Monday, May 18, 2009

KEBENARAN DAN TIDAK GILA KUASA PASTI AKAN MEMIHAK NIZAR

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin semalam mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
-
Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada jam 4 petang ini. Menurutnya, alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan.
-
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.
-
Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

SEMAKIN RAMAI SEDAR BAHAWA RAKYATLAH YANG MEMBAYAR CUKAI DAN RAKYATLAH YANG BERKUASA

“Mungkin sudah tiba masanya rakyat Perak diberi peluang menggunakan hak mereka bagi menentukan kerajaan pilihan mereka,” kata Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman. Perkara itu adalah selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan hanya kerajaan yang stabil akan dapat memastikan hak kepada keamanan dan pembangunan.
-
Beliau berkata demikian semalam dalam satu kenyataan akhbar terhadap insiden di Perak yang dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan Suhakam 11 Mei lalu.
Katanya, insiden yang berlaku semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu, polis dan kakitangan awam bertindak bersama kerajaan yang memperoleh kuasa dengan keadaan yang kontroversi. “Ia sekali gus membelakangkan prinsip hak asasi manusia walaupun kerajaan boleh berubah, namun mereka yang bertugas dalam polis dan pentadbiran mesti tetap setia kepada kepentingan awam dan menghormati hak asasi manusia.
-
“Usul memecat Speaker Dewan yang sah dan pengusiran beliau dari dewan serta tindakan polis menyebabkan kebimbangan dalam kalangan ahli masyarakat keseluruhannya.
“Seterusnya menimbulkan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi kepentingan awam,” katanya semalam.
Menurutnya, Malaysia adalah negara demokratik yang berpegang kepada hak asasi manusia dan sistem perundangan adil.
-
Namun, kecelaruan yang berlaku pasti meninggalkan titik hitam dalam usaha kita mempromosi prinsip demokrasi dan hak asasi manusia. Sehubungan itu, katanya kerajaan diharap akan dapat bertolak ansur dan menghargai demonstrasi awam secara aman berbanding polisi dan tindakan yang dianggap kurang popular.

BN TAKUT DIMALUKAN LAGI DIPENANTI

Tindakan Barisan Nasional (BN) mengumumkan untuk tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti membuktikan kelemahan parti .
Tindakan luar biasa dilakukan BN ini menunjukkan BN bukanlah sebuah parti kuat dan kukuh sebagaimana diketahui sebelumnya. BN kini telah menerima kenyataan parti tersebut semakin lemah dan tidak berjaya memperoleh sokongan rakyat akar umbi yang telah bermula dari Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
-
Mereka juga(BN) menunjukkan kekhuatiran menghadapi mana-mana pilihan raya dan sehingga membuat keputusan luar biasa untuk tidak bertanding di Penanti.
Sama ada BN meletakkan calon atau tidak dalam pilihanraya kecil DUN Penanti nanti, Pakatan Rakyat (PR) tetap mempunyai peluang besar untuk menang kerana rakyat yakin dengan kepimpinan parti tersebut. Keputusan BN untuk tidak meletakkan calon diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra. Tindakan BN untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti adalah berdasarkan fenomena politik semasa yang tidak menyebelahi UMNO dan BN.
-
Krisis politik di Perak dengan perebutan jawatan Menteri Besar masih belum selesai dan BN khuatir ianya memberi kesan dalam pilihan raya tersebut yang menolak kepimpinan BN. Najib juga belum yakin dengan kepimpinannya dan lantikannya dan beberapa pengumumannya untuk rakyat dapat menarik sokongan rakyat di samping tidak berani menempuh kubu kuat Pakatan Rakyat di Penanti adalah antara sebab-sebabnya.
-
Alasan BN tidak bertanding bukanlah disebabkan oleh tidak mahu mengikut gelombang PR, sebaliknya alasan terbesar adalah momentum sokongan rakyat kini tidak menyebelahi parti tersebut. PKR tetap akan meneruskan gerak kerja persediaan menghadapi pilihan raya kecil DUN Penanti sebagaimana yang telah dirancang memandangkan kemungkinan adanya pertandingan dari calon Bebas.
-
Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu. Malah PKR juga telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding di Penanti iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56.

Thursday, May 14, 2009

Najib mahu dikenali 'Perdana Menteri Rakyat'

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mahu dikenali sebagai ‘Perdana Menteri Rakyat’ yang mesra dengan rakyat dan dapat memahami kehendak rakyat. Diantara kata-katanya “Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama rakyat,” kata Perdana Menteri sambil menegaskan tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan. “Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya,” -
Sehubungan itu, Najib berkata, sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah turun padang yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya. “Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya. “Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ. Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya. “Banyak bezanya, macam bumi dan langit,” kata Perdana Menteri. Najib berkata, oleh sebab itu, beliau mahu turun padang dan tidak mahu sebarang formaliti seperti hamparan merah, bunga manggar dan tanpa krew TV (media). Katanya, beliau akan tetap turun padang kerana mahu meninjau sendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat. Menurutnya, kerajaan akan membuat penambahbaikan di Puduraya yang menjadi tumpuan rakyat untuk menggunakan perkhidmatan bas untuk jangka pendek dan jangka sederhana.
-
Itu adalah kata-katanya. Tapi sedarkah beliau ramai pihak mengatakan bahawa beliau cakap x serupa bikin. Ini adalah kerana berkenaan konflik yang terjadi di Perak. Jika beliau benar mengutamakan rakyat kenapa tidak bubarkan sahaja dun di perak. Mungkin dengan itu rakyat akan tahu bahawa beliau memang mengutamakan rakyat.
-
Maka sama-samalah kita fikirkan......

Hanya Rakyat Yang Boleh Selesai Krisis Perak

Hanya rakyat yang layak menjadi hakim untuk menyelesaikan krisis politik di Perak. Jika Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka. Tidakkah ini baru di katakan Negara demokrasi.
-
Hanya rakyat yang boleh menjadi membuat keputusan kerajaan mana yang mereka mahukan bukan mahkamah. Kerana itu tiada jalan lain untuk menyelesaikan krisis di Perak kecuali Dun dibubarkan. Jika krisis ini dibiarkan berterusan ianya akan memusnahkan lagi demokrasi di negara ini.
-
Kenyataan Najib yang sedia untuk mengadakan rundingan dengan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak. Apakah yang akan dimintanya?. Tidakkah mudah jika pembubaran Dun dilaksanakan.
-
PAS bersedia mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan krisis politik di Perak. Krisis yang melanda banyak menjerumus ke gosip2 yang tidak baik untuk semua pihak, sebagai contoh Perak dilanda kemelut politik BN merampas pentadbiran Pakatan Rakyat secara haram dengan tidak menghormati pilihan yang telah dibuat rakyat Perak selain tidak menghormati undang-undang tubuh negeri Perak.Ekoran rampasan kuasa itu Sultan telah meminta Menteri Besar Pakatan, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya melepaskan jawatan menteri besar. Baginda kemudiannya memperkenankan pelantikan Menteri Besar haram Dato' Seri Zambry Abd Kadir dari BN sebagai menteri besar yang baru.
-
Bagaimanapun pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan pada esoknya, Zambry mendapat perintah penangguhan penghakiman tersebut sehingga selesai rayuannya.
-
Setelah itu, Nizar pula memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan tersebut, yang akan didengar Isnin ini.
-
Hai sampai bilakah perkara ini akan berkesudahan....
-
Siapa yang lebih berkuasa rakyat atau pihak berkuasa..
-
Fikirkanlah......