Sunday, April 5, 2009

SIAPAKAH SALAH SEORANG TAHANAN ISA YANG DILEPASKAN


Ahli DIS, Francis Indanan melahirkan rasa gembira tidak terhingga dan bersyukur kerana dibebaskan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.
-
Dia yang ditahan di bawah ISA kerana mempunyai kaitan dengan peristiwa (pengeboman) di Bali, Indonesia juga tidak menyangka akan menikmati peluang tersebut.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membebaskan saya dan rakan-rakan,” katanya.
-
Adakah sebenarnya najib mempunyai agendanya tersendiri...
-
Kenapa asal dengar jew kes melibatkan letupan, nama najib mesti ada. Adakah najib hobinya meletupkan barang-barang...
-
-
-
Persoalan dalam pala hotak aku ni kenapa yang melibatkan kes besar dilepaskan sedangkan mereka ni hanya kes kecil tidak dilepaskan.

-
Ha pasni apa lagi najib nak wat. Mari kita lihat.

CALON BEBAS PENING KEPALA


Dengan tempoh masa berkempen tinggal sehari, tiga calon bebas bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau kini sepakat untuk berceramah dan berkempen secara serentak di atas pentas yang sama.
-
Tiga daripada 13 calon bebas; A.Jayagopal (lambang payung), Abdul Rahim Abu (jam) dan Radzi Mat Lazim (kerusi); berkongsi pentas untuk menyampaikan ceramah kempen mereka kepada orang ramai di Sungai Lalang, malam tadi.
-
Bagaimanapun ceramah itu hanya dihadiri oleh kira-kira 20 orang sahaja.
-
Kepada calon bebasni x payahlah dowk bertanding buat membazir jew.

SEMAKIN PANAS KALI INI

Aku tertarik dengan artikel cyberboron ini.

1. Bukit Gantang Penuh Sesak 2. Kedudukan Masih 50-50 3. PR Perlu Peka Dan Pantas - Che' Det Datang Hari ini 4. Mufti Harussani Tolong Kempen Jangan Undi PAS 5. UMNO Lapor Pada Polis - Nga Kor Ming Hina Islam Sebab Baca Ayat Quran 6.
-
Jangan Hanya Tangkis Serangan - Kita Juga Mesti Menyerang!1. Bukit Gantang Penuh SesakKawasan Parlimen Bukit Gantang penuh sesak. Penyokong PR dan BN dari seluruh pelosok negara membanjiri kawasan ini. Hotel dan rumah tumpangan di Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh tak ada lagi yang kosong. Jalan jammed, terutama dari arah Trong ke Changkat Jering. Hampir waktu maghrib tadi kenderaan bersusun dari traffic light plaza tol Changkat Jering hingga ke pekan Trong. Dari Sungai Tinggi nak ke Taiping, aku terpaksa patah balik ke Beruas, memandu ke Manong dan Kuala Kangsar, masuk high-way ke utara, tak keluar di Changkat Jering, tapi terus ke tol Taiping Utara. Singgah di majlis Jamuan DAP di Taman Kota Jaya.
-
Ramainya manusia! Alhamdulillah sekarang dah lapor diri di Stesen Maya 1.2. Kedudukan Masih 50-50Kedudukan kecenderungan pengundi masih bercampur-campur kalau ikut istilah bursa saham. Macam biasa, kedua-dua pihak mengaku sedang mendahului.BN yakin penuh telah dapat sokongan pengundi Melayu. Antara 65 ke 75 peratus. Pengundi Cina dan India terus di asak dengan pengumuman peruntukan itu dan ini.
-
Macam-macam ada! Petang tadi sebuah sekolah Cina dapat cek RM 1 juta untuk membina dan membaik pulih beberapa bangunan sekolah tu. Pengundi India di Simpang Halt dah dijanjikan penyelesaian masalah hak milik tanah yang diduduki sejak berpuluh tahun. Pengundi Cina Pulau Pasir Hitam dijanjikan bekalan air dan elektrik yang lebih sempurna. Majlis makan malam bersama pengundi Cina yang dihadiri Muhyidin Yasin mendapat sambutan boleh tahan. Mencecah angka ribu walau pun dalam hujan lebat.
-
Sumber bilik gerakan utama BN memberitahu sokongan pengundi bukan Melayu dah meningkat daripada sekitar 25% sebelum penamaan calon ke angka 30-35% hari ini. Kenyataan resmi jurucakap BN menyebutkan angka 40-50%.Kedua-dua pihak meramalkan peratus keluar mengundi ialah antara 75-80% iaitu antara 41,603 hingga 44,377.Jumlah Pengundi : 55,471Melayu : 35,105 ... kalau 75-80% keluar mengundi, angkanya 26,329 - 28,084.Bukan Melayu : 20,366 ... kalau 75-80% keluar mengundi, angkanya 15,275 - 16,293.Kalau BN dapat 65-75% undi Melayu, angkanya 17,114 - 19,747 atau 18,255 - 21,063.Kalau BN dapat 30-35% undi Bukan Melayu, angkanya 4,583 - 5,346 atau 4,888 - 5,703.Kalau dijumlahkan angka paling kecil daripada 4 pilihan itu iaitu 17,114 undi Melayu dan 4,583 undi bukan Melayu, BN memperolehi 21,697 daripada 41,603 undi atau 52.15%. Keputusannya BN menang.PAS-PR juga yakin menang. Sumber memberitahu PR telah mendapat sokongan 35% pengundi Melayu dan 80% pengundi bukan Melayu. Kalau digunakan angka yang sama seperti di atas, PR memperolehi 9,215 undi Melayu dan 12,220 undi bukan Melayu. Jumlahnya 21,435 daripada 41,603 undi atau 51.52%. Keputusannya PAS-PR menang.Sumber itu juga memberitahu sokongan pengundi Melayu boleh meningkat kepada 40% dalam masa 24 jam terakhir. Peningkatan itu akan menambah majoriti kemenangan atau menyerap peralihan keluar 4-5% sokongan bukan Melayu di saat akhir.
-
Aku tak mahu komen apa-apa berkenaan dakwaan kedua-dua pihak ini. Masing-masing ada kaedah pengiraan sendiri. Dan biasanya masing-masing suka menyedapkan hati sendiri. Yang diumumkan biasanya lain daripada yang ada dalam file.Aku menilai dari sudut pandang diri aku sebagai blogger, bersama rakan-rakan blogger yang lain. Antara sesama blogger pun ada perbezaan penilaian. Aku dengan penilaian aku sebagai blogger yang berdiri di atas hak peribadi aku dan dalam masa yang sama sebagai penyokong Pakatan Rakyat. Pembaca juga berhak untuk ada pandangan dan penilaian masing-masing. Terpulang.Bagi aku belum ada pihak (sama ada PR atau BN) yang layak berasa selesa dengan keadaan terkini di hari terakhir berkempen ini. Kedudukan masih samar-samar berlegar di angka 50-50. Pergerakan turun naik masih berlaku antara 46:54 ke 54:46 di kedua-dua kem. 8% daripada jumlah yang dijangka keluar mengundi menjadi penentu kemenangan. Secara logiknya 3200-3600 pengundi penentu ini ialah kumpulan pengundi atas pagar.
-
Pihak yang berjaya mendapat sokongan atau simpati daripada kumpulan ini akan muncul sebagai pemenang 7 April.Sebagai penyokong PR, aku mengharapkan PR menang. Tapi sehingga malam ini aku masih belum percaya PR boleh menang. Bila aku kata begitu, bukanlah bermaksud BN gerenti menang. Maksud aku petunjuk kemenangan tidak jelas ke mana-mana pun. Aku perlu tegaskan begini supaya BPN tak eksploit analisis aku ini untuk menghebahkan kononnya BloggersNetwork@Perak dah mengaku PR kalah.3.
-
PR Perlu Peka Dan Pantas - Che' Det Datang Hari IniAku harap semua rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dapat bertindak betul, pantas dan berhati-hati sepanjang hari dan malam ini (6 April) sehingga besok (7 April). Pemimpin-pemimpin jentera parti mesti fokus kepada keperluan sebenar. Petugas-petugas parti di peringkat UPU mesti all-out mengikat kecenderungan pengundi atas pagar. Jentera di peringkat lokaliti mesti selesai mengatur urusan pengundian ahli dan penyokong setia yang digerakkan secara sistematik pada hari mengundi. Ahli-ahli parti yang bukan jentera resmi mesti membantu dengan cara menziarahi atau menghubungi keluarga dan rakan kategori atas pagar. Sentuhan hubungan yang asli itu lebih berkesan daripada semua pendekatan kempen yang lain.Hari ini dijadualkan Che' Det akan turun berkempen di Bukit Gantang. Aku tak risau kedatangan orang tua itu dari sudut upayanya mengalih arah sokongan antara parti. Dia tak mampu mengubah pendirian penyokong Pakatan Rakyat.
-
Tetapi sentuhan black magic mantan diktator itu ada kemungkinan meredakan ketegangan dalaman UMNO Bukit Gantang. Setakat ini protes senyap kem Ketua UMNO Bahagian masih membara. Empayar Dato' Rosli Husin masih sukar untuk memberi laluan kemenangan kepada Ismail Saffian. Kemenangan Ismail bererti masa depan yang sukar dan tak menentu bagi Rosli. PR nampaknya tak cukup bijaksana memanipulasi keadaan itu. Hari ini Najib mengutuskan sifunya untuk menamatkan protes senyap ketumbukan Rosli. Kalau pujukan dan gorengan itu berhasil, UMNO akan dapat bonus berharga.PR tak wajar memandang remeh kepada apa pun yang berlaku. Che' Det memang hebat kuntaunya. Mungkin ada petua-petua baru yang akan dibisikkan kepada jentera UMNO dalam pertemuan-pertemuan tertutup hari ini.
-
Hujan duit akan turun dengan lebih lebat hari ini dan malam nanti. Risalah-risalah maut akan sampai kepada pengundi pada waktu petang dan malam nanti. Bahan tipu dan fitnah itu perlu dicounter dalam tempoh singkat. Kalau lambat bertindak balas, nahas padahnya.4.
-
Mufti Harussani Tolong Kempen Jangan Undi PAS Kelmarin Harussani dah turun ke gelanggang. Walau pun tubuh badannya tak ada di Bukit Gantang tetapi suaranya dah sampai. Sehari suntuk Radio Perak menyiarkan kenyataannya bahawa mengundi tak ada kena mengena dengan syurga dan neraka. Belitan UMNO simple saja ... (kononnya) PAS kata, undi PAS boleh masuk syurga. PAS kata jangan undi BN sebab boleh membawa ke neraka. Harussani beri penjelasan ... undi tak ada kena mengena dengan syurga neraka. Jangan peralatkan agama untuk meraih undi. Jangan peralatkan ayat Quran untuk kepentingan politik ... seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak ... parti politik tertentu. Manusia tak boleh menghukum siapa yang masuk syurga dan masuk neraka. Yang berhak menghukum hanyalah Allah.Kita mungkin menganggap kenyataan mufti itu bukan isu besar. Kita mungkin menganggap kenyataan itu perkara biasa. Memang itulah taktik UMNO sejak dulu. Kita mungkin bersangka taktik lapok itu tak memberi kesan. Penyokong kita tak akan terpengaruh dengan kenyataan basi itu. Tetapi, itu cuma persepsi kita. Yang penting sekarang ialah persepsi kumpulan atas pagar. Walau pun mereka tidak mudah dipengaruhi, namun kebarangkaliannya tetap ada.Perkara sebenar mesti disampaikan kepada pengundi. Mereka mesti difahamkan bahawa kita tak pernah menghukum siapa yang layak ke syurga atau ke neraka.
-
Tok guru dan penceramah kita hanya mengingatkan tentang syurga dan neraka secara umum. Kalau ada yang specific pun, peringatan itu masih merujuk kepada maksud asal ayat Quran atau Hadith Rasulullah. Tidak pernah kita menuding kepada mana-mana parti atau individu secara khusus. Itulah yang sebenarnya berlaku.Tok guru dan penceramah kita membaca ayat tentang perintah berlaku adil dan jangan melakukan kezaliman. Kita membaca ayat yang memberi amaran kepada pelaku kezaliman. Orang zalim tempatnya di neraka. Itu hukuman Allah, bukan hukuman kita. Kita juga membaca ayat larangan cenderung kepada kezaliman. Ayat Allah menghukumkan dengan jelas bahawa orang yang cenderung kepada kezaliman akan disambar oleh api neraka. Itu hukuman Allah, bukan hukuman kita.
-
UMNO melakukan kezaliman. Mereka mengurung manusia tanpa bicara (ISA). Mereka beri rasuah dan terima rasuah. Mereka menindas rakyat yang tak sealiran dengan mereka. Dan macam-macam lagi. Semua itu namanya zalim. Allah mengharamkan kezaliman. Allah telah menetapkan dalam Quran bahawa orang zalim akan masuk neraka. Kita baca ayat itu. Kita terangkan ayat Allah. Kita tak kata UMNO masuk neraka. Kita cuma mengingatkan apa yang Allah firmankan. Jangan buat zalim. Orang zalim akan masuk neraka. Kita cuma mengingatkan ISA itu zalim. Rasuah itu zalim. Menindas itu zalim. Orang zalim akan masuk neraka. Kalau UMNO berasa peringatan itu terkena batang hidung mereka, itu hak mereka. Pokoknya PAS atau Pakatan Rakyat tidak pernah menghukumkan UMNO mesti masuk neraka.
-
Begitulah juga sebaliknya dalam hal masuk syurga.5. UMNO Lapor Pada Polis - Nga Kor Ming Hina Islam Sebab Baca Ayat QuranUMNO juga dah buat report (polis) berkenaan pemimpin DAP (non-muslim) membaca ayat Quran dalam ucapan dan ceramah mereka. UMNO marah kononnya perbuatan itu mencemarkan kesucian Al-Quran. Al-Fadhil ulama' UMNO pun bermadah bahawa orang kafir tidak dibolehkan membaca ayat Quran. Pemimpin DAP dituduh mempermainkan kitab suci umat Islam. Pemimpin PAS dan PKR beragama Islam dituduh merelakan Quran dihina dan dipermainkan.Dari sudut benar atau salah, memanglah UMNO salah. Mereka hanya membuktikan kebodohan apabila membangkitkan isu ini. Tetapi dari sudut kesannya kepada pengundi Bukit Gantang, kita tak boleh pandang remeh. Orang Melayu ada ketikanya amat sensitif tentang maruah agama. UMNO yang tak pernah peduli tentang agama itu sentiasa licik menggunakan isu agama untuk membunuh imej pihak lawan.
-
PAS ditakuti dan dibenci oleh pengundi non-muslim sejak dulu kerana UMNO berjaya melekatkan imej agama yang ganas dan kolot kepada PAS. Alhamdulilah penipuan UMNO itu beransur terbongkar kebelakangan ini. Sembahyang dua imam, amanat Hj. Hadi, taliban dan anti kemajuan adalah contoh eksploitasi isu agama yang berjaya mengukuhkan UMNO.Oleh itu PR khususnya PAS tidak wajar terlalu defensif. Isu DAP baca ayat Quran ini perlu difahamkan secepat mungkin dalam tempoh satu hari yang terakhir ini.Pemimpin DAP yang membaca ayat Quran itu, juga membacakan terjemahannya yang betul seperti teks terjemahan yang asal. Mereka membaca ayat-ayat itu secara serius dan dengan maksud yang nyata. Bukan secara bermain-main atau dengan gaya memperolok-olokkannya. Tiada nas Quran atau Hadith yang melarang non-muslim membaca ayat Quran. Logiknya pun, kalau mereka ditegah membaca Al-Quran maka bagaimana kita nak menyeru mereka kepada Islam sedangkan sumber utama Islam ialah Al-Quran. Umar Al-khattab membuat keputusan memeluk Islam setelah dia membaca ayat Quran surah Taha di rumah adiknya. Ketua Biro Penyelidikan Majlis Gereja Sedunia, Garry Miller memeluk Islam setelah bertahun-tahun membaca dan mengkaji ayat Al-Quran. Sekarang dia adalah pendakwah yang aktif dengan nama baru Abdul Ahad Omar. Beribu-ribu pelajar non-muslim di sekolah menengah negara ini belajar mata pelajaran Pendidikan Islam sehingga ramai yang lulus cemerlang A1 bagi subjek Pendidikan Islam SPM. Pelajar-pelajar itu belajar Al-Quran dan membacanya selama bertahun-tahun.
-
Mengapa kerajaan UMNO tidak menghalang mereka?Sebenarnya UMNO hanya cuba menggunakan isu ini untuk mengelirukan pengundi atas pagar. Mereka cuba menyemai perasaan membela kesucian Al-Quran secara songsang. Al-Quran memang suci. Kesucian Al-Quran wajib dipertahankan. Perlakuan mempermainkan Al-Quran mesti ditentang habis-habisan. Hampir semua umat Islam akan terguris hati jika Al-Quran diperolok-olokkan. Maka UMNO pun cuba memesongkan fakta peristiwa pemimpin DAP membaca ayat Quran itu. UMNO cuba menggambarkan perlakuan pemimpin DAP itu sebagai tindakan menghina Quran. UMNO cuba membentuk persepsi bahawa PAS bacul kerana membiarkan non-muslim mempermainkan ayat Allah.Kita mesti beritahu pengundi tentang fakta sebenar peristiwa ini. Pemimpin DAP baca ayat yang sebenar. Pemimpin DAP baca terjemahan yang sebenar. Pemimpin DAP mengaplikasi maksud ayat-ayat yang dibaca itu secara bertepatan dengan maksud yang sebenar. Maka tak ada apa-apa yang salah.
-
Kita mesti beritahu pengundi bahawa kita tidak berhak menghalang non-muslim membaca ayat Quran selagi ia bukan bertujuan mempermain atau memperolokkannya. Kita perlu betulkan persepsi pengundi tentang Quran, Islam dan dakwah. Bantulah pengundi sehingga mereka dapat melihat betapa dakwah Islam mestilah berkait dan bersumberkan Al-Quran. Apabila non-muslim yang berkawan dengan kita sudah mula mahu membaca Al-Quran, itu merupakan antara kejayaan awal dakwah kita. Maka sepatutnya kita bersyukur apabila mereka tampil dikhalayak ramai membacakan ayat Quran. Mudah-mudahan lambat laun mereka akan menerima hidayah untuk menjadi muslim.Kita juga mesti fahamkan pengundi bahawa yang menolak Al-Quran ialah UMNO.
-
Islam UMNO sebagai sebuah kerajaan hanyalah Islam syiar. Islam mereka hanya pada masjid dan sekolah agama. Islam mereka hanya pada pejabat agama dan tengok anak bulan. Islam mereka hanyalah pada pusat Islam dan pusat pungutan zakat. Islam mereka hanyalah pada sambutan maulidur rasul dan sambutan maal hijrah.UMNO tak peduli pada halal haram yang ada dalam Quran. UMNO mempersetankan ayat Quran tentang aurat. UMNO tak pedulikan ayat Quran tentang riba dan rasuah. UMNO menghina ayat Quran tentang hudud dan qisas. UMNO memandang sinis ayat Quran tentang tarbiah dan tazkirah. UMNO mempersendakan ayat Quran tentang khilafah. UMNO mentertawakan ayat Quran tentang siasah dan daulah. Pendek kata, UMNO memusuhi Al-Quran. Kitab suci itu adalah musuh UMNO.
-
6. Jangan Hanya Tangkis Serangan - Kita Juga Mesti Menyerang!Setakat ini kedua-dua pihak saling serang menyerang. UMNO dengan isu derhaka dan boneka. PR dengan isu rampasan kuasa dan hak rakyat. Sehari dua ini serangan terhadap peribadi calon juga mula beredar. Serangan terhadap peribadi DS Nizar kurang berhasil. Ismail Saffian dibelasah teruk dengan isu Danok dan isu-isu salah laku seks yang menggemparkan.UMNO dipercayai akan melakukan serangan besar di hari terakhir ini. Mungkin ada pendedahan baru yang telah atau sedang direka-cipta oleh pemikir-pemikir strategi mereka. Mungkin ada provokasi besar untuk memerangkap emosi atau sentimen jentera dan petugas PR. Kita mesti cukup bersedia untuk menyerap kemungkinan-kemungkinan itu. Sejarah UMNO sepanjang setengah abad berpilihanraya, penuh dengan kejutan serangan saat akhir yang dahsyat. Mereka tidak pernah takut pada Tuhan untuk menipu dan memfitnah. Awas!PR mesti menyerang juga. Kita tidak boleh hanya mengukuhkan perisai. Kita juga perlu mengebom dan melancarkan peluru berpandu. Gunakan peluru Tuya sebaik mungkin.
-
Big Momma The Pontianak mesti di pentaskan besar-besaran. Yang nyata dan yang tersembunyi di sebalik rampasan kuasa perlu didedahkan kepada pengundi. Manfaatkan isu rasuah sebaik mungkin. Kalau cukup bukti, paparkan dengan terperinci puluhan drama XXX The Boya calon BN. Kalau ada bukti, beritahu pengundi tentang pengalaman calon BN sebagai duta sulit Malaysia ke Danok di Selatan Thailand.Kalau kita juga menyerang, BN akan kelam kabut nak menangkisnya. Mungkin tidak sempat menyerang kita. Serangggggggggggggg!


Rujukan:
http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/04/panas-di-bukit-gantang.html

Thursday, April 2, 2009

ADA OTAK FIKIR SENDIRI

Pilihan ditangan anda.....


Sama ada ini.....

Atau ini pilihan anda...





Mari saksikan....

MULALAH ERA PEMERINTAHAN PEMIMPIN-PEMIMPIN BERMASALAH


Politik wang a.k.a rasuah...
*Bimbang dengan beberapa pengakuan beberapa peimpin Umno yang kalah dalam pemilihan Umno ya
ng lalu bahawa wabak rasuah membayangi pemilihan pada akhir Mac lalu yang mana pertamanya pengakuan yang dibuat oleh Dato' Shahrir Samad yang mahu melepaskan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berikutan kekalahan dalam pemilihan baru-baru ini.
-

Shahrir katanya kecewa dengan sikap perwakilan yang tidak memilih pemimpin berdasarkan rekod khidmat, sebaliknya faktor lain yang dijadikan sandaran.
-
Begitu juga dengan pengakuan Dato' Seri Dr Rais Yatim yang kecewa barisan kepimpinan yang menang adalah barisan yang mencerminkan suara hati perwakilan dan bukan suara demokrasi ideal, katanya.
-
Kenyataan-kenyataan ini boleh dilihat sebagai kenyataan kecewa dengan apa yang berlaku dalam Umno kali ini di mana ramai yang menang kerana politik wang dan bukan kerana mahu kepada perubahan.
-
-
Paling dibimbangi barisan yang menjadi pemimpin negara yang mana telah terbentuk selepas Dato' Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah pada jam 10.00 pagi 3 April adalah barisan yang dikhuatiri mempunyai persepsi rasuah. -

Penyelewengan a.k.a Pembunuhan...

* Hantu Altantuya akan terus menerus mengganggu Najib di mana-mana dan pada bila-bila masa. Gangguan pertama 'hantu' Altantuya datang dari Perancis. Akhbar Liberation secara terperinci cuba menggambarkan apa yang berlaku dalam kes Altantuya. Memandangkan apa yang diceritakan oleh akhbar tersebut adalah menyentuh Perdana Menteri Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk membersihkan namanya daripada tuduhan serius tersebut.
-
Najib wajib menyaman akhbar tersebut. Kegagalan Najib menyaman bermakna Najib seolah-olah mengakui bahawa berita tersebut adalah benar dan bukannya fitnah. Oleh kerana ia benar, bagaimanakah Najib boleh, dengan tanpa harga diri dan bermaruah, bersedia menerima menjadi Presiden Umno dan seterusnya menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri?
-
Kes Altantuya bukan sahaja melibatkan isu pembunuhan ngeri seorang wanita cantik dengan bom C4 tetapi ia juga berkaitan rapat dengan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kini semua orang tahu pada tahun 2002, Kementerian Pertahanan yang diterajui Najib telah membeli tiga kapal selam yang bernilai RM4.5 bilion melalui syarikat yang dikuasai oleh kawan rapat Najib dan juga penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.
-
Dilaporkan Razak telah dibayar RM530 juta sebagai komisyen. Teori bahawa pembunuhan Altantuya mempunyai kaitan rapat dengan isu komisyen kapal selam ini amat sukar ditolak kecuali oleh mereka yang dungu. Najib juga tidak boleh lari daripada isu pembelian jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.2 bilion yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan yang diterajuinya. - Pembelian Sukhoi dari Rusia pada tahun 2003 adalah berkait rapat dengan penghantaran angkasawan Malaysia yang pertama yang telah menelan belanja duit rakyat sebanyak RM90 juta.
-
Rakyat di ketiga-tiga kawasan pilihan raya kecil juga tidak akan melupai isu kelewatan penghataran enam kapal peronda sisir pantai (six offshore patrol vessels) yang juga melibatkan kementerian yang diterajui Najib.Kelewatan tersebut mengakibatkan nilai kontrak melonjak secara mendadak daripada RM4.9 bilion kepada RM 6.75 bilion. Yang lebih menarik lagi dokumen-dokumen yang berkaitan transaksi tersebut dilaporkan hilang pada bulan Sepetember 2008.
- Mungkin Najib layak digelar 'David Copperfield Malaysia' kerana setiap kali beliau didakwa terlibat banyak 'makhluk' yang hilang, antaranya Altantuya, Balasundram, Adun Behrang dan Adun Changkat Jering.
-
Jangan lupa dokumen imigresen keluar masuk Altantuya ke negara ini juga hilang! Pilihan raya kecil ini juga satu pungutan suara rakyat berkaitan dengan tindakan Najib menyekat kebebasan bersuara. Rakyat yang dahagakan maklumat alternatif daripada Harakah dan Suara Keadilan pasti akan menghukum Najib dan partinya kerana menggantung akhbar tersebut. Penggantungan Harakah dan Suara Keadilan, selama tiga bilan, menunjukkan Najib tidak bersedia menerima suara yang menentang beliau. Dengan lain perkataan Najib adalah kuku besi dan musuh demokrasi.
-
Demokrasi meminta parti-parti yang bertanding di dalam pilihan raya sepatutnya bertanding di padang yang sama rata. Jika kita boleh mengibaratkan demokrasi sebagai perlumbaan kuda kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat sepatutnya dibekalkan dengan kuda jika hendak berlumba kuda. Najib sebaliknya hanya membenarkan BN menunggang kuda dan melarang Pakatan Rakyat menggunakan mana-mana kuda dalam pertandingan lumba kuda! Bagi rakyat Perak khususnya, pilihan raya kecil di Bukit Gantang adalah peluang untuk mereka menghukum Najib di atas rampasan kuasa yang tidak sah yang dilakukan oleh Najib.

-

Bagi rakyat Perak, Najib adalah pencetus keadaan kelam-kabut yang berlaku di negeri itu sekarang. Apabila Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya sehingga kini sukar hendak melaksanakan tugasnya kerana dihalang oleh undang-undang dan Speaker Pakatan Rakyat yang masih sah, Najib guna (baca salah guna) segala-galanya daripada Istana, SPR, Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan mahkamah hanya untuk berlawan dengan seorang Speaker.
-
-
- Bagi umat Islam pilihan raya kecil ini juga adalah satu hukuman ke atas Najib di atas kenyataan tidak bertanggungjawabnya dalam isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) suatu masa dahulu. Jika benar pemilihan lalu seperti telahan beberapa anggota Umno yang kalah,maknanya satu malapetaka besar akan berlaku ia adalah satu malapetaka kepada negara justeru hanya tangan rakyat sahaja yang dapat mengubahnya dengan menyuarakan bantahan di peti-peti undi.

PM 6 - ASPIRASI NAJIB ALTANTUYA DAN SEKUTUNYA

3 April 2009 bermulalah era pentadbiran baru di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
-
Apa yang diharapkan UMNO supaya era kepimpinan Najib akan mengukuhkan pentadbiran Negara dari segala aspek perpaduan dan pengukuhan Agama, Bangsa dan Negara termasuk ekonomi dan politik tanahair adalah salah, ini dapat dilihat dengan perkara-perkara dibawah. Diminta yang berkenaan menerangkan......
-
1)Kemanakah perginya belanjawan yang diagong-agongkan itu, tiada satu bukti yang nampak.
2)Bersihkan nama dan buktikan tidak terlibat dengan kes altantuya.
3)Terangkan kenepa Malaysia beli helikopter dengan harga mahal sedangkan harganya adalah murah.
4)Kenapa masyarakat melayu semakin tersepit dan susah sedangkan ini negara kami.
5)Sosial sekarang makin teruk kenapa orang umno x amik langkah membenteras.
6)Kenapa malaysia x jadi macam berunai.
7)Kami yang berpegang pada agama islam mahukan negara yang berteraskan islam bukan negara yang sumbang mahram.
-
Sampai bilakah negara malaysia ni nak berubah. Daripada zaman yang terdahulu hingga sekarang semuanya makin teruk, bukan makin elok. Agaknya sampai kiamat baru nak sedar...



Wednesday, April 1, 2009

ELOKKAH CALON BN NAK MENCONTOHI OBAMA


SUNGAI PETANI
-
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk S. Ganesan mahu menjadi seperti Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.
Katanya, Obama adalah idolanya dan pendekatan yang dilakukan Presiden AS pertama berkulit hitam untuk membela rakyatnya di negara sendiri akan dijadikan pendekatan yang sama di Bukit Selambau.
-
"Obama lakukan di AS, saya akan membela anak bangsa Malaysia di Bukit Selambau," ujarnya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Getah di sini semalam. Jelas beliau, latar belakang Obama juga tidak jauh berbeza daripadanya yang datang dari keluarga yang susah dan penuh cabaran untuk berjaya.
"Obama datang dari keluarga yang susah, saya juga dari keluarga yang susah iaitu ibu bapa saya adalah penoreh getah," ujarnya lagi.
-
Kata Ganesan lagi, segala kepayahan dan usaha yang dilakukan oleh Obama akan dijadikan semangat untuknya maju dan berusaha bagi meraih perhatian rakyat.
Pada pilihan raya kecil Bukit Selambau 7 April ini, Ganesan menghadapi cabaran calon PKR, S. Manikumar dan 13 calon Bebas lain.
-
-
-
Itu adalah pendapatnya tapi sedarkah beliau yang obama itu mempunyai agenda yang bnyak tidak dapat diterima masyarakatnya..
-
Antara kesalahan obama...
-
1)Obama akui keliru soal kabinet
2)Tidak dapat menyelesaikan isu israel
3)Menyuruh perempuan melaksanakan tugasan
dan banyak lagi masalah yg mendatang.
-
Adakah ini yang ingin dicontohi. Fikirkanlah

Tuesday, March 31, 2009

UMNO MENERIMA TUN KERANA TERDESAK

Pemimpin Umno mencanangkan kononnya keyakinan rakyat kepada telah pulih dengan penyertaan semula bekas Presiden parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
-
Hakikatnya rakyat masih belum menunjukkan reaksi samada yakin atau sebaliknya kepada Umno meskipun dengan kemasukan semula Mahathir ke dalam Umno.

-
Malah dakwaan pemimpin Umno itu hanya menggambarkan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak yang baru tidak mampu mengubah parti itu dengan imej yang dimilikinya.
"Daripada beberapa ulasan akhbar termasuk Naib Presiden Umno, Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi kata kononnya kemasukan Tun Mahathir tingkatkan keyakinan rakyat.
Presiden yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak pula menggunakan petunjuk ini untuk memulihkan keyakinan rakyat, katanya.

-
Ini menunjukkan kepimpinan Najib sangat lemah hingga terpaksa bergantung kepada imej Tun Mahathir yang masuk kononnya untuk menyatukan Umno, katanya.
"Bagi saya bagaimana beliau (Najib) selaku pemimpin utama Umno bergantung kepada kepimpinan lain, jika Tun meninggal dunia apa akan jadi kepada saf kepimpinan Najib?,"

-
"Soal penyatuan dalam Umno, jangan dilihat perpecahan Melayu boleh selesai dengan kemasukan Tun, dan apakah faktor penarik yang ada kepada Umno hanya kerana Tun?,"

-
Jika inilah keadaannya , maknanya kepimpinan Umno yang ada hari ini terlalu lemah, dan tiada kekuatan untuk memimpin negara.
Walhal politik Mahathir sudah tidak relevan lagi kepada generasi hari ini, walaupun tidak dinafikan beliau hormat kepada wibawa bekas Perdana Menteri itu sebelum ini.

-
Ini adalah kerana kemasukan Mahathir masih belum dapat diterima atau diyakini oleh rakyat.
"Kemasukan semula bekas Mahathir tidak akan mendatangkan kesan kepada corak kepimpinan Umno yang dilihat semakin terdesak memenangi hati rakyat dan bukannya satu ancaman kepada Pakatan Rakyat,"

-
"Penyertaan semula Tun Mahathir dalam Umno bukan ancaman kepada Pakatan Rakyat memandangkan ketika beliau meninggalkan Umno dahulu, tiada pihak yang memintanya menarik balik hasrat berkenaan malah turut mengutuknya.
-
"Sekejap keluar dan kemudian masuk parti adalah lumrah bagi pemimpin Umno kerana tidak mempunyai pendirian tetap dan jati diri telus dalam perjuangan membela hak rakyat,"

-
Generasi muda tidak akan melihat ini satu perubahan, dan peralihan kuasa yang berlaku dalam Umno tidak akan mendatangkan kesan kepada parti yang hampir karam itu

APA YANG SEBENARNYA TERJADI KPADA BTKMPP

Kerajaan Negeri Pulau Pinang membekukan sementara tiga kuari untuk membantu siasatan pembayaran royalti dan menyebabkan kehilangan hasil negeri serta merta sehingga siasatan selesai.
-
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya berkata, melalui pembayaran royalti RM3 setiap meter kubik tanah merah atau batuan yang digali Kerajaan Negeri memperolehi sumber yang agak besar.
Tetapi, setelah timbul pertikaian tentang pembayaran royalti semua projek berkenaan dihentikan sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankausa Tanah Negeri semalam.

-
"Setelah mengambil kira siasatan maka dengan ini saya mengisytiharkan pembekuan semua operasi tiga syarikat kuari di Seberang Perai Tengah (SPT) iaitu Kuad Sdn Bhd. Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd, Saw Chong Teok Quarry Sdn. Bhd," tegasnya.
Sehubungan itu juga, Jawatankuasa Tanah Negeri telah melantik Law Choo Kiang untuk mengetuai siasatan perkara tersebut dengan teliti agar pendapatan hasil kuari itu diperolehi Kerajaan Negeri.

-
Katanya, pembekuan itu pastinya memakan masa yang panjang dan akan pembekuan akan ditamatkan setelah hasil siasat siap.
Law Choo Kiang yang juga Exco Pertanian, Asas Tani, Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri juga diamanahkan menyiasat satu kes yang melibatkan royalti tanah merah dan bahan batuan yang dikurangkan daripada RM3 ke RM1 per meter kubik.
Justeru, Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Puteh meminta ketiga-tiga kuari terlibat memberikan kerjasama semasa siasatan di buat.
Minggu lalu Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasat kononnya beliau dikatakan terlibat dengan isu berkenaan.

-
Akibat dikatakan terheret dalam kancah tersebut beliau mengemukan surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 berkuat kuasa 8 April depan.

UMNO TETAP TIDAK BERUBAH BAHKAN MAKIN TERUK

Perubahan yang diuar-uarkan oleh pemimpin Umno selepas pemilihan parti itu baru-baru ini tegas beliau tidak berlaku sebaliknya pelbagai masalah sedang dihadapi kesan dari keputusan pemilihan tersebut.
-
*Apa yang berubah kalau pemimpin yang disahkan oleh Lembaga Displin Umno sendiri pun masih boleh menang dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.
*Perubahan yang mereka gembar gemburkan itu hanyalah semata-mata untuk menutup pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno

-
Pergolakan yang masih berlaku dalam Umno membuktikan Umno kini semakin lemah dan terpaksa memainkan isu-isu yang remeh dalam usaha mereka untuk menawan kembali kerusi parlimen Bukit Gantang.
-
Umno, masih lagi terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan menakutkan rakyat kerana jika tidak menggunakan cara tersebut mereka akan mengalami kekalahan besar.

-
Pengundi di Bukit Gantang harus bijak membuat pilihan sama ada mahu memilih pemimpin dari parti yang semakin tidak diyakini atau pemimpin dari parti yang memperjuangkan keadilan dan ketelusan untuk semua rakyat.
-
Rakyat yang mengundi fikir-fikirkanlah...

Monday, March 30, 2009

SEMOGA MAKIN RAMAI MENYOKONG SUPAYA NAJIB TIDAK MENJADI PM

Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan tetap meneruskan kempen ‘Say No to Najib’ sebagai menentang pemilihan Datuk Seri Na:jib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam. :Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Selangor, Mazli Saring berkata, UMNO perlu memilih calon yang lebih sesuai selain Najib untuk mengisi jawatan tertinggi negara itu. :Menurutnya, calon yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri adalah terdiri daripada yang mempunyai semangat juang yang kental dan berilmu terutamanya mereka yang berpengetahuan dalam ilmu agama selain berpengalaman dalam memimpin masyarakat. "Kempen tetap diteruskan walaupun Najib menjadi pemimpin tertinggi UMNO dan bakal dilantik menjadi Perdana Menteri, April ini," katanya.
-
Menurutnya, kempen ini akan dilakukan di seluruh negara terutamanya semasa kempen pilihan raya kecil yang melibatkan pemilihan di kawasan Bukit Selambau, Bukit Gantang dan juga Batang Ai. “Pakatan Rakyat (PR) terutamanya PKR (Parti Keadilan Rakyat) tidak reda akan pemilihan pemimpin tersebut dan merasakan Malaysia akan menjadi satu negara yang malang jika ketua negaranya mempunyai tuduhan melakukan jenayah," katanya.
-
Beliau berkata, bukanlah sesuatu yang sukar untuk menumbangkan keegoan seorang pemimpin yang terpalit moral dan akhlaknya jika itu adalah penyelesaian akhir untuk memulihkan imej dan reputasi negara.

SEJARAH KEDUA DALAM MALAYSIA SETELAH PERSIDANGAN BAWAH POKOK

Bukit Selambau jadi tumpuan
-
ALOR SETAR, Pertandingan 15 calon di Bukit Selambau, Kedah dijangka menjadi tumpuan apabila pilihan raya kecil diadakan serentak 7 April depan bagi kerusi negeri itu serta Batang Ai di Sarawak dan kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak.

-
Calon Barisan Nasional (BN), S Ganesan bukan sahaja berdepan dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikumar tetapi 13 lagi individu bertanding sebagai calon Bebas, sekali gus mencatat sejarah sebagai pilihan raya melibatkan paling ramai calon. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, bilangan calon di Bukit Selambau adalah teramai dalam sejarah pilihan raya di Malaysia. Rekod sebelum ini adalah pada satu pilihan raya di Sabah melibatkan lapan calon.
-
Calon-calon Bebas yang bertanding di Bukit Selambau ialah R Loganathan, Tan Hock Huat, Mohd Radhi Mat Lazim, Mohd Fadzli Wahab, Abdul Rahim Abu, L Sarala, A Jayagopal, S Moganakumar, Khamis Awang, Husaini Yaacob, Venason Michael, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid dan T Chandrarajan. Abdul Aziz berkata, bilangan calon Bebas yang ramai bertanding mungkin disebabkan calon Bebas yang menang pada pilihan raya umum tahun lepas telah dilantik menjadi ahli Exco negeri.
-
Pilihan raya kecil kerusi Bukit Selambau diadakan selepas penyandangnya V Arumugam dari PKR meletak jawatan 8 Februari lalu. Beliau menang sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum lepas sebelum menyertai PKR dan dilantik sebagai Exco.

Wednesday, March 25, 2009

PAS MEMBENARKAN MEDIA BUAT LIPUTAN MUKTAMAR

KOTA BHARU - Pas akan membenarkan semua media membuat liputan sepanjang mukmatar agungnya Jun ini walaupun UMNO melarang media milik pembangkang membuat liputan semasa persidangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
-
"Kita tidak akan halang. Kita akan membiarkan media arus perdana membuat liputan Muktamar Agung Pas nanti," kata Menteri Besar Kelantan itu.
-
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang melarang media pembangkang daripada membuat liputan perhimpunan agung UMNO kali ini.
-
Nik Aziz menyifatkan sekatan itu sebagai mengelakkan percambahan pemikiran orang ramai. Mengenai penggantungan pengedaran akhbar Harakah milik Pas, beliau berkata, pihak pengurusan akhbar itu perlu merayu supaya tindakan tersebut ditarik balik.
-
-
-
Nampak sangatlah umno ni masih mengamalkan ego membuta tuli. kenapa nak takut pihak pakatan menyiarkan perhimpunan mereka.

PERANGAI SEBENAR PUTERI-PUTERI UMNO

:"Jaga maruah diri, jaga maruah Puteri, jaga maruah parti. Jangan jual dan calarkan imej Puteri UMNO
-
:“Jangan sama sekali menyalahgunakan jawatan untuk melobi projek, mengejar jawatan dan mengejar kepentingan diri,"
-
jangan menjadi pemimpin yang muncul di waktu pemilihan sahaja dan menjadi pemimpin yang dituduh ‘memupuskan’ UMNO kerana rakyat tidak boleh ‘beli makanan’ dengan cakap-cakap sahaja.: :
-
“Kita tidak mahu UMNO yang ditubuhkan 52 tahun yang lalu akhirnya terkubur kerana generasi muda hari ini tersilap membuat percaturan, meletakkan kelebihan diri melebihi parti,"
-
:Menurutnya, arena politik bukan wadah untuk mengejar kuasa dan wang ringgit tetapi keutamaan harus diletakkan kepada perjuangan membela nasib bangsa dan rakyat. :“Baru-baru ini negara telah dikejutkan dengan demonstrasi menentang pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). :
-
“Puteri tidak bersetuju dengan pendapat bahawa PPSMI telah menindakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sistem pendidikan di negara ini. Ini kerana skop pelajaran harus dilihat dari sudut penguasaan pelbagai jenis ilmu,” katanya. :Sementara itu, Pengerusi Biro Keahlian Puteri UMNO, Datin Ismalina Ismail dalam reaksinya kepada ucapan Noraini berkata ahli Puteri perlu berani untuk berubah bagi memastikan sayap parti itu terus relevan kepada generasi muda khususnya.
-
-
-
Nampaknya banyaklah keburukan yang telah dilakukan puteri umno. Kenapalah mereka-mereka ni baru nak berubah bila rakyat dah mula muak dengan mereka. Hai selama 52 tahun memerintah apa yang rakyat dapat. Sudahlah buktikan kata-kata anda itu dahulu barulah rakyat percaya...

