperti zaman jahiliah.
5)kejadian pembunuhan As-Shahid Ustaz Ibrahim Libya.
6)Tangkapan operasi lalang melibatkan kepimpinan pembangkang.
7)Mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
8)Menaikan harga barangan keperluan seharian atau harga minyak dan sebagainya.
9)Bertindak menghentam parti yang dipimpinya di era Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
-
Ini adalah beberapa perkara yang telah dilakukan mahathir. Kita sebagai rakyat malaysia tidak dapatkah melihat perkara yang telah dilakukannya. Adakah sanggup setelah tergadai negara baru nak menyesal.

KABINET-KABINET ALMARI LAMA YANG BERMASALAH JIKA DIPILIH

Najib Razak akan mengumumkan senarai anggota Kabinetnya hari ini, manakala majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia jemaah menteri dan timbalan menteri dijadualkan di Istana Negara pada jam 9.30 pagi esok.
-
Mengikut kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini semalam, Najib akan membuat pengumuman itu di Dewan Taklimat ICU, Aras 1, Jabatan Perdana Menteri pada jam 3 petang ini.
-
Hancuslah malaysia jika nama-nama kabinet dibawah yang banyak makan duit rakyat dipilih.
Antara 3 nama menteri kabinet almari yang x boleh pakai.
-

S Samy Vellu,Abdul Taib Mahmud,George Chan Hong Nam.
-
*Banyak wat projek jalan yang x siap.
*Projek yang hanya menelan belanja 2-3 bilion menjadi 6-9 bilion.
*x pernah nak mengakusalah yang dia x boleh nak jalankan tanggungjawab bahkan makin berleluasa merasuah.
*Mementingkan kekuasaan dan keuwangan semata-mata.
*Jawatan yang dipegang dahulu semuanya bermasalah.
*Merupakan ketua kongsi gelap tamil.
*Dia ni hanya mengutamakan ahli keluarga memegang jawatan-jawatan dalam kementerian.
*Banyak sangat dah dia wat masalah tapi masih dipilih.
*Yang penting rambutnya yang tidak bergerak ditiup angin, tidak basah dek hujan dan tidak penah panjang.(Paham-paham sudah)

Sunday, April 5, 2009

DIPERMAINKAN SELAMA 50 TAHUN

1)Hak milik tanah yang selama ini menjadi mainan politik Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu.
Agenda yang dilakukannya:
-
Setiap kali menjelang pilihan raya umum terdapat beberapa orang petugas datang mengukur keluasan tanah kononnya akan dijadikan tanah berstatus TOL, kemudian ada-ada saja orang akan ukur tanah dan bila selesai kempen pilihan raya mereka pun hilang.Rupanya selama ini penduduk dibiarkan tanpa sebarang jawapan walhal sudah beberapa kali penduduk terbabit mengisi borang permohonan.
-
Mempergunakan 'talian hayat' memberikan hak milik tanah sekiranya BN mengekalkan kerusi di Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau setiap kali pilihan raya umum.
-
2)MEDIA UMNO BN KOREK BAHAN 1995 HENTAM ANWAR
-
TV3 suku dan RTM yang merupakan talian hayat terakhir UMNO BN meneruskan tradisi berkempen untuk calon BN sempena 3 pilihanraya kecil ini.Terbaru media pengampu serta pembodek terbaik negara mengulang tayang ucapan DS Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1995.Dahsyatnya media pengampu ini bekerja,mereka sanggup mengorek kisah yang berlaku 14 tahun lepas demi memuaskan pemimpin UMNO BN yang menjadi pujaan dan pujian hati mereka.
-
3)Rasuah basikal dan tabur wang RM400 seorang
-
Umno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka.
-
Perkara tersebut diakui oleh seorang penduduk yang enggan dikenali bahawa semua penduduk telah menerima pemberian daripada Umno.





DAH TUA, X-TAHU MALU DAN X SEDAR DIRI



Kehadiran Mahathir Mohamad ke Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah esok, dijangka menyuntik semangat baru kepada jentera kempen Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kawasan pilihan raya itu.
-
Kenyataan ini menunjukkan yang diani memang x sdr diri. Dulu main kutuk BN sekarang jilat balik. Dah 2 orang-orang dia pun sama jugak. Aku meluat tol dgn MTHIR NI.
-
Sudah pasti akan terjadi lagi dan tergadai lagi negara jika diani campur tangan. Dahla banyak buat negara berhutang semasa memerintah dahulu..
Yang pasti benda ni akan berlaku:
-
Mahathir akan mempengaruhi pemerintahan negara di bawah kepimpinan baru termasuk menentukan barisan Kabinet Najib.
-
Mahathir akan memberikan pandangannya dan ramai akan berkata ia sekadar pandangan berguna untuk mengukuhkan parti dan negara. Orang lain pun diajak menyumbang idea(Adakah idea anda diterima pakai)
-

Janganlah hancur negara tercinta ku ini.

