Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin semalam mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah. - Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada jam 4 petang ini. Menurutnya, alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan. - Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri. - Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu. |
Monday, May 18, 2009
KEBENARAN DAN TIDAK GILA KUASA PASTI AKAN MEMIHAK NIZAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAP ni spt mubalik kristian. mereka mendalami islam utk kepentingan sdiri. Bukan utuk masuk Islam. DAP rapat dgn PAS bukan kerana mereka setuju dgn PAS tp utk kepentingan mereka sendiri. Lihat lah di Perak. DAP dpt tanah dan jawatan. Di Pinang PAS dpt tanah ke utk kg melayu.
ReplyDeleteWahai Anonymous; jangan bersangka buruk. Kita boleh berdakwah, tapi yang memberi hidayah adalah Allah. Sebagai Abu Talib bapa saudara nabi; dua tangannya membesarkan nabi, tapi Allah tidak memberikan hidayah, tak juga beliau masuk Islam. Aku jamin dia ni orang UMNO. Kalau buat sesuatu mesti dikait dengan habuan dunia "apa yang aku dapat?"
ReplyDeleteDiPualau Pinang memeng PAS tak dapat tanah, sebab mungkin dah tak ada tanah dah semua tanah Melayu dah terjual dah .. Sapa yang jual? Tepuk dada - tanya iman!
Perjuangan Islam mesti diteruskan. Tiada noktah.
ReplyDelete8-9-2009.
Ramadhan sudah tidak banyak berbaki.
Selamat Memenuhi Tanggungjawab Ramadhan.
Semoga tergolong dalam golongan Muttaqin!
Salam Ramadhan. Selamat memburu Lailatul Qadar!
Selamat menyambut syawal ;)