Thursday, April 2, 2009

MULALAH ERA PEMERINTAHAN PEMIMPIN-PEMIMPIN BERMASALAH


Politik wang a.k.a rasuah...
*Bimbang dengan beberapa pengakuan beberapa peimpin Umno yang kalah dalam pemilihan Umno ya
ng lalu bahawa wabak rasuah membayangi pemilihan pada akhir Mac lalu yang mana pertamanya pengakuan yang dibuat oleh Dato' Shahrir Samad yang mahu melepaskan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berikutan kekalahan dalam pemilihan baru-baru ini.
-

Shahrir katanya kecewa dengan sikap perwakilan yang tidak memilih pemimpin berdasarkan rekod khidmat, sebaliknya faktor lain yang dijadikan sandaran.
-
Begitu juga dengan pengakuan Dato' Seri Dr Rais Yatim yang kecewa barisan kepimpinan yang menang adalah barisan yang mencerminkan suara hati perwakilan dan bukan suara demokrasi ideal, katanya.
-
Kenyataan-kenyataan ini boleh dilihat sebagai kenyataan kecewa dengan apa yang berlaku dalam Umno kali ini di mana ramai yang menang kerana politik wang dan bukan kerana mahu kepada perubahan.
-
-
Paling dibimbangi barisan yang menjadi pemimpin negara yang mana telah terbentuk selepas Dato' Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah pada jam 10.00 pagi 3 April adalah barisan yang dikhuatiri mempunyai persepsi rasuah. -

Penyelewengan a.k.a Pembunuhan...

* Hantu Altantuya akan terus menerus mengganggu Najib di mana-mana dan pada bila-bila masa. Gangguan pertama 'hantu' Altantuya datang dari Perancis. Akhbar Liberation secara terperinci cuba menggambarkan apa yang berlaku dalam kes Altantuya. Memandangkan apa yang diceritakan oleh akhbar tersebut adalah menyentuh Perdana Menteri Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk membersihkan namanya daripada tuduhan serius tersebut.
-
Najib wajib menyaman akhbar tersebut. Kegagalan Najib menyaman bermakna Najib seolah-olah mengakui bahawa berita tersebut adalah benar dan bukannya fitnah. Oleh kerana ia benar, bagaimanakah Najib boleh, dengan tanpa harga diri dan bermaruah, bersedia menerima menjadi Presiden Umno dan seterusnya menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri?
-
Kes Altantuya bukan sahaja melibatkan isu pembunuhan ngeri seorang wanita cantik dengan bom C4 tetapi ia juga berkaitan rapat dengan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kini semua orang tahu pada tahun 2002, Kementerian Pertahanan yang diterajui Najib telah membeli tiga kapal selam yang bernilai RM4.5 bilion melalui syarikat yang dikuasai oleh kawan rapat Najib dan juga penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.
-
Dilaporkan Razak telah dibayar RM530 juta sebagai komisyen. Teori bahawa pembunuhan Altantuya mempunyai kaitan rapat dengan isu komisyen kapal selam ini amat sukar ditolak kecuali oleh mereka yang dungu. Najib juga tidak boleh lari daripada isu pembelian jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.2 bilion yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan yang diterajuinya. - Pembelian Sukhoi dari Rusia pada tahun 2003 adalah berkait rapat dengan penghantaran angkasawan Malaysia yang pertama yang telah menelan belanja duit rakyat sebanyak RM90 juta.
-
Rakyat di ketiga-tiga kawasan pilihan raya kecil juga tidak akan melupai isu kelewatan penghataran enam kapal peronda sisir pantai (six offshore patrol vessels) yang juga melibatkan kementerian yang diterajui Najib.Kelewatan tersebut mengakibatkan nilai kontrak melonjak secara mendadak daripada RM4.9 bilion kepada RM 6.75 bilion. Yang lebih menarik lagi dokumen-dokumen yang berkaitan transaksi tersebut dilaporkan hilang pada bulan Sepetember 2008.
- Mungkin Najib layak digelar 'David Copperfield Malaysia' kerana setiap kali beliau didakwa terlibat banyak 'makhluk' yang hilang, antaranya Altantuya, Balasundram, Adun Behrang dan Adun Changkat Jering.
-
Jangan lupa dokumen imigresen keluar masuk Altantuya ke negara ini juga hilang! Pilihan raya kecil ini juga satu pungutan suara rakyat berkaitan dengan tindakan Najib menyekat kebebasan bersuara. Rakyat yang dahagakan maklumat alternatif daripada Harakah dan Suara Keadilan pasti akan menghukum Najib dan partinya kerana menggantung akhbar tersebut. Penggantungan Harakah dan Suara Keadilan, selama tiga bilan, menunjukkan Najib tidak bersedia menerima suara yang menentang beliau. Dengan lain perkataan Najib adalah kuku besi dan musuh demokrasi.
-
Demokrasi meminta parti-parti yang bertanding di dalam pilihan raya sepatutnya bertanding di padang yang sama rata. Jika kita boleh mengibaratkan demokrasi sebagai perlumbaan kuda kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat sepatutnya dibekalkan dengan kuda jika hendak berlumba kuda. Najib sebaliknya hanya membenarkan BN menunggang kuda dan melarang Pakatan Rakyat menggunakan mana-mana kuda dalam pertandingan lumba kuda! Bagi rakyat Perak khususnya, pilihan raya kecil di Bukit Gantang adalah peluang untuk mereka menghukum Najib di atas rampasan kuasa yang tidak sah yang dilakukan oleh Najib.

-

Bagi rakyat Perak, Najib adalah pencetus keadaan kelam-kabut yang berlaku di negeri itu sekarang. Apabila Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya sehingga kini sukar hendak melaksanakan tugasnya kerana dihalang oleh undang-undang dan Speaker Pakatan Rakyat yang masih sah, Najib guna (baca salah guna) segala-galanya daripada Istana, SPR, Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan mahkamah hanya untuk berlawan dengan seorang Speaker.
-
-
- Bagi umat Islam pilihan raya kecil ini juga adalah satu hukuman ke atas Najib di atas kenyataan tidak bertanggungjawabnya dalam isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) suatu masa dahulu. Jika benar pemilihan lalu seperti telahan beberapa anggota Umno yang kalah,maknanya satu malapetaka besar akan berlaku ia adalah satu malapetaka kepada negara justeru hanya tangan rakyat sahaja yang dapat mengubahnya dengan menyuarakan bantahan di peti-peti undi.

1 comment:

  1. hangat ni:)

    terima kasih sebab sudi folo ceritakosong ya :D

    ReplyDelete