RAKYAT BOLEH BAGI NAJIB PELUANG JIKA

Rakyat sentiasa bersikap terbuka serta positif dalam menilai dan seterusnya memberi peluang kepadanya(najib) untuk menunjukkan kepimpinannya itu jika:
-
1)Rombak calon-calon dalam Barisan Nasional iaitu ambillah hanya calon yang tahu menjalankan tanggungjawab tetapi bukan menjahanamkan bangsa.
2)Selesaikan keadaan krisis ekonomi negara dan buktikan bajet mini 2 mana.
3)Bersihkan nama anda berhubung kes-kes yang dituduh kepada anda.

SIAPAKAH SALAH SEORANG TAHANAN ISA YANG DILEPASKAN


Ahli DIS, Francis Indanan melahirkan rasa gembira tidak terhingga dan bersyukur kerana dibebaskan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.
-
Dia yang ditahan di bawah ISA kerana mempunyai kaitan dengan peristiwa (pengeboman) di Bali, Indonesia juga tidak menyangka akan menikmati peluang tersebut.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membebaskan saya dan rakan-rakan,” katanya.
-
Adakah sebenarnya najib mempunyai agendanya tersendiri...
-
Kenapa asal dengar jew kes melibatkan letupan, nama najib mesti ada. Adakah najib hobinya meletupkan barang-barang...
-
-
-
Persoalan dalam pala hotak aku ni kenapa yang melibatkan kes besar dilepaskan sedangkan mereka ni hanya kes kecil tidak dilepaskan.

-
Ha pasni apa lagi najib nak wat. Mari kita lihat.

CALON BEBAS PENING KEPALA


Dengan tempoh masa berkempen tinggal sehari, tiga calon bebas bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau kini sepakat untuk berceramah dan berkempen secara serentak di atas pentas yang sama.
-
Tiga daripada 13 calon bebas; A.Jayagopal (lambang payung), Abdul Rahim Abu (jam) dan Radzi Mat Lazim (kerusi); berkongsi pentas untuk menyampaikan ceramah kempen mereka kepada orang ramai di Sungai Lalang, malam tadi.
-
Bagaimanapun ceramah itu hanya dihadiri oleh kira-kira 20 orang sahaja.
-
Kepada calon bebasni x payahlah dowk bertanding buat membazir jew.

SEMAKIN PANAS KALI INI

Aku tertarik dengan artikel cyberboron ini.