SIAPAKAH SEBENARNYA PETUALANG BANGSA


Pemuda UMNO berikrar menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh ‘petualang bangsa’ dan akan mempertahankan kedaulatan negara.
-
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pergerakan itu akan mempertahankan keluhuran undang-undang, hak dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera, kesucian agama Islam dan institusi Raja-raja Melayu. “Kita tidak akan membiarkan sama sekali tiang-tiang seri di dalam negara ini dicabut dari bumi negara tercinta ini,” katanya.
-
Untuk pengetahuan anda semua dia nilah yang menjadi petualang bangsa kerana dialah yang wujudkan PPSMI dan dialah yang mengapikan kita sesama melayu.
-
Beliau yang tidak menyebut nama siapa dilabelkan sebagai petualang itu berkata, orang berkenaan sanggup berbuat apa sahaja termasuk menyemai benih kebencian, bersekongkol dengan musuh dan menidakkan hak bangsa sendiri, kerana gilakan kuasa. “Selain itu beliau juga sanggup menghina tanah airnya sendiri di pelbagai forum di serata dunia, bersedia mempersenda institusi raja dan sesiapa juga untuk memenuhi nafsu rakusnya,” katanya.
-
Em apalah diani x sedar-sedar dari kesalahan sendiri.
-
Hishammuddin yang tidak mempertahankan jawatannya sebagai ketua pergerakan itu kali ini kerana bertanding jawatan Naib Presiden UMNO berkata, petualang bangsa itu bertindak sebagai manusia pelbagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi. Beliau turut mengingatkan pihak pembangkang tidak menyalahguna kebebasan bersuara, lebih-lebih lagi untuk menyalakan api perkauman kerana ia boleh memusnahkan negara. Beliau berkata, pembangkang kini dilihat sedang menyusun usaha secara terancang untuk meruntuhkan tiang-tiang seri negara yang berperanan sebagai pendukung utama kedaulatan sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat. “Mereka begitu angkuh, sombong dan bongkak mempersoalkan kontrak sosial dan mempertikai hak kedudukan orang Melayu dan kaum bumiputera. Kontrak sosial sengaja disalah tafsir dan dijadikan tajuk untuk menyemarakkan api perkauman,” katanya.
-
Ha dari ucapannya ini siapakah yang mencetuskan api kemarahan rakyat(cakap-cakap)
-
Hishammuddin juga menegaskan beliau tidak pernah mengkhianati orang Melayu sepanjang 11 tahun menerajui pergerakan itu. “Saya sedar banyak SMS dan surat layang disebarkan menyerang peribadi saya...saya menyerahkan kepada penilaian Ilahi yang Maha Mengetahui. “Bahawa, di dalam diri cucunda Datuk Onn (Jaafar - pengasas UMNO) ini, mengalir darah perjuangan Melayu sejati berpaksikan kepada keluhuran nilai dan idealisme murni. Saya sama sekali tidak akan menderhakai wadah perjuangan diwarisi daripada nenda dan ayahanda saya. Saya sama sekali tidak akan mengkhianati perjuangan Melayu,” katanya.
-
Sekadar cakap jew x payah nak kelentong rakyat lagi.
-
Beliau juga meminta barisan kepimpinan Pemuda baru supaya terus berusaha menarik minat golongan muda untuk menyertai UMNO dan menyemarakkan semangat berkhidmat untuk parti.
-
Selagi x diturunkan barua-barua yang perangai x elok lebih baik x payah masuk... Orang muda dah lama celik...

Tuesday, March 24, 2009

LEMBUT LIDAH DARI GIGI


Datuk Seri Mohd Najib Razak menegaskan, Umno mesti berubah serta berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat bagi memenangi semula hati dan pemikiran rakyat, khususnya orang Melayu. (yakni coverlah sikit jgn sampai terkantoi)
-
"Jadinya, mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap mazmumah kepada sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat. (Kenapa baru sekarang nak berubah, katalah x wujud pakatan rakyat mahu tidak rakyat masih diperbodohkan)
-
Pada persepsi ramai, katanya, hala tuju Umno menyimpang jauh daripada perjuangan asal, menyebabkan sejumlah besar rakyat yang dahulunya bersama Umno menukar haluan mereka. Justeru, tugas perwakilan kali ini paling berat dalam sejarah Umno kerana ia bakal menentukan survival parti. "Berbeza tahun pemilihan lalu, yang dipertaruhkan kali ini bukan hanya sejumlah jawatan. Bukan pula sekadar kedudukan atau status mana-mana individu. Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival Umno itu sendiri.(Baru sedar agaknya siapa yang bayar gaji dia orang)
-
Mengubah cara Umno menentukan pemimpin termasuk sistem kuota dengan memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar. Ketika ini, pemilih bagi perhimpunan Agung Umno hanya di kalangan hampir 2,600 perwakilan dari 191 bahagian. (Dah nyata pemilihan org umno adalah berdasarkan kepentingan masing-masing)
-
"Ini bukan gurauan. Kita mesti hapuskan politik wang hingga akar umbi. Jika tidak, nanti kita sama-sama bertanggungjawab mengkafan dan menguburkan Umno," katanya.(Em memang dah berkubur pon)
-
Diatas adalah beberapa petikan ucapan najib, tapi x sedarkah beliau ataupun masih nak bodohkan rakyat sedangkan begitu lama x berubah kenapa baru sekarang.
-
Yang najib ni kes altantuya x selesai lagi so apa cerita...

BENAR JUGA KATA MEREKA


Benar apa yang dikatakan terhadap umno ni:-
-
Salam semua....
-
UMNO tidak mampu atau tidak mahu melaksanakan banyak perkara untuk kebaikan dan kebajikan rakyat negeri Perak walau pun mereka memerintah negeri ini selama lebih 50 tahun. Pakatan Rakyat dapat melaksanakannya hanya dalam masa 10 bulan diberikan peluang menguruskan negeri ini.
-
1. Pemilihan Ketua Kampung oleh orang ramai secara pilihanraya.
Semasa kerajaan BN, ketua kampung dipilih oleh wakil rakyat atau ketua UMNO bahagian tanpa mengambil kira penerimaan warga kampung. Biasanya yang dipilih ialah individu yang menyokong kepentingan politik ketua UMNO bahagian atau wakil rakyat.
-
2. Satu pertiga Ahli Majlis PBT dari kalangan NGO, profesional dan korporat.
Semasa kerajaan BN, semua Ahli PBT dinamakan oleh parti-parti komponen BN di daerah berkenaan dari kalangan penyokong kuat ketua bahagian parti.
-
3. Bekalan air (LAP) percuma (10 meter padu) kepada keluarga miskin berpendapatan di bawah RM700.
Semasa kerajaan BN, LAP (asalnya JBA) terus menerus membuat keuntungan besar daripada kutipan bil bekalan air namun tidak pernah diwujudkan sebarang polisi untuk kebajikan rakyat miskin.
-
4. LAP membayar zakat RM3.5 juta kepada MAIPK.
Sepanjang pemerintahan BN, LAP tidak pernah membayar zakat perniagaan sama ada kepada MAIPK atau kepada pihak lain sedangkan keuntungan tahunan yang diperolehi amat besar sehingga melebihi seratus juta ringgit.
-
5. Premis kerajaan negeri boleh digunakan oleh semua pihak termasuk semua parti politik.
Semasa kerajaan BN, premis kerajaan negeri hanya boleh digunakan oleh parti-parti komponen BN dan badan-badan yang tiada kaitan dengan parti pembangkang.
-
6. Mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 SAR.
Semasa pemerintahan BN, kerajaan negeri hanya memberikan bantuan tidak tetap dalam jumlah yang kecil kepada SAR. Bantuan perkapita diberikan oleh kerajaan pusat. Apabila kerajaan pusat menarik balik bantuan perkapita, banyak SAR terpaksa ditutup manakala yang terus bertahan terpaksa mengalami masalah kewangan yang kritikal.
-
7. Menganugerahkan tanah kepada SAR dan SUWA untuk melaksanakan projek ekonomi.
Semasa pemerintahan BN, tiada SAR yang dianugerahkan tanah dengan keluasan besar yang sesuai untuk dimajukan dengan projek ekonomi bagi menampung kos pengurusan dan perjalanan sekolah.
-
8. Memberikan hak milik tanah kepada penduduk Kg Baru dan RPT.
Kerajaan BN tidak mengusahakan pemberian hak milik tanah kepada penduduk Kampung Baru dan sebahagian besar RPT walau pun telah diduduki selama puluhan tahun.
-
9. Menganugerahkan tanah kepada penduduk di kawasan penempatan Orang Asli.
Semasa kerajaan BN, kebanyakan kawasan penempatan Orang Asli tidak diberikan hakmilik tanah bahkan sering menjadi mangsa syarikat-syarikat pembalakan yang dianugerahkan kawasan membalak.
-
10. Meluluskan dermasiswa kepada anak Perak yang berjaya ke IPTA (RM1000 setiap pelajar). Kerajaan BN tidak pernah memperuntukan dermasiswa untuk tujuan ini.
-
11. Meluluskan tabung khas kebajikan untuk rakyat miskin tegar.
-
12. Meluluskan tabung pinjaman kecil tanpa faedah untuk ibu tunggal.
-
-
13. Menaikkan kadar minima bantuan miskin tegar daripada RM50 ribu ke RM200 ribu.
-
14. Menubuhkan skim kifalah untuk warga tua.
Semasa pemerintahan BN, bantuan untuk empat golongan ini tidak diberikan perhatian yang secukupnya. Golongan ini hanya boleh mendapatkan bantuan dengan inisiatif sendiri melalui JKM dan Baitul Mal dengan kerenah birokrasi yang keterlaluan.
-
15. Menaikkan elaun guru KAFA.
Kerajaan BN Perak tidak pernah menaikkan atau menambah elaun untuk guru-guru KAFA yang dibiayaai sepenuhnya oleh kerajaan pusat.
-
16. Menarik pelaburan asing bernilai hampir RM3 bilion dalam masa 7 bulan.
Jumlah nilai pelaburan asing dalam tempoh ini merupakan sekali ganda berbanding tempoh yang sama semasa kerajaan BN.
-
17. Menetapkan sistem tender bagi kelulusan sebahagian kawasan balak.
Semasa pemerintahan BN, semua kelulusan kawasan balak diluluskan tanpa tender. Polisi permohonan secara tender bagi sebahagian kawasan yang diluluskan ini telah meningkatkan hasil kerajaan negeri pada jumlah yang besar. Kerajaan PR memperolehi hasil berjumlah RM40 juta daripada kawasan balak yang diluluskan, sedangkan keluasan yang sama semasa pemerintahan BN hanya mendatangkan hasil sebanyak tidak sampai RM20 juta.
-
18. Anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIPK.
Semasa pemerintahan BN, anak syarikat kerajaan negeri tidak pernah membayar zakat pendapatan atau zakat perniagaan kepada MAIPK atau kepada mana-mana pihak.
19. Menaikkan peruntukan tabung pusingan bantuan bencana daripada RM30 ribu ke RM50 ribu.
-
20. Menggalakkan solat berjemaah waktu Zohor di pejabat SUK.
-
21. Mengadakan tazkirah setiap pagi di pejabat SUK pada bulan Ramadhan.
Kedua-dua aktiviti ini (solat berjemaah dan tazkirah) tidak pernah dijalankan semasa kerajaan BN.
-
22. Mengurangkan kos jamuan makan mesyuarat Exco daripada RM25-RM45 kepada RM10-RM15.
-
23. Mengurangkan kos sambutan hari kemerdekaan daripada RM2.5 juta (2007) kepada RM1.2 juta (2008).
-
24. Mengurangkan kos pengangkutan lawatan kerja berkumpulan ADUN dan Pegawai Kanan kerajaan dengan menggunakan bas kerajaan.
-
25. Meluluskan elaun ketua kampung dan setiausaha JKKK berjumlah RM600 sebulan.
Semasa pemerintahan BN, kerajaan negeri hanya membayar elaun sebanyak RM200 kepada ketua kampung, manakala selebihnya dibiayai oleh kerajaan pusat. Setiausaha JKKK di zaman BN tidak dibayar elaun bulanan.
-
26. Menaikkan peruntukan Exco untuk pelaksanaan program/projek kecil daripada RM100 ribu kepada RM200 ribu.
-
27. Menaikkan peruntukan tahunan pusat khidmat DUN daripada RM100 ribu kepada RM200 ribu.
-
28. Meluluskan hakmilik tanah untuk 138 kawasan RPT untuk 34 ribu lot kediaman.
Kebanyakan kawasan ini telah diduduki selama belasan atau puluhan tahun namun tiada inisiatif yang bersungguh-sungguh oleh kerajaan BN untuk meluluskan pemberian hak milik.
-
ini semua kerana ahli umno banyak tido...

