Tuesday, April 28, 2009

TERNYATA SUDAH PEMIMPIN INI TIDAK BERWIBAWA TETAPI TETAP DIPILIH NAJIB

DPMM saman Menteri Besar Johor RM322j

JOHOR BAHRU: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Johor, semalam memfailkan saman menuntut ganti rugi sejumlah RM322 juta terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang didakwa gagal menyerahkan sebuah projek di sepanjang Pantai Lido, yang dijanjikan ketika pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 16 tahun lalu.
-
Saman yang dibuat di Mahkamah Tinggi di sini, turut menamakan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri serta Unit Perancang Ekonomi (Upen) negeri sebagai defendan. Menerusi saman itu, DPMM Johor menuntut RM322 juta sebagai ganti rugi am bagi pembangunan Pantai Lido.
Penolong Penasihat Undang-undang, Jailani Rahman mewakili tiga defendan manakala DPMM Johor diwakili Peguam, P K Nathan dan dibantu Fadzilah Mansor.

-
Yang Dipertua DPMM Johor, Syed Ali Al-Attas, ketika memberi keterangan di hadapan Hakim, Datuk Hue Siew Kheng, mendakwa pihaknya menanggung kerugian wang dan maruah selepas hak eksklusif projek yang diberikan kepada mereka bagi pembangunan pantai itu ditarik lebih 16 tahun lalu. Syed Ali berkata, menerusi hak eksklusif berkenaan, DPMM Johor diberikan kelulusan membangunkan kawasan tanah seluas 26.46 hektar membabitkan Lot PTB 20114 di Pantai Lido pada 1993.
-
Beliau berkata, Muhyiddin, yang kini Timbalan Perdana Menteri, mengumumkan perkara itu pada satu perjumpaan Hari Raya DPMM Johor, pada tahun sama. Syed Ali berkata, DPMM Johor juga sudah mendapatkan khidmat arkitek, perancang dan jurutera bagi melaksanakan projek pembangunan kawasan terbabit, namun selepas mengadakan beberapa pertemuan dengan beberapa agensi kerajaan, pihaknya diarah menangguhkannya sehingga Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) selesai membuat kajian terhadap Pelan Tempatan di bawah Sektor Tasek Utara.

-
Bagaimanapun, selepas Abdul Ghani mengambil alih pentadbiran pada April 1995, Syed Ali mendakwa, Menteri Besar baru itu mengabaikan perkara berkenaan. Syed Ali berkata, pada Oktober 1999, DPMM Johor kemudian mendapat tahu sebuah syarikat, Optima Bestari Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada Julai tahun sama, akan membangunkan kawasan Pantai Lido, menerusi satu keratan akhbar yang dikemukakan di mahkamah.
-
Katanya, pada 1 Jun 2004, defendan, UPEN Negeri kemudian menyerahkan satu surat kepada DPMM Johor yang membatalkan hak eksklusif projek itu. P K Nathan memberitahu mahkamah bahawa DPMM Johor menepati syarat ditetapkan kerajaan apabila menyediakan laporan Analisis Impak Trafik (TIA) dan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk projek itu.

-
"Defendan tidak pernah menafikan bahawa laporan EIA dan TIA pernah diserahkan," katanya ketika meminta mahkamah membuktikan sama ada wujud perlanggaran kontrak.

No comments:

Post a Comment