1. Bukit Gantang Penuh Sesak 2. Kedudukan Masih 50-50 3. PR Perlu Peka Dan Pantas - Che' Det Datang Hari ini 4. Mufti Harussani Tolong Kempen Jangan Undi PAS 5. UMNO Lapor Pada Polis - Nga Kor Ming Hina Islam Sebab Baca Ayat Quran 6.
-
Jangan Hanya Tangkis Serangan - Kita Juga Mesti Menyerang!1. Bukit Gantang Penuh SesakKawasan Parlimen Bukit Gantang penuh sesak. Penyokong PR dan BN dari seluruh pelosok negara membanjiri kawasan ini. Hotel dan rumah tumpangan di Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh tak ada lagi yang kosong. Jalan jammed, terutama dari arah Trong ke Changkat Jering. Hampir waktu maghrib tadi kenderaan bersusun dari traffic light plaza tol Changkat Jering hingga ke pekan Trong. Dari Sungai Tinggi nak ke Taiping, aku terpaksa patah balik ke Beruas, memandu ke Manong dan Kuala Kangsar, masuk high-way ke utara, tak keluar di Changkat Jering, tapi terus ke tol Taiping Utara. Singgah di majlis Jamuan DAP di Taman Kota Jaya.
-
Ramainya manusia! Alhamdulillah sekarang dah lapor diri di Stesen Maya 1.2. Kedudukan Masih 50-50Kedudukan kecenderungan pengundi masih bercampur-campur kalau ikut istilah bursa saham. Macam biasa, kedua-dua pihak mengaku sedang mendahului.BN yakin penuh telah dapat sokongan pengundi Melayu. Antara 65 ke 75 peratus. Pengundi Cina dan India terus di asak dengan pengumuman peruntukan itu dan ini.
-
Macam-macam ada! Petang tadi sebuah sekolah Cina dapat cek RM 1 juta untuk membina dan membaik pulih beberapa bangunan sekolah tu. Pengundi India di Simpang Halt dah dijanjikan penyelesaian masalah hak milik tanah yang diduduki sejak berpuluh tahun. Pengundi Cina Pulau Pasir Hitam dijanjikan bekalan air dan elektrik yang lebih sempurna. Majlis makan malam bersama pengundi Cina yang dihadiri Muhyidin Yasin mendapat sambutan boleh tahan. Mencecah angka ribu walau pun dalam hujan lebat.
-
Sumber bilik gerakan utama BN memberitahu sokongan pengundi bukan Melayu dah meningkat daripada sekitar 25% sebelum penamaan calon ke angka 30-35% hari ini. Kenyataan resmi jurucakap BN menyebutkan angka 40-50%.Kedua-dua pihak meramalkan peratus keluar mengundi ialah antara 75-80% iaitu antara 41,603 hingga 44,377.Jumlah Pengundi : 55,471Melayu : 35,105 ... kalau 75-80% keluar mengundi, angkanya 26,329 - 28,084.Bukan Melayu : 20,366 ... kalau 75-80% keluar mengundi, angkanya 15,275 - 16,293.Kalau BN dapat 65-75% undi Melayu, angkanya 17,114 - 19,747 atau 18,255 - 21,063.Kalau BN dapat 30-35% undi Bukan Melayu, angkanya 4,583 - 5,346 atau 4,888 - 5,703.Kalau dijumlahkan angka paling kecil daripada 4 pilihan itu iaitu 17,114 undi Melayu dan 4,583 undi bukan Melayu, BN memperolehi 21,697 daripada 41,603 undi atau 52.15%. Keputusannya BN menang.PAS-PR juga yakin menang. Sumber memberitahu PR telah mendapat sokongan 35% pengundi Melayu dan 80% pengundi bukan Melayu. Kalau digunakan angka yang sama seperti di atas, PR memperolehi 9,215 undi Melayu dan 12,220 undi bukan Melayu. Jumlahnya 21,435 daripada 41,603 undi atau 51.52%. Keputusannya PAS-PR menang.Sumber itu juga memberitahu sokongan pengundi Melayu boleh meningkat kepada 40% dalam masa 24 jam terakhir. Peningkatan itu akan menambah majoriti kemenangan atau menyerap peralihan keluar 4-5% sokongan bukan Melayu di saat akhir.
-
Aku tak mahu komen apa-apa berkenaan dakwaan kedua-dua pihak ini. Masing-masing ada kaedah pengiraan sendiri. Dan biasanya masing-masing suka menyedapkan hati sendiri. Yang diumumkan biasanya lain daripada yang ada dalam file.Aku menilai dari sudut pandang diri aku sebagai blogger, bersama rakan-rakan blogger yang lain. Antara sesama blogger pun ada perbezaan penilaian. Aku dengan penilaian aku sebagai blogger yang berdiri di atas hak peribadi aku dan dalam masa yang sama sebagai penyokong Pakatan Rakyat. Pembaca juga berhak untuk ada pandangan dan penilaian masing-masing. Terpulang.Bagi aku belum ada pihak (sama ada PR atau BN) yang layak berasa selesa dengan keadaan terkini di hari terakhir berkempen ini. Kedudukan masih samar-samar berlegar di angka 50-50. Pergerakan turun naik masih berlaku antara 46:54 ke 54:46 di kedua-dua kem. 8% daripada jumlah yang dijangka keluar mengundi menjadi penentu kemenangan. Secara logiknya 3200-3600 pengundi penentu ini ialah kumpulan pengundi atas pagar.
-
Pihak yang berjaya mendapat sokongan atau simpati daripada kumpulan ini akan muncul sebagai pemenang 7 April.Sebagai penyokong PR, aku mengharapkan PR menang. Tapi sehingga malam ini aku masih belum percaya PR boleh menang. Bila aku kata begitu, bukanlah bermaksud BN gerenti menang. Maksud aku petunjuk kemenangan tidak jelas ke mana-mana pun. Aku perlu tegaskan begini supaya BPN tak eksploit analisis aku ini untuk menghebahkan kononnya BloggersNetwork@Perak dah mengaku PR kalah.3.
-
PR Perlu Peka Dan Pantas - Che' Det Datang Hari IniAku harap semua rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dapat bertindak betul, pantas dan berhati-hati sepanjang hari dan malam ini (6 April) sehingga besok (7 April). Pemimpin-pemimpin jentera parti mesti fokus kepada keperluan sebenar. Petugas-petugas parti di peringkat UPU mesti all-out mengikat kecenderungan pengundi atas pagar. Jentera di peringkat lokaliti mesti selesai mengatur urusan pengundian ahli dan penyokong setia yang digerakkan secara sistematik pada hari mengundi. Ahli-ahli parti yang bukan jentera resmi mesti membantu dengan cara menziarahi atau menghubungi keluarga dan rakan kategori atas pagar. Sentuhan hubungan yang asli itu lebih berkesan daripada semua pendekatan kempen yang lain.Hari ini dijadualkan Che' Det akan turun berkempen di Bukit Gantang. Aku tak risau kedatangan orang tua itu dari sudut upayanya mengalih arah sokongan antara parti. Dia tak mampu mengubah pendirian penyokong Pakatan Rakyat.
-
Tetapi sentuhan black magic mantan diktator itu ada kemungkinan meredakan ketegangan dalaman UMNO Bukit Gantang. Setakat ini protes senyap kem Ketua UMNO Bahagian masih membara. Empayar Dato' Rosli Husin masih sukar untuk memberi laluan kemenangan kepada Ismail Saffian. Kemenangan Ismail bererti masa depan yang sukar dan tak menentu bagi Rosli. PR nampaknya tak cukup bijaksana memanipulasi keadaan itu. Hari ini Najib mengutuskan sifunya untuk menamatkan protes senyap ketumbukan Rosli. Kalau pujukan dan gorengan itu berhasil, UMNO akan dapat bonus berharga.PR tak wajar memandang remeh kepada apa pun yang berlaku. Che' Det memang hebat kuntaunya. Mungkin ada petua-petua baru yang akan dibisikkan kepada jentera UMNO dalam pertemuan-pertemuan tertutup hari ini.
-
Hujan duit akan turun dengan lebih lebat hari ini dan malam nanti. Risalah-risalah maut akan sampai kepada pengundi pada waktu petang dan malam nanti. Bahan tipu dan fitnah itu perlu dicounter dalam tempoh singkat. Kalau lambat bertindak balas, nahas padahnya.4.
-
Mufti Harussani Tolong Kempen Jangan Undi PAS Kelmarin Harussani dah turun ke gelanggang. Walau pun tubuh badannya tak ada di Bukit Gantang tetapi suaranya dah sampai. Sehari suntuk Radio Perak menyiarkan kenyataannya bahawa mengundi tak ada kena mengena dengan syurga dan neraka. Belitan UMNO simple saja ... (kononnya) PAS kata, undi PAS boleh masuk syurga. PAS kata jangan undi BN sebab boleh membawa ke neraka. Harussani beri penjelasan ... undi tak ada kena mengena dengan syurga neraka. Jangan peralatkan agama untuk meraih undi. Jangan peralatkan ayat Quran untuk kepentingan politik ... seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak ... parti politik tertentu. Manusia tak boleh menghukum siapa yang masuk syurga dan masuk neraka. Yang berhak menghukum hanyalah Allah.Kita mungkin menganggap kenyataan mufti itu bukan isu besar. Kita mungkin menganggap kenyataan itu perkara biasa. Memang itulah taktik UMNO sejak dulu. Kita mungkin bersangka taktik lapok itu tak memberi kesan. Penyokong kita tak akan terpengaruh dengan kenyataan basi itu. Tetapi, itu cuma persepsi kita. Yang penting sekarang ialah persepsi kumpulan atas pagar. Walau pun mereka tidak mudah dipengaruhi, namun kebarangkaliannya tetap ada.Perkara sebenar mesti disampaikan kepada pengundi. Mereka mesti difahamkan bahawa kita tak pernah menghukum siapa yang layak ke syurga atau ke neraka.
