Monday, May 18, 2009

BN TAKUT DIMALUKAN LAGI DIPENANTI

Tindakan Barisan Nasional (BN) mengumumkan untuk tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti membuktikan kelemahan parti .
Tindakan luar biasa dilakukan BN ini menunjukkan BN bukanlah sebuah parti kuat dan kukuh sebagaimana diketahui sebelumnya. BN kini telah menerima kenyataan parti tersebut semakin lemah dan tidak berjaya memperoleh sokongan rakyat akar umbi yang telah bermula dari Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
-
Mereka juga(BN) menunjukkan kekhuatiran menghadapi mana-mana pilihan raya dan sehingga membuat keputusan luar biasa untuk tidak bertanding di Penanti.
Sama ada BN meletakkan calon atau tidak dalam pilihanraya kecil DUN Penanti nanti, Pakatan Rakyat (PR) tetap mempunyai peluang besar untuk menang kerana rakyat yakin dengan kepimpinan parti tersebut. Keputusan BN untuk tidak meletakkan calon diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra. Tindakan BN untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti adalah berdasarkan fenomena politik semasa yang tidak menyebelahi UMNO dan BN.
-
Krisis politik di Perak dengan perebutan jawatan Menteri Besar masih belum selesai dan BN khuatir ianya memberi kesan dalam pilihan raya tersebut yang menolak kepimpinan BN. Najib juga belum yakin dengan kepimpinannya dan lantikannya dan beberapa pengumumannya untuk rakyat dapat menarik sokongan rakyat di samping tidak berani menempuh kubu kuat Pakatan Rakyat di Penanti adalah antara sebab-sebabnya.
-
Alasan BN tidak bertanding bukanlah disebabkan oleh tidak mahu mengikut gelombang PR, sebaliknya alasan terbesar adalah momentum sokongan rakyat kini tidak menyebelahi parti tersebut. PKR tetap akan meneruskan gerak kerja persediaan menghadapi pilihan raya kecil DUN Penanti sebagaimana yang telah dirancang memandangkan kemungkinan adanya pertandingan dari calon Bebas.
-
Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu. Malah PKR juga telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding di Penanti iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56.

No comments:

Post a Comment