Monday, March 23, 2009

PERKASA MENCABAR UMNO (MAHUKAN LEBIH MAKLUMAT HUBUNGI NO INI 012-6853361)


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mencabar UMNO mengangkat resolusi PERKASA sebagai salah satu agenda dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menggesa UMNO berbuat demikian memandangkan UMNO politik pertubuhan Melayu yang menjadi tulang belakang Kerajaan Persekutuan.
-
“Kita mencabar ahli-ahli dan perwakilan UMNO untuk memberi perhatian dan prihatin kepada 10 perkara dalam resolusi ini, kerana ia adalah luahan kaum pribumi demi kepentingan dan kesinambungan generasi Melayu dan pribumi sebagai majoriti asal yang sah menurut sejarah dan Perlembagaan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.
-
Menurutnya, PERKASA juga akan memantau perjalanan Perhimpunan Agung UMNO melihat sejauh mana keprihatinan dan keseriusan mereka menangani isu kaum pribumi. “Kita tidak mahu perkara ini hanya menjadi retorik semata-mata. Kalau dijadikan retorik, mereka hanya mendapat faedah jangka masa pendek sahaja,” katanya.
-
Kelmarin, kira-kira 1500 perwakilan daripada 66 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat kebangsaan bermuafakat mengatakan pendirian bersama dalam resolusi pengisytiharan Persidangan Kemuncak Pribumi Negara yang mengandungi 10 perkara.
-
Antara isi terkandung resolusi tersebut ialah mempertahankan kenyataan khas Majlis Raja-Raja Melayu, berkaitan hak keistimewaan peribumi dan bangsa Melayu, menolak sebarang provokasi mana-mana pihak bagi maksud penyamarataan dan lain-lain.

1 comment:

  1. kenapa ramai pemimpin Perkasa terdiri daripada bekas ahli dan pemimpin UMNO yer? saya tak tahu, maka tolonglah beritahu. Kenapa UMNO jer di pantau, harap2 masa muktamar PAS dipantau skali yer.

    ReplyDelete