-
Tok guru dan penceramah kita hanya mengingatkan tentang syurga dan neraka secara umum. Kalau ada yang specific pun, peringatan itu masih merujuk kepada maksud asal ayat Quran atau Hadith Rasulullah. Tidak pernah kita menuding kepada mana-mana parti atau individu secara khusus. Itulah yang sebenarnya berlaku.Tok guru dan penceramah kita membaca ayat tentang perintah berlaku adil dan jangan melakukan kezaliman. Kita membaca ayat yang memberi amaran kepada pelaku kezaliman. Orang zalim tempatnya di neraka. Itu hukuman Allah, bukan hukuman kita. Kita juga membaca ayat larangan cenderung kepada kezaliman. Ayat Allah menghukumkan dengan jelas bahawa orang yang cenderung kepada kezaliman akan disambar oleh api neraka. Itu hukuman Allah, bukan hukuman kita.
-
UMNO melakukan kezaliman. Mereka mengurung manusia tanpa bicara (ISA). Mereka beri rasuah dan terima rasuah. Mereka menindas rakyat yang tak sealiran dengan mereka. Dan macam-macam lagi. Semua itu namanya zalim. Allah mengharamkan kezaliman. Allah telah menetapkan dalam Quran bahawa orang zalim akan masuk neraka. Kita baca ayat itu. Kita terangkan ayat Allah. Kita tak kata UMNO masuk neraka. Kita cuma mengingatkan apa yang Allah firmankan. Jangan buat zalim. Orang zalim akan masuk neraka. Kita cuma mengingatkan ISA itu zalim. Rasuah itu zalim. Menindas itu zalim. Orang zalim akan masuk neraka. Kalau UMNO berasa peringatan itu terkena batang hidung mereka, itu hak mereka. Pokoknya PAS atau Pakatan Rakyat tidak pernah menghukumkan UMNO mesti masuk neraka.
-
Begitulah juga sebaliknya dalam hal masuk syurga.5. UMNO Lapor Pada Polis - Nga Kor Ming Hina Islam Sebab Baca Ayat QuranUMNO juga dah buat report (polis) berkenaan pemimpin DAP (non-muslim) membaca ayat Quran dalam ucapan dan ceramah mereka. UMNO marah kononnya perbuatan itu mencemarkan kesucian Al-Quran. Al-Fadhil ulama' UMNO pun bermadah bahawa orang kafir tidak dibolehkan membaca ayat Quran. Pemimpin DAP dituduh mempermainkan kitab suci umat Islam. Pemimpin PAS dan PKR beragama Islam dituduh merelakan Quran dihina dan dipermainkan.Dari sudut benar atau salah, memanglah UMNO salah. Mereka hanya membuktikan kebodohan apabila membangkitkan isu ini. Tetapi dari sudut kesannya kepada pengundi Bukit Gantang, kita tak boleh pandang remeh. Orang Melayu ada ketikanya amat sensitif tentang maruah agama. UMNO yang tak pernah peduli tentang agama itu sentiasa licik menggunakan isu agama untuk membunuh imej pihak lawan.
-
PAS ditakuti dan dibenci oleh pengundi non-muslim sejak dulu kerana UMNO berjaya melekatkan imej agama yang ganas dan kolot kepada PAS. Alhamdulilah penipuan UMNO itu beransur terbongkar kebelakangan ini. Sembahyang dua imam, amanat Hj. Hadi, taliban dan anti kemajuan adalah contoh eksploitasi isu agama yang berjaya mengukuhkan UMNO.Oleh itu PR khususnya PAS tidak wajar terlalu defensif. Isu DAP baca ayat Quran ini perlu difahamkan secepat mungkin dalam tempoh satu hari yang terakhir ini.Pemimpin DAP yang membaca ayat Quran itu, juga membacakan terjemahannya yang betul seperti teks terjemahan yang asal. Mereka membaca ayat-ayat itu secara serius dan dengan maksud yang nyata. Bukan secara bermain-main atau dengan gaya memperolok-olokkannya. Tiada nas Quran atau Hadith yang melarang non-muslim membaca ayat Quran. Logiknya pun, kalau mereka ditegah membaca Al-Quran maka bagaimana kita nak menyeru mereka kepada Islam sedangkan sumber utama Islam ialah Al-Quran. Umar Al-khattab membuat keputusan memeluk Islam setelah dia membaca ayat Quran surah Taha di rumah adiknya. Ketua Biro Penyelidikan Majlis Gereja Sedunia, Garry Miller memeluk Islam setelah bertahun-tahun membaca dan mengkaji ayat Al-Quran. Sekarang dia adalah pendakwah yang aktif dengan nama baru Abdul Ahad Omar. Beribu-ribu pelajar non-muslim di sekolah menengah negara ini belajar mata pelajaran Pendidikan Islam sehingga ramai yang lulus cemerlang A1 bagi subjek Pendidikan Islam SPM. Pelajar-pelajar itu belajar Al-Quran dan membacanya selama bertahun-tahun.
-
Mengapa kerajaan UMNO tidak menghalang mereka?Sebenarnya UMNO hanya cuba menggunakan isu ini untuk mengelirukan pengundi atas pagar. Mereka cuba menyemai perasaan membela kesucian Al-Quran secara songsang. Al-Quran memang suci. Kesucian Al-Quran wajib dipertahankan. Perlakuan mempermainkan Al-Quran mesti ditentang habis-habisan. Hampir semua umat Islam akan terguris hati jika Al-Quran diperolok-olokkan. Maka UMNO pun cuba memesongkan fakta peristiwa pemimpin DAP membaca ayat Quran itu. UMNO cuba menggambarkan perlakuan pemimpin DAP itu sebagai tindakan menghina Quran. UMNO cuba membentuk persepsi bahawa PAS bacul kerana membiarkan non-muslim mempermainkan ayat Allah.Kita mesti beritahu pengundi tentang fakta sebenar peristiwa ini. Pemimpin DAP baca ayat yang sebenar. Pemimpin DAP baca terjemahan yang sebenar. Pemimpin DAP mengaplikasi maksud ayat-ayat yang dibaca itu secara bertepatan dengan maksud yang sebenar. Maka tak ada apa-apa yang salah.
-
Kita mesti beritahu pengundi bahawa kita tidak berhak menghalang non-muslim membaca ayat Quran selagi ia bukan bertujuan mempermain atau memperolokkannya. Kita perlu betulkan persepsi pengundi tentang Quran, Islam dan dakwah. Bantulah pengundi sehingga mereka dapat melihat betapa dakwah Islam mestilah berkait dan bersumberkan Al-Quran. Apabila non-muslim yang berkawan dengan kita sudah mula mahu membaca Al-Quran, itu merupakan antara kejayaan awal dakwah kita. Maka sepatutnya kita bersyukur apabila mereka tampil dikhalayak ramai membacakan ayat Quran. Mudah-mudahan lambat laun mereka akan menerima hidayah untuk menjadi muslim.Kita juga mesti fahamkan pengundi bahawa yang menolak Al-Quran ialah UMNO.
-
Islam UMNO sebagai sebuah kerajaan hanyalah Islam syiar. Islam mereka hanya pada masjid dan sekolah agama. Islam mereka hanya pada pejabat agama dan tengok anak bulan. Islam mereka hanyalah pada pusat Islam dan pusat pungutan zakat. Islam mereka hanyalah pada sambutan maulidur rasul dan sambutan maal hijrah.UMNO tak peduli pada halal haram yang ada dalam Quran. UMNO mempersetankan ayat Quran tentang aurat. UMNO tak pedulikan ayat Quran tentang riba dan rasuah. UMNO menghina ayat Quran tentang hudud dan qisas. UMNO memandang sinis ayat Quran tentang tarbiah dan tazkirah. UMNO mempersendakan ayat Quran tentang khilafah. UMNO mentertawakan ayat Quran tentang siasah dan daulah. Pendek kata, UMNO memusuhi Al-Quran. Kitab suci itu adalah musuh UMNO.
-
6. Jangan Hanya Tangkis Serangan - Kita Juga Mesti Menyerang!Setakat ini kedua-dua pihak saling serang menyerang. UMNO dengan isu derhaka dan boneka. PR dengan isu rampasan kuasa dan hak rakyat. Sehari dua ini serangan terhadap peribadi calon juga mula beredar. Serangan terhadap peribadi DS Nizar kurang berhasil. Ismail Saffian dibelasah teruk dengan isu Danok dan isu-isu salah laku seks yang menggemparkan.UMNO dipercayai akan melakukan serangan besar di hari terakhir ini. Mungkin ada pendedahan baru yang telah atau sedang direka-cipta oleh pemikir-pemikir strategi mereka. Mungkin ada provokasi besar untuk memerangkap emosi atau sentimen jentera dan petugas PR. Kita mesti cukup bersedia untuk menyerap kemungkinan-kemungkinan itu. Sejarah UMNO sepanjang setengah abad berpilihanraya, penuh dengan kejutan serangan saat akhir yang dahsyat. Mereka tidak pernah takut pada Tuhan untuk menipu dan memfitnah. Awas!PR mesti menyerang juga. Kita tidak boleh hanya mengukuhkan perisai. Kita juga perlu mengebom dan melancarkan peluru berpandu. Gunakan peluru Tuya sebaik mungkin.
-
Big Momma The Pontianak mesti di pentaskan besar-besaran. Yang nyata dan yang tersembunyi di sebalik rampasan kuasa perlu didedahkan kepada pengundi. Manfaatkan isu rasuah sebaik mungkin. Kalau cukup bukti, paparkan dengan terperinci puluhan drama XXX The Boya calon BN. Kalau ada bukti, beritahu pengundi tentang pengalaman calon BN sebagai duta sulit Malaysia ke Danok di Selatan Thailand.Kalau kita juga menyerang, BN akan kelam kabut nak menangkisnya. Mungkin tidak sempat menyerang kita. Serangggggggggggggg!