Monday, March 23, 2009

PEMIMPIN BEGINILAH YANG KITA MAHU( PEMIMPIN YANG TIDAK DAPAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB LETAKLAH JAWATAN DAN RAKYAT AKAN RESPECT KAMU)

GEORGETOWN - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa peletakan jawatannya berikutan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai gejala rasuah dalam kes kuari di negeri ini.
-
“Saya tidak terlibat dengan apa-apa kes rasuah. Saya juga tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke Sinar Harian, di sini pada 1.30 petang kelmarin.
-
Kelmarin, Lim Guan Eng mengumumkan Mohammad Fairus meletakkan semua jawatannya dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, termasuk jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dalam satu surat yang difakskan kepadanya, tetapi jawatan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti tidak dilepaskan serta masih menjadi ahli PKR.
-
TAHNIAH KEPADA PEMIMPIN YANG BERANI KERANA TUGAS YANG ANDA PIKUL BUKANLAH TUGASAN YANG SENANG.

PERKARA YANG BAKAL BERLAKU.

'Lusa, Malaysia akan dapat kepimpinan baru. Perwakilan UMNO, bagi pihak rakyat akan membuat ketentuan. Sesiapa dipilih UMNO, mahu tidak mahu terpaksa diterima oleh yang bukan menjadi ahli sebagai pemimpin mereka juga. Kebijaksanaan perwakilan UMNO didoakan. Ramai orang khuatir akan kebijaksanaan perwakilan UMNO membuat penilaian. Ramai percaya penaksiran dibuat bukan berdasarkan kepala tetapi berdasarkan hati dan hati pula dihasut wang ringgit.
-
Berasaskan itu, ramai percaya kemungkinan berlakunya keputusan seperti di bawah ini tidak dapat ditolak: Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Naib Presiden, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.
-
Sementara pemenang untuk jawatan Ketua Pemuda ialah Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Ketua Wanita, Datuk Seri Rafidah Aziz. Barisan pemenang di atas berupa satu ‘dream team’ untuk memandu UMNO menghadapi cabaran mendatang di celah-celah penolakan rakyat Melayu dan bukan Melayu kepada parti itu.
-
Di tangan pemimpin seperti inikah perwakilan akan mempertaruhkan kepercayaan menerajui UMNO? Selesakah kalian?
-
Najib sudah pun melepasi garisan pemenang. Dia tidak perlu bertanding terima kasih kepada peraturan UMNO yang memerlukan hampir 60 pencalonan baru melayakkan diri bertanding jawatan Presiden. Tiada bahagian UMNO di Semenanjung mahupun di Sabah memiliki keberanian menentang calon pilihan Presiden ketika itu. Mereka sebagai pengikut, patuh dan enggan menggunakan kuasa memilih.
-
Jawatan kedua penting di mana berlakunya pertandingan ialah jawatan Timbalan Presiden. Atas kertas, sepatutnya Tan Sri Datuk Muhyiddin menang mudah kerana dia memiliki ciri-ciri tepat dipilih Timbalan Presiden berbanding Muhammad. Muhyiddin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih layak berbanding Muhammad Taib, Menteri Pembangunan Luar Bandar. Imejnya lebih bersih.
-
Imej Muhammad Taib bukan tidak bersih tetapi imej Muhyiddin lebih bersih berbandingnya. Sewaktu Mohd Ali mula diumumkan tidak dibenarkan bertanding, sangkaan umum ialah Muhyiddin akan menang mudah dalam pertandingan dua penjuru berdepan hanya Muhammad Taib. Perkiraan lebih teliti selepas itu menunjukkan situasi berbeza pula. Kali ini dikatakan hakikat sebenarnya ketiadaan Mohd Ali dalam pertandingan merumitkan Muhyiddin dan sebaliknya mencerahkan peluang Muhammad.
-
Sebelum dihalang dari bertanding, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam dikatakan memiliki lebih dari 50 peratus undian dengan Muhyiddin mendapat 35 peratus dan selebihnya, 10 peratus untuk Muhammad. Jika Mohd Ali gagal bertanding, ramai beranggapan undian yang diperuntukkan kepada Mohd Ali akan berpindah kepada Muhammad Taib. Situasi begini dikatakan mencemaskan pembantu dan penyokong Najib. Mereka dipercayai sedang berhempas pulas memulihkan kekalutan timbul akibat keputusan menghalang Mohd Ali bertanding.
-
Mereka khuatir penyokong Mohd Ali berpindah memberi sokongan kepada Muhammad dan bukannya kepada Muhyiddin yang dikatakan menjadi pilihan Najib. Penyokong-penyokong Najib dikatakan menggesa pekerja turun ke bawah memadamkan api pemberontakan di kalangan perwakilan parti kecewa dengan tindakan diambil Lembaga Disiplin UMNO. Kalangan ini juga sedang rancak berkempen menghalang Muhyiddin daripada mencapai kemenangan kecil yang juga akan ditakrif sebagai sesuatu menghina Najib. Mereka mahu Muhyiddin mendapat kemenangan besar sesuai dengan kedudukannya sebagai rakan regu Najib.
-
Jika sebahagian besar daripada undi diberikan kepada Mohd Ali itu dihalakan kepada Muhammad, kedudukan Muhyiddin adalah cemas. Muhammad mungkin boleh menang pula. Beberapa orang menawarkan diri dipilih menjadi Naib Presiden UMNO. Jawatan ini sebenarnya tidak memberi apa-apa kuasa eksekutif kepada pemegangnya. Malah jawatan Timbalan Presiden pun tidak membawa erti besar dalam organisasi seperti UMNO.
-
Musa Hitam pernah memberitahu penulis tentang kedudukannya sebagai Timbalan Presiden dengan kata-kata, “Apalah jawatan itu kalau tidak diberi kuasa!” Apa-apa pun, ia adalah bayangan hierarki dalam parti. Logiknya, jika berlaku sesuatu kepada Presiden, Timbalan akan mengambil alih dan salah seorang dari Naib Presiden akan menjadi pemangku Timbalan Perdana Menteri dan semestinya diikuti oleh jawatan Timbalan Presiden. Dalam konteks ini, sebaliknya, pengisi jawatan itu agak signifikan pula. Maka, orang dipilih sebagai Naib Presiden itu agak penting untuk diperhalusi baik oleh perwakilan.
-
Ia tidak boleh dibuat mengikut siapa bayar lebih! Pilihan mereka akan mencorakkan kepimpinan masa depan. Hari ini mereka tidak berperanan, tetapi nasib masa depan rakyat Malaysia ditentukan oleh mereka. Meneliti senarai calon ditawarkan UMNO untuk menjadi barisan pelapis kepimpinannya, menyerlahkan satu senarai tidak meyakinkan. Tidak ramai di antara mereka yang memperlihatkan ciri kepimpinan yang cemerlang semasa mereka menjalani tugas sebagai menteri. Namun terdapat tiga nama penulis senarai dalam ‘dream team’ ini. Mereka ialah Isa Abdul Samad, Abdul Rahim Tamby Chik dan Shafie Afdal. Sepanjang mereka berada di dalam kancah politik negara, penulis rasa kedudukan mereka sebagai pemimpin UMNO bagi era pasca 8 Mac langsung tidak sesuai.
-
Pemimpin UMNO selepas 8 Mac dikehendaki memiliki moral tinggi sesuai dengan mesej pengundi. Para perasuah (politik wang) dan mereka yang terlibat dengan skandal seks tidak sewajarnya mengejar jawatan tinggi dalam parti lagi. UMNO boleh pilih mereka tetapi, UMNO boleh hancur kerana mereka. Kata Tun Dr Mahathir Mohamad, jika UMNO tidak mahu mendengar mesej rakyat, rakyat akan memberi mesej lain pada PRU-13.
-
Rakyat masih ingat tentang Abdul Rahim dengan kes skandal seksnya yang juga turut menyebabkan Lim Guan Eng terpenjara. Rakyat masih ingat tentang bagaimana Isa diminta berundur daripada jawatan menteri apabila UMNO mendapati beliau bersalah dengan politik wang.
-
Shafie Afdal juga dikesan tidak memberi sumbangan menonjol kepada UMNO. Kedudukan beliau di dalam UMNO pada keadaan yang tinggi berdasarkan kuota Sabah semata-mata. Sumbangan fikiran beliau kepada UMNO tidak menonjol. UMNO pada tahun 2009 tidak boleh menjadi kuat semata-mata kerana kuota. Parti mahu mereka yang boleh menyumbang fikiran bernas demi parti dan negara. Para perwakilan boleh menyelamatkan UMNO kalau ia tidak terikat dengan sentimen daerah. Mampukah pemimpin yang hanya berdiri di atas kekuatan Sabah membawa UMNO kembali merampas Kelantan dan Kedah? Memilih tokoh untuk memimpin UMNO adalah sesuatu yang amat rumit.
-
Sekali lagi tawaran yang dibuat UMNO memperlihatkan bahawa seolah-olah parti itu sudah ketandusan pemimpin. Dari ratusan ribu yang menganggotai sayap Pemuda, UMNO hanya mampu menengah tiga orang ‘tokoh’ iaitu, Datuk Mukhriz Mahathir, Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin.
-
Mukhriz dilihat agak popular. Kita tidak boleh terkeliru di sini. Dia dilihat bersih hanyalah semata-mata dia tidak memegang jawatan dan berada di luar pengaruh orang berkuasa. Bapanya sudah lama tidak berkuasa. Sewaktu bapanya menjadi pemimpin nombor satu UMNO, tidak kurang juga cerita-cerita negatif berkaitannya. Dia beruntung sekarang tetapi mutu kepimpinannya apa? Kalaulah dia bukan anak Mahathir, di manakah dia berada dalam politik UMNO? Khairy pula adalah mangsa kedudukannya sebagai menantu Perdana Menteri. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepadanya. Dia diberi tanggapan sebagai simbol ahli UMNO, iaitu angkuh dan kaya raya.
-
Dalam politik Malaysia hari ini, memiliki imej seperti itu adalah satu kesalahan. Fakta ini ditegaskan Mahathir sewaktu berucap pada majlis anjuran PERKASA Ahad kelmarin. Imej ini hanya sesuai pada zaman Syed Jaafar Albar. Imej ini bagaimanapun amat popular dipegang tokoh politik UMNO kerana imej begini boleh memperkuatkan ketokohan mereka di kalangan sesama kelompok. Khir Toyo sekarang amat gigih memberikan dirinya memiliki imej ini. Dia ingin menggambarkan dirinya sebagai Hang Tuah alaf ini. Imej ini boleh membantunya memenangi jawatan dalam UMNO, tetapi akan menyegerakan ‘kematian’ UMNO’ terutamanya di negeri-negeri di mana bukan Melayu berupa pengundi yang agak besar. Memiliki imej begini bukannya salah untuk dipegang oleh anggota parti nasionalis.
-
Bezanya, imej korup yang ditanggapi ramai yang ada pada nasionalis seperti itulah yang menimbulkan kebencian ramai. Memiliki perasaan perkauman yang tebal tetapi tidak korup tidak berupa satu yang keji di kalangan pengundi bukan Melayu. Selama lima puluh tahun mereka hidup sebati dengan imej nasionalis semacam itu. Mereka tahu itu imej mainan orang politik. Justeru itu, Khir Toyo tidak memiliki imej sesuai menjadi pemimpin UMNO dewasa ini kerana rakyat di luar UMNO percaya dia melakukan banyak kesalahan sewaktu menjadi MB Selangor dulu.
-
Terlampau banyak tuduhan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dihalakan kepadanya. Perebutan jawatan Ketua Pemuda memperlihatkan pertandingan di antara tokoh-tokoh yang popular di kalangan UMNO tetapi tidak dapat diterima oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Tokoh-tokoh ini gemar memainkan isu yang menyemarakkan sentimen Melayu demi kepentingan politik mereka tetapi kewibawaan mereka sangat dipertikaikan. Tawaran yang dibuat agak memalukan sedikit. Seorang lagi tokoh yang bertanding dan layak menyertai senarai ‘dream team’ ialah Rafidah.
-
Terlampau banyak pandangan negatif diberikan terhadap beliau. Faktor umur sudah pun tidak menyebelahi beliau apalagi dalam usaha UMNO meremajakan parti. Sepatutnya beliau tidak bertanding langsung. Perwakilan boleh membantu UMNO mengingatkan calon sebenarnya mereka tidak layak menawarkan diri bertanding. Oleh kerana mereka sudah layak dari segi bilangan pencalonan, eloklah mereka dibantu dengan tidak diberi undi agar itu dibaca sebagai satu usaha membantu mereka juga. ‘Dream team’ ini, jika benar-benar terjadi akan segera meredah jalan membawa UMNO ke arah penolakan rakyat secara lebih besar pada PRU 13 nanti.
-
Peluang masih ada.
-
Gunakanlah undi sebaik mungkin.

PERKASA MENCABAR UMNO (MAHUKAN LEBIH MAKLUMAT HUBUNGI NO INI 012-6853361)


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mencabar UMNO mengangkat resolusi PERKASA sebagai salah satu agenda dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menggesa UMNO berbuat demikian memandangkan UMNO politik pertubuhan Melayu yang menjadi tulang belakang Kerajaan Persekutuan.
-
“Kita mencabar ahli-ahli dan perwakilan UMNO untuk memberi perhatian dan prihatin kepada 10 perkara dalam resolusi ini, kerana ia adalah luahan kaum pribumi demi kepentingan dan kesinambungan generasi Melayu dan pribumi sebagai majoriti asal yang sah menurut sejarah dan Perlembagaan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.
-
Menurutnya, PERKASA juga akan memantau perjalanan Perhimpunan Agung UMNO melihat sejauh mana keprihatinan dan keseriusan mereka menangani isu kaum pribumi. “Kita tidak mahu perkara ini hanya menjadi retorik semata-mata. Kalau dijadikan retorik, mereka hanya mendapat faedah jangka masa pendek sahaja,” katanya.
-
Kelmarin, kira-kira 1500 perwakilan daripada 66 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat kebangsaan bermuafakat mengatakan pendirian bersama dalam resolusi pengisytiharan Persidangan Kemuncak Pribumi Negara yang mengandungi 10 perkara.
-
Antara isi terkandung resolusi tersebut ialah mempertahankan kenyataan khas Majlis Raja-Raja Melayu, berkaitan hak keistimewaan peribumi dan bangsa Melayu, menolak sebarang provokasi mana-mana pihak bagi maksud penyamarataan dan lain-lain.