Monday, May 18, 2009

KEBENARAN DAN TIDAK GILA KUASA PASTI AKAN MEMIHAK NIZAR

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin semalam mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
-
Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada jam 4 petang ini. Menurutnya, alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan.
-
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.
-
Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

SEMAKIN RAMAI SEDAR BAHAWA RAKYATLAH YANG MEMBAYAR CUKAI DAN RAKYATLAH YANG BERKUASA

“Mungkin sudah tiba masanya rakyat Perak diberi peluang menggunakan hak mereka bagi menentukan kerajaan pilihan mereka,” kata Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman. Perkara itu adalah selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan hanya kerajaan yang stabil akan dapat memastikan hak kepada keamanan dan pembangunan.
-
Beliau berkata demikian semalam dalam satu kenyataan akhbar terhadap insiden di Perak yang dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan Suhakam 11 Mei lalu.
Katanya, insiden yang berlaku semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu, polis dan kakitangan awam bertindak bersama kerajaan yang memperoleh kuasa dengan keadaan yang kontroversi. “Ia sekali gus membelakangkan prinsip hak asasi manusia walaupun kerajaan boleh berubah, namun mereka yang bertugas dalam polis dan pentadbiran mesti tetap setia kepada kepentingan awam dan menghormati hak asasi manusia.
-
“Usul memecat Speaker Dewan yang sah dan pengusiran beliau dari dewan serta tindakan polis menyebabkan kebimbangan dalam kalangan ahli masyarakat keseluruhannya.
“Seterusnya menimbulkan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi kepentingan awam,” katanya semalam.
Menurutnya, Malaysia adalah negara demokratik yang berpegang kepada hak asasi manusia dan sistem perundangan adil.
-
Namun, kecelaruan yang berlaku pasti meninggalkan titik hitam dalam usaha kita mempromosi prinsip demokrasi dan hak asasi manusia. Sehubungan itu, katanya kerajaan diharap akan dapat bertolak ansur dan menghargai demonstrasi awam secara aman berbanding polisi dan tindakan yang dianggap kurang popular.

BN TAKUT DIMALUKAN LAGI DIPENANTI

Tindakan Barisan Nasional (BN) mengumumkan untuk tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti membuktikan kelemahan parti .
Tindakan luar biasa dilakukan BN ini menunjukkan BN bukanlah sebuah parti kuat dan kukuh sebagaimana diketahui sebelumnya. BN kini telah menerima kenyataan parti tersebut semakin lemah dan tidak berjaya memperoleh sokongan rakyat akar umbi yang telah bermula dari Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
-
Mereka juga(BN) menunjukkan kekhuatiran menghadapi mana-mana pilihan raya dan sehingga membuat keputusan luar biasa untuk tidak bertanding di Penanti.
Sama ada BN meletakkan calon atau tidak dalam pilihanraya kecil DUN Penanti nanti, Pakatan Rakyat (PR) tetap mempunyai peluang besar untuk menang kerana rakyat yakin dengan kepimpinan parti tersebut. Keputusan BN untuk tidak meletakkan calon diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra. Tindakan BN untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti adalah berdasarkan fenomena politik semasa yang tidak menyebelahi UMNO dan BN.
-
Krisis politik di Perak dengan perebutan jawatan Menteri Besar masih belum selesai dan BN khuatir ianya memberi kesan dalam pilihan raya tersebut yang menolak kepimpinan BN. Najib juga belum yakin dengan kepimpinannya dan lantikannya dan beberapa pengumumannya untuk rakyat dapat menarik sokongan rakyat di samping tidak berani menempuh kubu kuat Pakatan Rakyat di Penanti adalah antara sebab-sebabnya.
-
Alasan BN tidak bertanding bukanlah disebabkan oleh tidak mahu mengikut gelombang PR, sebaliknya alasan terbesar adalah momentum sokongan rakyat kini tidak menyebelahi parti tersebut. PKR tetap akan meneruskan gerak kerja persediaan menghadapi pilihan raya kecil DUN Penanti sebagaimana yang telah dirancang memandangkan kemungkinan adanya pertandingan dari calon Bebas.
-
Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu. Malah PKR juga telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding di Penanti iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56.

Thursday, May 14, 2009

Najib mahu dikenali 'Perdana Menteri Rakyat'

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mahu dikenali sebagai ‘Perdana Menteri Rakyat’ yang mesra dengan rakyat dan dapat memahami kehendak rakyat. Diantara kata-katanya “Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama rakyat,” kata Perdana Menteri sambil menegaskan tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan. “Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya,” -
Sehubungan itu, Najib berkata, sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah turun padang yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya. “Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya. “Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ. Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya. “Banyak bezanya, macam bumi dan langit,” kata Perdana Menteri. Najib berkata, oleh sebab itu, beliau mahu turun padang dan tidak mahu sebarang formaliti seperti hamparan merah, bunga manggar dan tanpa krew TV (media). Katanya, beliau akan tetap turun padang kerana mahu meninjau sendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat. Menurutnya, kerajaan akan membuat penambahbaikan di Puduraya yang menjadi tumpuan rakyat untuk menggunakan perkhidmatan bas untuk jangka pendek dan jangka sederhana.
-
Itu adalah kata-katanya. Tapi sedarkah beliau ramai pihak mengatakan bahawa beliau cakap x serupa bikin. Ini adalah kerana berkenaan konflik yang terjadi di Perak. Jika beliau benar mengutamakan rakyat kenapa tidak bubarkan sahaja dun di perak. Mungkin dengan itu rakyat akan tahu bahawa beliau memang mengutamakan rakyat.
-
Maka sama-samalah kita fikirkan......

Hanya Rakyat Yang Boleh Selesai Krisis Perak

Hanya rakyat yang layak menjadi hakim untuk menyelesaikan krisis politik di Perak. Jika Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka. Tidakkah ini baru di katakan Negara demokrasi.
-
Hanya rakyat yang boleh menjadi membuat keputusan kerajaan mana yang mereka mahukan bukan mahkamah. Kerana itu tiada jalan lain untuk menyelesaikan krisis di Perak kecuali Dun dibubarkan. Jika krisis ini dibiarkan berterusan ianya akan memusnahkan lagi demokrasi di negara ini.
-
Kenyataan Najib yang sedia untuk mengadakan rundingan dengan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak. Apakah yang akan dimintanya?. Tidakkah mudah jika pembubaran Dun dilaksanakan.
-
PAS bersedia mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan krisis politik di Perak. Krisis yang melanda banyak menjerumus ke gosip2 yang tidak baik untuk semua pihak, sebagai contoh Perak dilanda kemelut politik BN merampas pentadbiran Pakatan Rakyat secara haram dengan tidak menghormati pilihan yang telah dibuat rakyat Perak selain tidak menghormati undang-undang tubuh negeri Perak.Ekoran rampasan kuasa itu Sultan telah meminta Menteri Besar Pakatan, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya melepaskan jawatan menteri besar. Baginda kemudiannya memperkenankan pelantikan Menteri Besar haram Dato' Seri Zambry Abd Kadir dari BN sebagai menteri besar yang baru.
-
Bagaimanapun pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan pada esoknya, Zambry mendapat perintah penangguhan penghakiman tersebut sehingga selesai rayuannya.
-
Setelah itu, Nizar pula memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan tersebut, yang akan didengar Isnin ini.
-
Hai sampai bilakah perkara ini akan berkesudahan....
-
Siapa yang lebih berkuasa rakyat atau pihak berkuasa..
-
Fikirkanlah......

Tuesday, April 28, 2009

TERNYATA SUDAH PEMIMPIN INI TIDAK BERWIBAWA TETAPI TETAP DIPILIH NAJIB

DPMM saman Menteri Besar Johor RM322j

JOHOR BAHRU: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Johor, semalam memfailkan saman menuntut ganti rugi sejumlah RM322 juta terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang didakwa gagal menyerahkan sebuah projek di sepanjang Pantai Lido, yang dijanjikan ketika pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 16 tahun lalu.
-
Saman yang dibuat di Mahkamah Tinggi di sini, turut menamakan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri serta Unit Perancang Ekonomi (Upen) negeri sebagai defendan. Menerusi saman itu, DPMM Johor menuntut RM322 juta sebagai ganti rugi am bagi pembangunan Pantai Lido.
Penolong Penasihat Undang-undang, Jailani Rahman mewakili tiga defendan manakala DPMM Johor diwakili Peguam, P K Nathan dan dibantu Fadzilah Mansor.

-
Yang Dipertua DPMM Johor, Syed Ali Al-Attas, ketika memberi keterangan di hadapan Hakim, Datuk Hue Siew Kheng, mendakwa pihaknya menanggung kerugian wang dan maruah selepas hak eksklusif projek yang diberikan kepada mereka bagi pembangunan pantai itu ditarik lebih 16 tahun lalu. Syed Ali berkata, menerusi hak eksklusif berkenaan, DPMM Johor diberikan kelulusan membangunkan kawasan tanah seluas 26.46 hektar membabitkan Lot PTB 20114 di Pantai Lido pada 1993.
-
Beliau berkata, Muhyiddin, yang kini Timbalan Perdana Menteri, mengumumkan perkara itu pada satu perjumpaan Hari Raya DPMM Johor, pada tahun sama. Syed Ali berkata, DPMM Johor juga sudah mendapatkan khidmat arkitek, perancang dan jurutera bagi melaksanakan projek pembangunan kawasan terbabit, namun selepas mengadakan beberapa pertemuan dengan beberapa agensi kerajaan, pihaknya diarah menangguhkannya sehingga Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) selesai membuat kajian terhadap Pelan Tempatan di bawah Sektor Tasek Utara.

-
Bagaimanapun, selepas Abdul Ghani mengambil alih pentadbiran pada April 1995, Syed Ali mendakwa, Menteri Besar baru itu mengabaikan perkara berkenaan. Syed Ali berkata, pada Oktober 1999, DPMM Johor kemudian mendapat tahu sebuah syarikat, Optima Bestari Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada Julai tahun sama, akan membangunkan kawasan Pantai Lido, menerusi satu keratan akhbar yang dikemukakan di mahkamah.
-
Katanya, pada 1 Jun 2004, defendan, UPEN Negeri kemudian menyerahkan satu surat kepada DPMM Johor yang membatalkan hak eksklusif projek itu. P K Nathan memberitahu mahkamah bahawa DPMM Johor menepati syarat ditetapkan kerajaan apabila menyediakan laporan Analisis Impak Trafik (TIA) dan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk projek itu.

-
"Defendan tidak pernah menafikan bahawa laporan EIA dan TIA pernah diserahkan," katanya ketika meminta mahkamah membuktikan sama ada wujud perlanggaran kontrak.

BN boikot Penanti

Elok benar rasanya jika Barisan Nasional (BN) kekal dengan pandangan awal Perdana Menteri mengenai penyertaan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti yang bakal diadakan. Jika benar BN tidak meletakkan calonnya pada pilihan raya itu nanti, ia bukan sahaja memudahkan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mengekalkan kerusi miliknya itu, malah turut membuktikan banyak perkara.
-
Kerusi Dun Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin, 16 April. Terdahulu pada 21 Mac, beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa 8 April tetapi mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

-
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Fairus merampas kerusi berkenaan dari genggaman BN. Beliau menewaskan Dato' Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi. Calon KeADILan itu memperolehi 7,346 undi berbanding Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh itu yang mendapat 5,127 undi.

-
Meskipun kerusi Dun Penanti secara tradisinya milik BN dan hanya terlepas pada pilihan raya lalu, ia bukanlah boleh dianggap kubu terlalu kuat atau kebal bagi parti itu. Buktinya, walaupun Pilihan Raya Umum 2004 dianggap kemuncak kekuatan dan pencapaian BN dalam sejarah pilihan raya negara, kerusi Dun Penanti dimenangi Abdul Jalil dengan majoriti hanya 667 undi. Ia bukanlah perbezaan undi yang besar bagi Dun yang memiliki lebih 15 ribu pengundi.

-
Berdasarkan perangkaan 2008, Dun berkenaan memiliki komposisi pengundi 73 peratus Melayu, diikuti 24.2 peratus Cina dan 2.4 peratus India. Jumlah lebih 25 peratus pengundi bukan Melayu terbukti menjadi penentu nasib BN. Sepertimana kebanyakan kerusi dengan komposisi sebegitu, Penanti juga akhirnya menjadi milik pembangkang.

-
Dalam perkembangan beberapa tahun ini, kaum bukan Melayu bukan lagi aset utama menjamin kemenangan BN. Pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau, 7 April lalu adalah contoh terkini. Sentimen menolak BN di kalangan mereka masih belum dapat dipulihkan.

-
Barangkali fakta-fakta ini sudah diambilkira Perdana Menteri. Bahawa perkembangan mutakhir ini tidak memihak BN. Maka harapan untuknya menewaskan KeADILan di Penanti adalah hampir mustahil.

-
Sebab itu tidak begitu memeranjatkan apabila Najib melontarkan kemungkinan partinya tidak ikut serta memeriahkan pesta demokrasi di sana sebaik kekosongan kerusi berkenaan dimaklumkan. Di samping menyifatkan peletakan jawatan Fairus sebagai mainan politik, Najib juga mengaitkan pilihan raya kecil ini dengan pembaziran masa dan wang rakyat.

-
"Terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya yang tidak perlu sebenarnya," katanya, sepertimana disiarkan media cetak, 18 April.
Kenyataan itu disambut reaksi bercampur-campur oleh para pemimpin dan pendokong BN sendiri. Ada yang senada seirama dengan beliau, ada juga yang tidak bersetuju.
Bagi yang bersetuju, mereka menyifatkan pilihan raya semula ini menyusah dan membosankan rakyat. Dalam keadaan kini segala tumpuan sepatutnya dihalakan kepada usaha memantapkan ekonomi rakyat dan negara.

-
Satu keaiban

-
Bagi yang tidak bersetuju pula, ketiadaan BN dalam mana-mana pilihan raya adalah suatu keaiban. Belum pernah dalam sejarah pilihan raya negara ini parti pemerintah itu tidak ikut serta secara sengaja, melainkan penyertaan calonnya dibatalkan di atas sebab teknikal.

-
Ada juga yang menganggap ketidaksediaan BN menyertai pilihan raya di Penanti ibarat memberikan kemenangan percuma kepada Pakatan Rakyat, khususnya KeADILan. Ia umpama menyerah kalah sebelum masuk gelanggang.
Lebih tidak menyenangkan, tindakan itu bagaikan menyumbang moral politik kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

-
Apa pun hujah BN, di luar sana rakyat ada telahan dan nilaian tersendiri. Alasan dan rasional dikemukakan Najib dan para pemimpin yang sependapat dengannya tidak dapat lari dari strategi dan kepentingan politik BN.

-
Andaikata nantinya BN benar-benar tidak ikut serta dalam pilihan raya kecil di Penanti, rakyat tidak mudah menerima alasan pembaziran wang, tenaga dan masa, sepertimana dinyatakan Najib. Logik paling diperkatakan ialah BN sudah trauma dengan kekalahan demi kekalahan dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

-
Pengalaman pahit di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau menghantui BN. Bagi mengelakkan terus dimalukan dengan rekod kekalahan berturut, maka jalan keluar terbaik buat BN ialah tidak bertanding di Penanti.

SPR belakangi demokrasi

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf disarankan supaya menjawat posisi Pengerusi Pemilihan Umno sahaja apabila sering dilihat menyebelahi Umno.
-
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar semasa mengulas pelbagai isu yang membabitkan SPR mutakhir ini terutamanya dalam penangguhan pengumuman pilihan raya kecil Dun Penanti dan isu barung panas.
"Saya ingat lebih baik Pengerusi SPR ini jadi Pengerusi Pemilihan Umno, pasti Najib (Dato' Seri Najib Tun Razak) kekal jadi Presiden Umno seumur hidup," kata Mahfuz.
-

Dalam isu memansuhkan barung panas parti-parti politik, Mahfuz melihat tindakan SPR itu tidak rasional dan tidak membantu kelancaran perjalanan pembuangan undi.
Barung-barung panas disediakan parti politik yang bertanding hanyalah untuk membantu SPR dalam menyelesaikan perjalanan pembungan undi dengan lebih baik dan segera, katanya.
"Kita tak kisah jika SPR nak jarakkan lagi barung, jika nak mansuhkan itu akan hanya menutup ruang parti politik untuk memastikan penyokong parti masing-masing ada akses kepada maklumat tentang saluran mengundi," katanya.
-

Jika tiadanya barung panas, pastinya kelewatan dan kesesakan berlaku di barung SPR dimana pengundi akan bersesak menggunakan barung SPR sahaja, katanya.
Mengulas isu dolak halik SPR dalam mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi kerusi Dun Penanti, Mahfuz mengecam tindakan SPR itu.
"Apa yang dibuat SPR memang tidak rasional seperti dalam keputusan nak tentukan bila penamaan calon Dun Penanti,
"SPR berdolak-dalih, tunggu SPRM buat keputusanlah dan suruh Fairuz Khairuddin (bekas Adun Penanti) tarik balik keputusan dan macam-macam lagi, ini apa ini?," katanya kesal.
Justeru, beliau mengulangi cadangan agar Pengerusi SPR memegang jawatan Pengerusi Pemilihan Umno sahaja bagi memastikan Najib kekal selaku Presiden Umno selamanya.

-
Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut mempersoalkan tindakan SPR mengambil masa panjang untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian di Penanti.

-
Sikap SPR itu membayangkan betapa tahap kecekapan dan professionalisma badan tersebut sangat dipersoal dan mengurangkan keyakinan rakyat, katanya.
Guang Eng berharap SPR akan lebih efisien, bebas, adil dan bersikap profesional dalam melaksanakan pilihan raya kecil.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Saifuddin Nasution Ismail pula melihat keputusan SPR itu bertentangan dengan ketetapan yang dibuat pada pilihan raya umum 2004.

-
ujar Saifuddin, pada tahun 2004 (sebelum pilihan raya), SPR tidak membenarkan pondok panas tetapi pada pagi hari mengundi, BN (Barisan Nasional) telah mendirikan pondok panas sedangkan Pakatan Rakyat patuh dengan peraturan itu.
Sebaliknya apabila pembangkang meminta penjelasan mengenai perubahan ketika itu, SPR mendakwa peraturan itu diubah pada pagi pilihan raya tersebut, kata Saifuddin lagi.
Bagi Saifuddin, SPR perlu konsisten dalam hal ini dan selari dengan peranan SPR sebagai badan yang menjalankan pilihan raya secara bersih, telus dan adil.

-
Saifuddin juga melihat cadangan menghadkan bilangan calon pula tidak wajar dilakukan SPR kerana pilihan raya adalah hari pesta demokrasi kepada rakyat.
Mengulas isu yang sama, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berpendirian SPR menggunakan faktor kesesakan bagi melarang kewujudan pondok panas dan mengehadkan jumlah pengundi tidak perlu timbul.

-
Beliau percaya pihak polis mampu mengawal keadaan pada hari penamaan calon dan hari mengundi. - mks. _

Wednesday, April 22, 2009

LETAKLAH JAWATAN, KESILAPAN ANDA MERUGIKAN NEGARA

Syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (Seruan Gemilang) mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob membayar dahulu saman sebanyak RM63 juta sebelum mengemukakan permohonan rayuan.
-
Permohonan Kerajaan Pahang untuk mengetepikan keputusan saman sebanyak RM63 juta oleh syarikat tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat ini.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Adnan melunaskan bayaran RM63 juta kepada Gemilang dalam tempoh 14 hari berhubung satu kes melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar, Pekan.

-
Ini menunjukkan sudah tidak relavan menyimpan org yang tidak berkaliber. Ini hanya membazirkan wang rakyat dan menyusahkan rakyat.
-
Letaklah jawatan anda dan usah berselindung lagi...

BANGUNLAH ORG MELAYU

Orang Melayu mesti insaf dan sedar keadaan politik semasa yang semakin menghimpit dan menekan. Mereka turut menyaksikan pelbagai tuntutan daripada kaum-kaum lain sehingga boleh menjejaskan kekuatan orang Melayu. Kini orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu. Majoriti kaum Melayu yang sepatutnya menjadi penentu, sudah tidak menjadi penentu.
-
Ramai orang Melayu berada dalam keadaan ‘bercelaru’. Banyak peristiwa menunjukkan orang Melayu tidak bersikap matang dan lebih mementingkan keuntungan politik peribadi masing-masing. Jika dilihat daripada sudut politik, orang Melayu tidak pernah bersatu hati. Setiap parti politik Melayu dengan bangga mendabik dada dan mengatakan partinya yang terbaik. Apabila parti-parti politik Melayu diminta bersatu demi kekuatan Melayu dan Islam, mereka mendabik dada mengatakan partinya yang terbaik. Apabila parti-parti politik Melayu diminta bersatu untuk kemakmuran dan kebaikan kaumnya sendiri, terlalu banyak alasan yang diberikan. Sebenarnya orang Melayu mesti bijak berpolitik seperti kaum-kaum lain. Kita lihat parti berasaskan kaum-kaum lain semakin hari semakin kuat.
-
Mereka bersatu dalam memperjuangkan usaha meningkatkan nasib kaum mereka. Perkara ini menjadi keutamaan parti bukan Melayu. Walaupun berlainan fahaman parti politik tetapi mereka akan bersatu apabila ada isu yang menyentuh kaum mereka. Namun parti politik orang Melayu tidak begitu. Bertambah malang apabila agama dijadikan senjata dan mengatakan pihak lain tidak benar kecuali mereka. Orang Melayu sering emosional ketika berpolitik. Ramai yang tebal sikap prejudis. Sikap defensif atau mempertahankan pegangan dan tidak boleh ditembusi. Demi bangsa bernama Melayu dan pegangan agama bernama Islam terus hidup subur selamanya dan bukan tinggal warisan, kini semua orang Melayu perlu titikkan noktah perpecahan dan mulakan lembaran baru untuk bersatu.
-
Semua pemimpin parti politik Melayu bersatu hati. Jadikan usaha memperjuangkan nasib orang Melayu sebagai agenda bersama. Orang Melayu perlu cepat sedar. Lihat sahaja dalam soal pelantikan wakil Kabinet, semua pihak sepatutnya menerima pilihan Perdana Menteri kerana ia bidang kuasa beliau. Begitu konsep Satu Malaysia yang telah disalah taksir oleh parti-parti pembangkang. Justeru, akibat kelemahan dan perpecahan orang Melayu sendiri, kaum-kaum lain sudah semakin berani membuat pelbagai tuntutan dan memainkan isu-isu yang tidak munasabah. Jadikanlah apa yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang selepas pilihan raya lalu sebagai pengajaran bahawa fenomena sama boleh berlaku di negeri-negeri lain, jika orang Melayu terus berpecah belah. Jangan nanti apabila tiba masanya, akibat daripada permainan politik melampau bagi setengah-tengah pemimpin Melayu yang tamak kuasa, orang Melayu menjadi pelarian di tanah air sendiri.
-
Janganlah kita menjadi seperti Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai. Kini orang Melayu sudah berpecah kepada empat bahagian iaitu orang Melayu menyokong UMNO, Pas dan PKR dan yang berkecuali, iaitu tidak menyokong mana-mana pihak. Di bandar-bandar, orang Melayu terus dipinggirkan oleh kekuasaan ekonomi kaum lain. Di luar bandar pula, orang Melayu terus hidup dalam serba kekurangan dan terpinggir. Sekiranya, orang minoriti India pun boleh bersatu dalam memperjuangkan kepentingan mereka, mengapa orang Melayu dan Islam tidak boleh bersatu sebagai satu ummah. Jika orang Melayu tidak juga insaf dan sedar lagi, maka tidak mustahil suatu hari nanti orang Melayu akan menerima nasib seperti orang Melayu di Singapura pada hari ini. Maka, orang Melayu berhentilah daripada terus bercakaran dan berpecah.
-
Jadikanlah Melayu dan Islam sebagai paksi untuk mencapai perpaduan dan kesepakatan yang kekal demi kekuatan bangsa Melayu dan Islam agar terus wujud di tanah airnya sendiri.

MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT TANPA BERFIKIR

Membazir atau belanja berhemah apabila mahu melelong kereta yang baru dibeli.
-
Tentunya sesuatu yang agak janggal kerana kebiasaan kereta kerajaan yang dilelong sudah berusia dan tidak ekonomik lagi untuk digunakan.
Sebaliknya 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat di Perak tidak sampai setahun sudah mahu dilelong kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN).

-
Tetapi itulah yang berlaku di Perak apabila kerajaan BN yang mendapat kuasa melalui rampasan secara paksa mempamerkan keanguhan biar pun baru dua bulan mentadbir.

-
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, apabila dilelong sudah tentu kenderaan yang baru pula akan dibeli kerajaan BN di Perak dengan harga lebih tinggi.
"Apabila kereta Camry dilelong harganya tentu menjadi lebih murah berbanding harga asal.
"Lainlah kalau kerajaan negeri membeli proton Exora yang baru dilancarkan, barulah munasabah.
"Nanti pendapatan hasil lelongan tersebut digunakan untuk membeli kereta yang lebih mahal, ia tentunya akan merugikan lagi," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

-
Kerajaan kudeta di Perak dilaporkan akan melelong 16 Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat. Tender lelongan tersebut juga sudah dibuka.
Camry tersebut dibeli kerajaan Pakatan bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang telah lama digunakan kerajaan BN sebelum Pakatan menerajui Perak Mac tahun lalu.

-
Pembelian dibuat memandangkan kos penyelenggaraan sebuah Proton V6 sehingga mencecah RM80,000.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak menjelaskan BN akan mengkaji kemungkinan tidak menyertai pilihan raya kecil Dun Penanti kerana tidak mahu membazir.

-
"Kenyataan itu jelas satu 'double standard' kerana dalam masa yang sama kerajaan BN di Perak pula mahu melelong kereta yang baru dibeli.
"Sekarang mereka berfikir seakan-akan menggunakan law of jungle pula," ujarnya.
Beliau juga percaya kemuncak krisis politik di Perak akan berlaku 7 Mei ini apabila diadakan persidangan Dun Perak, yang tentunya akan berlaku sesuatu.

-
Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha berkata, tindakan kerajaan kudeta BN di Perak melelong kereta baru dibeli sebagai tindakan mundur ke belakang.
Menurutnya begitu rendah harga diri kerajaan BN di Perak kerana bukan sahaja dendam kepada Exco Pakatan Rakyat tetapi marah juga kepada kereta Camry.

-
"Lebih parah lagi kalau mereka mahu menukar kepada kereta Mercedes selepas Camry dilelong. Di Perak sekarang yang tidak betul dijadikan betul dan yang betul dikatakan tak betul," katanya.

-
Menurutnya juga rakyat tidak timbul soal kereta, sebaliknya menuntut Dun dibubarkan.

-
FIKIRLAH SIKIT WANG SAPA YANG KAMU GUNAKAN WAHAI KERAJAAN...

Wednesday, April 15, 2009

SATU LAGI PILIHAN RAYA AKAN BERLAKU

Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.
-
Keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan dan untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".
-
Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR."Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.
-
Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.
-
Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TIDAK MAHU GAMBAR DITAYANGKAN

Najib tidak mahu nama dan gambarnya diletakkan pada poster untuk mempromosi mana-mana acara kementerian atau agensi-agensi kerajaan. Beliau mahu amalan menggandingkan gambar Perdana Menteri dengan menteri-menteri untuk tujuan promosi dihentikan, kerana ini sudah tidak sesuai dan boleh mendatangkan tanggapan tidak baik di kalangan rakyat.
-
“Sebagai contoh, sekiranya ada kempen pelancongan untuk Langkawi, jangan pakai gambar saya dan menteri berkenaan pada poster kempen tersebut,” katanya kepada pemberita.
-
Adakah najib tidak mahu gambarnya ditayang kerana kes yang beliau telah lakukan sehingga memalukan negara. Sama2lah kita fikirkan.

Monday, April 13, 2009

MAHUKAH KERAJAAN MELIHAT MALAYSIA MENJADI SEPERTI PATTAYA

PAS -menggesa Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil teladan atas apa yang berlaku di Pattaya semalam.
-
Kebangkitan rakyat Thailand itu merupakan manifestasi daripada ketidakpuasan hati mereka terhadap rampasan kuasa dan usaha menjatuhkan pemimpin pilihan mereka.
Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan perkara yang sama jika Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak segera dibubarkan bagi membolehkan mereka memilih dan menentukan siapa pemimpin dan kerajaan mana pilihan mereka.

-
"Keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang merupakan referendum rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang telah merampas kuasa di Perak secara tidak bermoral Februari lalu.
"Jika Dun tidak dibubarkan, PAS bimbang apa yang berlaku di Thailand akan turut terjadi di Perak dan jika ianya berlaku ia akan memburukkan lagi keadaan.
"Perdana Menteri sendiri telah melihat kesannya di Pattaya bila rakyat tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa jadi seharusnya beliau bertindak segera," tegas Kamaruddin kepada Harakahdaily.

-
Beliau juga menegaskan BN tidak seharusnya mengenepikan suara rakyat di Bukit Gantang yang jelas menolak mereka dan penolakan tersebut juga merupakan petanda mereka tidak menerima kerajaan haram yang diterajui oleh Umno di negeri tersebut.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 dibatalkan semalam selepas penunjuk perasaan antikerajaan merempuh pasukan keselamatan dan menggempur pusat media di lokasi sidang kemuncak itu berlangsung.