Rujukan:
http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/04/panas-di-bukit-gantang.html

Thursday, April 2, 2009

ADA OTAK FIKIR SENDIRI

Pilihan ditangan anda.....


Sama ada ini.....

Atau ini pilihan anda...





Mari saksikan....

MULALAH ERA PEMERINTAHAN PEMIMPIN-PEMIMPIN BERMASALAH


Politik wang a.k.a rasuah...
*Bimbang dengan beberapa pengakuan beberapa peimpin Umno yang kalah dalam pemilihan Umno ya
ng lalu bahawa wabak rasuah membayangi pemilihan pada akhir Mac lalu yang mana pertamanya pengakuan yang dibuat oleh Dato' Shahrir Samad yang mahu melepaskan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berikutan kekalahan dalam pemilihan baru-baru ini.
-

Shahrir katanya kecewa dengan sikap perwakilan yang tidak memilih pemimpin berdasarkan rekod khidmat, sebaliknya faktor lain yang dijadikan sandaran.
-
Begitu juga dengan pengakuan Dato' Seri Dr Rais Yatim yang kecewa barisan kepimpinan yang menang adalah barisan yang mencerminkan suara hati perwakilan dan bukan suara demokrasi ideal, katanya.
-
Kenyataan-kenyataan ini boleh dilihat sebagai kenyataan kecewa dengan apa yang berlaku dalam Umno kali ini di mana ramai yang menang kerana politik wang dan bukan kerana mahu kepada perubahan.
-
-
Paling dibimbangi barisan yang menjadi pemimpin negara yang mana telah terbentuk selepas Dato' Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah pada jam 10.00 pagi 3 April adalah barisan yang dikhuatiri mempunyai persepsi rasuah. -

Penyelewengan a.k.a Pembunuhan...

* Hantu Altantuya akan terus menerus mengganggu Najib di mana-mana dan pada bila-bila masa. Gangguan pertama 'hantu' Altantuya datang dari Perancis. Akhbar Liberation secara terperinci cuba menggambarkan apa yang berlaku dalam kes Altantuya. Memandangkan apa yang diceritakan oleh akhbar tersebut adalah menyentuh Perdana Menteri Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk membersihkan namanya daripada tuduhan serius tersebut.
-
Najib wajib menyaman akhbar tersebut. Kegagalan Najib menyaman bermakna Najib seolah-olah mengakui bahawa berita tersebut adalah benar dan bukannya fitnah. Oleh kerana ia benar, bagaimanakah Najib boleh, dengan tanpa harga diri dan bermaruah, bersedia menerima menjadi Presiden Umno dan seterusnya menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri?
-
Kes Altantuya bukan sahaja melibatkan isu pembunuhan ngeri seorang wanita cantik dengan bom C4 tetapi ia juga berkaitan rapat dengan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kini semua orang tahu pada tahun 2002, Kementerian Pertahanan yang diterajui Najib telah membeli tiga kapal selam yang bernilai RM4.5 bilion melalui syarikat yang dikuasai oleh kawan rapat Najib dan juga penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.
-
Dilaporkan Razak telah dibayar RM530 juta sebagai komisyen. Teori bahawa pembunuhan Altantuya mempunyai kaitan rapat dengan isu komisyen kapal selam ini amat sukar ditolak kecuali oleh mereka yang dungu. Najib juga tidak boleh lari daripada isu pembelian jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.2 bilion yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan yang diterajuinya. - Pembelian Sukhoi dari Rusia pada tahun 2003 adalah berkait rapat dengan penghantaran angkasawan Malaysia yang pertama yang telah menelan belanja duit rakyat sebanyak RM90 juta.
-
Rakyat di ketiga-tiga kawasan pilihan raya kecil juga tidak akan melupai isu kelewatan penghataran enam kapal peronda sisir pantai (six offshore patrol vessels) yang juga melibatkan kementerian yang diterajui Najib.Kelewatan tersebut mengakibatkan nilai kontrak melonjak secara mendadak daripada RM4.9 bilion kepada RM 6.75 bilion. Yang lebih menarik lagi dokumen-dokumen yang berkaitan transaksi tersebut dilaporkan hilang pada bulan Sepetember 2008.
- Mungkin Najib layak digelar 'David Copperfield Malaysia' kerana setiap kali beliau didakwa terlibat banyak 'makhluk' yang hilang, antaranya Altantuya, Balasundram, Adun Behrang dan Adun Changkat Jering.
-
Jangan lupa dokumen imigresen keluar masuk Altantuya ke negara ini juga hilang! Pilihan raya kecil ini juga satu pungutan suara rakyat berkaitan dengan tindakan Najib menyekat kebebasan bersuara. Rakyat yang dahagakan maklumat alternatif daripada Harakah dan Suara Keadilan pasti akan menghukum Najib dan partinya kerana menggantung akhbar tersebut. Penggantungan Harakah dan Suara Keadilan, selama tiga bilan, menunjukkan Najib tidak bersedia menerima suara yang menentang beliau. Dengan lain perkataan Najib adalah kuku besi dan musuh demokrasi.
-
Demokrasi meminta parti-parti yang bertanding di dalam pilihan raya sepatutnya bertanding di padang yang sama rata. Jika kita boleh mengibaratkan demokrasi sebagai perlumbaan kuda kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat sepatutnya dibekalkan dengan kuda jika hendak berlumba kuda. Najib sebaliknya hanya membenarkan BN menunggang kuda dan melarang Pakatan Rakyat menggunakan mana-mana kuda dalam pertandingan lumba kuda! Bagi rakyat Perak khususnya, pilihan raya kecil di Bukit Gantang adalah peluang untuk mereka menghukum Najib di atas rampasan kuasa yang tidak sah yang dilakukan oleh Najib.

