KENYATAAN - KENYATAAN YANG DI BERIKAN BELIAU DAN ORANG-ORANGNYA :
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa kita perlu memastikan mana-mana calon yang diketahui mengamalkan politik wang dan menang dalam pemilihan parti kali ini tidak dilantik menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan.(kenyataan talam dua muka)
-
Kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berhubung politik wang dalam UMNO.
"Sekiranya kita undi orang berdasarkan berapa habuan yang kita dapat, akan hancurlah parti, hancurlah negara kerana UMNO itu tulang belakang BN dan BN adalah kerajaan yang mentadbir negara."
Malah katanya, amalan tidak bermoral itu yang berleluasa dalam UMNO akan hanya menjauhkan generasi muda daripada parti itu yang akhirnya akan merugikan UMNO.
"Anak-anak muda akan mengambil sikap berkecuali padahal kita boleh menggunakan kebijaksanaan dan kemahiran mereka. Tetapi kerana tidak mampu untuk membayar dalam pertandingan, mereka tidak mendapat tempat dan yang ruginya adalah kita sendiri.
"Saya adalah Ahli Majlis tertinggi (MT) yang akhir dari zaman Tun Abdul Razak. Maknanya saya lihat perjalanan budaya dalam politik kita sangat menyedihkan sekarang," katanya.(hanya melihat tapi tidak mengubahnya)
-
SMS fitnah kian meluas
RAFIDAH - Gejala penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau fitnah semakin berleluasa menjelang pemilihan UMNO dan bahangnya turut dirasai oleh Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz. Beliau sendiri ada menerima SMS yang mengaitkannya dengan amalan politik wang.
"Saya kecewa kerana dalam sehari dua ini banyak SMS mengandungi bermacam fitnah terhadap orang tertentu dan saya rasa ini tidak harus berlaku.
"Saya sendiri terima dan jadi sasaran, orang yang menyokong saya, orang tertentu memang dipilih untuk dicemar nama baik mereka,'' katanya pada majlis ramah mesra dan pengenalan calon-calon Wanita UMNO dengan Perwakilan Wanita Pahang di sini semalam.
Rafidah berkata, "Kalau pertandingan buatlah elok-elok, menang kalah itu perkara biasa dan kalau buat fitnah, hati terguris susah nak berbaik-baik semula.''
-
PERHIMPUNAN AGONG:-
Semua persiapan akhir menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang dijadualkan bermula esok berjalan lancar.
Tinjauan mendapati antara persiapan yang dilakukan ialah pembinaan pentas utama, susunan kerusi, meja, sistem audio visual serta bilik khusus untuk media dan beberapa agensi lain.
Malah petugas Ibu Pejabat UMNO turut bertungkus lumus menyediakan beg serta memasukkan risalah dan buku untuk perwakilan.
Perhimpunan kali ini bakal disertai 4,885 perwakilan dari seluruh negara bersama 63 kelab UMNO luar negara serta 45 parti politik dari 42 negara.
-
-
Marilah kita lihat agenda-agenda yang bakal dijalankan.
Sunday, March 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment