Monday, March 23, 2009

POSTER-POSTER TPM YG MENCERITAKAN KEBENARAN TERSEBAR

SEREMBAN :–
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan percaya ahli UMNO di negeri ini terbabit dalam tindakan mengedar poster kebenaran Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikesan ditampal beberapa kawasan sekitar Seremban, semalam.
-
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, percaya ia dilakukan pihak yang mengambil kesempatan terhadap musim Perhimpunan Agung UMNO, ia dilakukan ahli UMNO yang kecewa. : “Saya rasa ia bukan dilakukan orang selain UMNO, kerana mereka yang mahu melihat UMNO kacau-bilau dan hancur adlah orang dalam sendiri. Ini mungkin permainan psikologi pihak tertentu dengan mempergunakan musim pemilihan sekarang supaya 'tangan mereka tidak kotor',” katanya. Sambil melahirkan rasa gembira, beliau turut percaya mereka yang terbabit dengan penyebaran poster itu adalah mereka yangmenegakkan kebenaran supaya dengan peralihan kuasa yang akan berlaku tidak lama lagi, janganlah negara tercinta tergadai. “Mereka risau kerana Najib akan dapat melakukan perubahan dan mengukuhkan ekonominya sehingga negara malaysia bankrup.
-
Situasi ini umpama menangguk di air keruh,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di pejabatnya dekat Wisma Negeri, semalam. Mohamad berkata demikian merujuk kepada tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengedarkan poster kebenaran Timbalan Perdana Menteri yang dikesan ditampal di beberapa kawasan sekitar bandar ini termasuk berdekatan pejabat Sinar Harian, di sini.
-
Difahamkan, poster berkenaan juga dikesan di sekitar bandar ini, termasuk berdekatan pejabat New Strait Times Press (NSTP) di Kemayan Square dan sebuah pejabat guaman di Taman Sri Rahang. Sementara itu, Mohamad turut menyifatkan golongan berkenaan sebagai ‘sihat’ dengan bertindak mengikut fikiran dengan baik. “Apalah sihat sangat masyarakat sekarang ini.
-
Mereka terlampau emosi sehingga menyebabkan benda yang baik kadang-kadang jadi tidak baik. Jangan terlampau emosi,” katanya. Beliau juga menafikan golongan yang terbabit itu sengaja mencari pejabat media sebagai sasaran untuk mencari ‘publisiti murahan’ bagi memastikan tindakannya mendapat liputan di akhbar tempatan.

1 comment:

  1. tampal je poster kat dahi bijaN tu kalau org takpaham gaak.... heheh gantung kat tengkok saya pembunuh dan takan buat lg... dekat dahi tulis sy pencolek dan perasuah

    ReplyDelete