-

Bagi rakyat Perak, Najib adalah pencetus keadaan kelam-kabut yang berlaku di negeri itu sekarang. Apabila Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya sehingga kini sukar hendak melaksanakan tugasnya kerana dihalang oleh undang-undang dan Speaker Pakatan Rakyat yang masih sah, Najib guna (baca salah guna) segala-galanya daripada Istana, SPR, Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan mahkamah hanya untuk berlawan dengan seorang Speaker.
-
-
- Bagi umat Islam pilihan raya kecil ini juga adalah satu hukuman ke atas Najib di atas kenyataan tidak bertanggungjawabnya dalam isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) suatu masa dahulu. Jika benar pemilihan lalu seperti telahan beberapa anggota Umno yang kalah,maknanya satu malapetaka besar akan berlaku ia adalah satu malapetaka kepada negara justeru hanya tangan rakyat sahaja yang dapat mengubahnya dengan menyuarakan bantahan di peti-peti undi.

PM 6 - ASPIRASI NAJIB ALTANTUYA DAN SEKUTUNYA

3 April 2009 bermulalah era pentadbiran baru di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
-
Apa yang diharapkan UMNO supaya era kepimpinan Najib akan mengukuhkan pentadbiran Negara dari segala aspek perpaduan dan pengukuhan Agama, Bangsa dan Negara termasuk ekonomi dan politik tanahair adalah salah, ini dapat dilihat dengan perkara-perkara dibawah. Diminta yang berkenaan menerangkan......
-
1)Kemanakah perginya belanjawan yang diagong-agongkan itu, tiada satu bukti yang nampak.
2)Bersihkan nama dan buktikan tidak terlibat dengan kes altantuya.
3)Terangkan kenepa Malaysia beli helikopter dengan harga mahal sedangkan harganya adalah murah.
4)Kenapa masyarakat melayu semakin tersepit dan susah sedangkan ini negara kami.
5)Sosial sekarang makin teruk kenapa orang umno x amik langkah membenteras.
6)Kenapa malaysia x jadi macam berunai.
7)Kami yang berpegang pada agama islam mahukan negara yang berteraskan islam bukan negara yang sumbang mahram.
-
Sampai bilakah negara malaysia ni nak berubah. Daripada zaman yang terdahulu hingga sekarang semuanya makin teruk, bukan makin elok. Agaknya sampai kiamat baru nak sedar...



Wednesday, April 1, 2009

ELOKKAH CALON BN NAK MENCONTOHI OBAMA


SUNGAI PETANI
-
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk S. Ganesan mahu menjadi seperti Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.
Katanya, Obama adalah idolanya dan pendekatan yang dilakukan Presiden AS pertama berkulit hitam untuk membela rakyatnya di negara sendiri akan dijadikan pendekatan yang sama di Bukit Selambau.
-
"Obama lakukan di AS, saya akan membela anak bangsa Malaysia di Bukit Selambau," ujarnya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Getah di sini semalam. Jelas beliau, latar belakang Obama juga tidak jauh berbeza daripadanya yang datang dari keluarga yang susah dan penuh cabaran untuk berjaya.
"Obama datang dari keluarga yang susah, saya juga dari keluarga yang susah iaitu ibu bapa saya adalah penoreh getah," ujarnya lagi.
-
Kata Ganesan lagi, segala kepayahan dan usaha yang dilakukan oleh Obama akan dijadikan semangat untuknya maju dan berusaha bagi meraih perhatian rakyat.
Pada pilihan raya kecil Bukit Selambau 7 April ini, Ganesan menghadapi cabaran calon PKR, S. Manikumar dan 13 calon Bebas lain.
-
-
-
Itu adalah pendapatnya tapi sedarkah beliau yang obama itu mempunyai agenda yang bnyak tidak dapat diterima masyarakatnya..
-
Antara kesalahan obama...
-
1)Obama akui keliru soal kabinet
2)Tidak dapat menyelesaikan isu israel
3)Menyuruh perempuan melaksanakan tugasan
dan banyak lagi masalah yg mendatang.
-
Adakah ini yang ingin dicontohi. Fikirkanlah