Thursday, May 14, 2009

Najib mahu dikenali 'Perdana Menteri Rakyat'

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mahu dikenali sebagai ‘Perdana Menteri Rakyat’ yang mesra dengan rakyat dan dapat memahami kehendak rakyat. Diantara kata-katanya “Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama rakyat,” kata Perdana Menteri sambil menegaskan tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan. “Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya,” -
Sehubungan itu, Najib berkata, sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah turun padang yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya. “Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya. “Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ. Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya. “Banyak bezanya, macam bumi dan langit,” kata Perdana Menteri. Najib berkata, oleh sebab itu, beliau mahu turun padang dan tidak mahu sebarang formaliti seperti hamparan merah, bunga manggar dan tanpa krew TV (media). Katanya, beliau akan tetap turun padang kerana mahu meninjau sendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat. Menurutnya, kerajaan akan membuat penambahbaikan di Puduraya yang menjadi tumpuan rakyat untuk menggunakan perkhidmatan bas untuk jangka pendek dan jangka sederhana.
-
Itu adalah kata-katanya. Tapi sedarkah beliau ramai pihak mengatakan bahawa beliau cakap x serupa bikin. Ini adalah kerana berkenaan konflik yang terjadi di Perak. Jika beliau benar mengutamakan rakyat kenapa tidak bubarkan sahaja dun di perak. Mungkin dengan itu rakyat akan tahu bahawa beliau memang mengutamakan rakyat.
-
Maka sama-samalah kita fikirkan......

3 comments:

  1. Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama rakyat

    haktui la....!

    ReplyDelete
  2. Cakap, semua orang boleh cakap.

    Setakat lawat Puduraya ... kahkahkah!

    Dia ingat kita rakyat ni bodoh bangang buta tuli ke?

    ReplyDelete
  3. Perdana Menteri rakyat apa kejadahnye. Nak jadi PM rakyat, kene dahulukan rakyat la. Nape tak bagi mandat pada rakyat untuk selesaikan kemelut di Perak? Ingat rakyat ni tadak otak ka..??

    ReplyDelete