-
Penunjuk perasaan antikerajaan yang berbaju merah telah menyerbu pusat media berhampiran Hotel Royal Cliff sambil mengibarkan bendera dan menjerit slogan-slogan antikerajaan. Mereka turut memecahkan tingkap.

-
Sementara itu, tentera telah mengepung hotel tempat pemimpin-pemimpin ASEAN dijadual menghadiri makan tengah hari dan memutuskan sama ada akan meneruskan atau menangguhkan sidang kemuncak tersebut.
Berikutan itu, Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan darurat di Pattaya, resort tempat persidangan itu berlangsung, terletak kira-kira 150 kilometer dari selatan ibu negeri Bangkok.

-
Beliau turut mengisytiharkan darurat di kawasan sekitar wilayah Chonburi selepas penunjuk perasaan menggempur lokasi tersebut.

-
Pembatalan Sidang Kemuncak ASEAN itu merupakan kejadian memalukan buat kerajaan Abhisit yang mula memerintah sejak Disember lalu.
Sementara itu, seorang pemimpin pembangkang, Jakrapob Penkair menyifatkan, kumpulan antikerajaan telah mencatat kejayaan melalui pembatalan sidang kemuncak itu, namun katanya, bantahan akan tetap diteruskan sehingga Abhisit meletak jawatan.

MANIS DIBIBIR, BUSUK DI UDARA

kabinet baru yang dibentuk akan dilihat supaya tidak menjanjikan sesuatu yang sukar dilaksanakan sehingga menghilangkan sekali lagi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
-
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 1 Malaysia yang disebutkan oleh Najib ada pula yang menyamakannya dengan konsep Malaysia Malaysia yang dibawa oleh DAP sebelum ini. Slogan ini akhirnya akan menjadi seperti beberapa slogan kerajaan sebelum ini yang hanya manis dibibir tetapi tiada keberkesanannyaazak kerana telah berlaku kecelaruan fikiran di kalangan rakyat terhadap konsep tersebut.
-
Pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menjadi tempat bernaung golongan usahawan muda dan juga Majlis Amanah Rakyat, dikhuatir pemansuhan ini dan meletakkan bahagian Pembangunan Usahawan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengurangkan bantuan, sokongan dan perbelanjaan kepada golongan muda.
-
Bagaimanakah lepasni nasib kami golongan muda.....

Wednesday, April 8, 2009

TIDAK SEDAR LAGIKAH RAKYAT MALAYSIA

Latar belakang Mahathir tidak memberi sebarang erti bahkan beliau akan meneruskan semula polisinya yang dimantapkan lagi oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri.
-
Untuk menyelamatkan Islam dan orang Melayu supaya dijauh daripada segala mala petaka dan bahaya, jika mereka (Umno) meneruskan tradisi membelakang tuntutan moral, agama dan perlembagaan mereka akan menempa satu masa depan yang sangat malang kepada umat Islam dan rakyat Malaysia jika terus dihanyut oleh duit, rasuah dan nafsu maka mereka akan mengikut kaum-kaum yang dimusnah oleh Allah seperti mana dalam sejarah mereka yang menyokong kezaliman, kebatilan dan memihak kepada kejahatan pastinya mereka akan musnah seperti mana kaum-kaum yang telah musnah dahulu.

-
Kemasukan Mahathir akan merapat saf kepimpinan khasnya dalam Umno, kedudukan agama Islam dalam konteks Islam Hadhari tidak akan dipopularkan. Apatah lagi di zaman Abdullah pun Islam hadari tidak begitu popular.
-

Tetapi sedarkah rakyat malaysia berapa lamakah mahathir memerintah malaysia dan apakah yang terjadi kepada bangsa melayu. Adakah sudah bodoh orang-orang yang tidak mengiagati apa yang telah dilakukan olehnya. Antara perkara yang dilakukannya adalah:
1)Membuatkan negara mempunyai hutang yang berlipat ganda dengan negara luar kerana sibuk duk bangun banggunan, sedangkan banggunan itu dimiliki oleh orang luar bukan rakyat negara kita.
2)Keluarganya bertambah kaya dan mewah sedangkan rakyat semakin susah dan tersiksa.
3)Kerananya juga raja-raja kehilangan kuasa dan kekebalan.
4)Memegang tampuk pemerintah selama 24 tahun dan jika dilihat tahap sosial kepada negara menjadi seperti zaman jahiliah.
5)kejadian pembunuhan As-Shahid Ustaz Ibrahim Libya.
6)Tangkapan operasi lalang melibatkan kepimpinan pembangkang.
7)Mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
8)Menaikan harga barangan keperluan seharian atau harga minyak dan sebagainya.
9)Bertindak menghentam parti yang dipimpinya di era Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
-
Ini adalah beberapa perkara yang telah dilakukan mahathir. Kita sebagai rakyat malaysia tidak dapatkah melihat perkara yang telah dilakukannya. Adakah sanggup setelah tergadai negara baru nak menyesal.

KABINET-KABINET ALMARI LAMA YANG BERMASALAH JIKA DIPILIH

Najib Razak akan mengumumkan senarai anggota Kabinetnya hari ini, manakala majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia jemaah menteri dan timbalan menteri dijadualkan di Istana Negara pada jam 9.30 pagi esok.
-
Mengikut kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini semalam, Najib akan membuat pengumuman itu di Dewan Taklimat ICU, Aras 1, Jabatan Perdana Menteri pada jam 3 petang ini.
-
Hancuslah malaysia jika nama-nama kabinet dibawah yang banyak makan duit rakyat dipilih.
Antara 3 nama menteri kabinet almari yang x boleh pakai.
-

S Samy Vellu,Abdul Taib Mahmud,George Chan Hong Nam.
-
*Banyak wat projek jalan yang x siap.
*Projek yang hanya menelan belanja 2-3 bilion menjadi 6-9 bilion.
*x pernah nak mengakusalah yang dia x boleh nak jalankan tanggungjawab bahkan makin berleluasa merasuah.
*Mementingkan kekuasaan dan keuwangan semata-mata.
*Jawatan yang dipegang dahulu semuanya bermasalah.
*Merupakan ketua kongsi gelap tamil.
*Dia ni hanya mengutamakan ahli keluarga memegang jawatan-jawatan dalam kementerian.
*Banyak sangat dah dia wat masalah tapi masih dipilih.
*Yang penting rambutnya yang tidak bergerak ditiup angin, tidak basah dek hujan dan tidak penah panjang.(Paham-paham sudah)

Sunday, April 5, 2009

DIPERMAINKAN SELAMA 50 TAHUN

1)Hak milik tanah yang selama ini menjadi mainan politik Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu.
Agenda yang dilakukannya:
-
Setiap kali menjelang pilihan raya umum terdapat beberapa orang petugas datang mengukur keluasan tanah kononnya akan dijadikan tanah berstatus TOL, kemudian ada-ada saja orang akan ukur tanah dan bila selesai kempen pilihan raya mereka pun hilang.Rupanya selama ini penduduk dibiarkan tanpa sebarang jawapan walhal sudah beberapa kali penduduk terbabit mengisi borang permohonan.
-
Mempergunakan 'talian hayat' memberikan hak milik tanah sekiranya BN mengekalkan kerusi di Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau setiap kali pilihan raya umum.
-
2)MEDIA UMNO BN KOREK BAHAN 1995 HENTAM ANWAR
-
TV3 suku dan RTM yang merupakan talian hayat terakhir UMNO BN meneruskan tradisi berkempen untuk calon BN sempena 3 pilihanraya kecil ini.Terbaru media pengampu serta pembodek terbaik negara mengulang tayang ucapan DS Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1995.Dahsyatnya media pengampu ini bekerja,mereka sanggup mengorek kisah yang berlaku 14 tahun lepas demi memuaskan pemimpin UMNO BN yang menjadi pujaan dan pujian hati mereka.
-
3)Rasuah basikal dan tabur wang RM400 seorang
-
Umno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka.
-
Perkara tersebut diakui oleh seorang penduduk yang enggan dikenali bahawa semua penduduk telah menerima pemberian daripada Umno.





DAH TUA, X-TAHU MALU DAN X SEDAR DIRI



Kehadiran Mahathir Mohamad ke Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah esok, dijangka menyuntik semangat baru kepada jentera kempen Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kawasan pilihan raya itu.
-
Kenyataan ini menunjukkan yang diani memang x sdr diri. Dulu main kutuk BN sekarang jilat balik. Dah 2 orang-orang dia pun sama jugak. Aku meluat tol dgn MTHIR NI.
-
Sudah pasti akan terjadi lagi dan tergadai lagi negara jika diani campur tangan. Dahla banyak buat negara berhutang semasa memerintah dahulu..
Yang pasti benda ni akan berlaku:
-
Mahathir akan mempengaruhi pemerintahan negara di bawah kepimpinan baru termasuk menentukan barisan Kabinet Najib.
-
Mahathir akan memberikan pandangannya dan ramai akan berkata ia sekadar pandangan berguna untuk mengukuhkan parti dan negara. Orang lain pun diajak menyumbang idea(Adakah idea anda diterima pakai)
-

Janganlah hancur negara tercinta ku ini.

RAKYAT BOLEH BAGI NAJIB PELUANG JIKA

Rakyat sentiasa bersikap terbuka serta positif dalam menilai dan seterusnya memberi peluang kepadanya(najib) untuk menunjukkan kepimpinannya itu jika:
-
1)Rombak calon-calon dalam Barisan Nasional iaitu ambillah hanya calon yang tahu menjalankan tanggungjawab tetapi bukan menjahanamkan bangsa.
2)Selesaikan keadaan krisis ekonomi negara dan buktikan bajet mini 2 mana.
3)Bersihkan nama anda berhubung kes-kes yang dituduh kepada anda.