Wednesday, March 4, 2009

AGENDA YANG SEPATUTNYA ADA PADA WAKIL RAKYAT

DEFINISI:
Mewakili suara rakyat dikawasannya untuk membentuk dasar yang memberi kesejahteraan kepada rakyat terbanyak.
-
OBJEKTIF:
a. Meningkatkan kesedaran rakyat dari desa hingga ke bandar terhadap hak mereka untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik dan terjamin.
b. Meningkatkan kesedaran rakyat untuk mendapatkan suasana kehidupan yang harmoni dan kondusif berlandaskan realiti masyarakat majmuk.
c. Meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa mereka mendapat limpahan usaha-usaha pembangunan bukan memberikan kemudaratan kepada mereka.
d. Membela mereka yang terpinggir daripada arus pembangunan.
e. Membela taraf pendidikan taraf generasi akan datang supaya mampu bersaing dalam era globalisasi.
f. Mempertahankan dan menyuburkan nilai-nilai murni masyarakat dalam hal-hal kepercayaan, kebudayaan dan cara hidup.
g. Memupuk dan menambah baik nilai-nilai muhibbah sesuai dengan tuntutan pemimpin yang memakmurkan.
h. Meningkat dan menambah baik sistem pentadbiran pihak berkuasa tempatan sebagai satu sistem pentadbiran yang telus, efisien dan membela rakyat.
i. Meningkatkan kesedaran rakyat supaya bersama-sama membenteras amalan yang tidak sihat didalam masyarakat terutama rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, penindasan dan amalan lain yang bertentangan dengan konsep manusia bertamadun.
j. Mewujudkan satu suasana politik baru yang bertunjangkan ketuanan rakyat bukan ketuanan kaum atau puak.
-
Pendekatan
Pendekatan yang harus dilakukan terhadap masyarakat ini adalah dengan mengambil kira objektif dan latar belakang yang dinyatakan diatas.
Secara umumnya pada peringkat awal ini kata kuncinya adalah.
a) Meningkatkan kesedaran
b) Membela
c) Menambah baik
-
Oleh kerana itu pendekatan yang harus dilakukan adalah mengikut fasa berikut.
1) Membina satu jaringan dengan kelompok-kelompok masyarakat yang dinyatakan dibahagian latar belakang diatas.
Rasional : Untuk mewujudkan kesedaran haruslah ada dikalangan mereka yang menjadi penggerak kepada kelompok yang lebih besar begitulah seterusnya.
Kaedah : Perjumpaan atau dialog mengenai kepentingan-kepentingan kelompok-kelompok tersebut sesuai dengan objektif yang dinyatakan serta konsep dan fahaman politik baru yang diperjuangkan.
Dokumentasi : Segala perbincangan atau kaji selidik mahupun dialog yang diperolehi didokumenkan untuk tujuan tindakan susulan.
Cara mengatasi : Untuk mengatasi masalah tersebut, harus dibincangkan diperingkat jawatan kuasa penyelaras yang diadakan setiap sebulan sekali.
2) Membina barisan pejuang dan aktivis yang mendokong perjuangan didalam mana-mana perjuangan masyarakat pasti ada barisan pejuang dan aktivis yang menjadi tulang belakang dan tunggak untuk menjayakan sesuatu matlamat.
Kaedah : Kelompok-kelompok pejuang dan aktivis ini mungkin mempunyai pelbagai kepentingan dan arah tujuan masing-masing. Oleh itu nama kelompok-kelompok ini pelbagai dan bermacam-macam tetapi sememangnya akan menjurus kepada objektif pengurusan politik kerana “politik” adalah seni mengurus manusia.
3) Didalam soal membela pelbagai kepentingan masyarakat, banyak kepentingan dan keutamaan melingkari masyarakat hari ini. Oleh yang demikian Jawatan Kuasa bertindak perlu bertindak sebagai pembela barisan hadapan dan menjadi benteng pertahanan rakyat.
Pendekatan : Penubuhan Jawatan Kuasa bertindak yang memberikan imej bagi tujuan diatas
Misalnya : Jawatan Kuasa Suara Rakyat dan sebagainya.
4) Melaksanakan Program-program bagi mencapai objektif.
a) Program dalaman.
Untuk menyedarkan masyarakat terbanyak, ahli-ahli dan anggota yang menjadi pendokong haruslah terlebih dahulu diterbiahkan dengan kursus-kursus yang dijalankan diperingkat ahli-ahli dan ahli Jawatan Kuasa akan menjadi pemangkin kearah pencapaian matlamat perjuangan. Program-program tersebut adalah mengikut keperluan , minat dan kepentingan sesuatu kelompok masyarakat itu. Ianya mestilah diselesaikan dari semasa ke semasa supaya ianya sentiasa relevan. Umumnya program tersebut adalah mengikut generalisasi seperti berikut : Politik, budaya, agama pendidikan, sosial dan ekonomi. Maka, program-program yang bersesuaian dengan bidang-bidang diatas boleh di susun dan dilaksanakan.
Misalnya :
1) Politik
a) Kursus pekadaran kepimpinan cawangan, pemuda,wanita.
b) Program-program isu-isu semasa.
c) Kursus Pidato( mungkin boleh dibuat dalam pelbagai bahasa.)
d) Kursus-kursus petugas pilihan raya.
e) Kursus pemahaman politik baru.
f) Kursus menubuhkan persatuan/ koperasi dan NGO.
2) Budaya
a) Program dialog dengan aktivis budaya.
b)Aktiviti kemasyarakatan dan bahasa.
c)Aktiviti silat dan seni mempertahankan diri.
3) Agama
a)Kursus pengajian agama untuk wanita,warga tua,kanak-kanak.
b) Dialog perbincangan mengenai isu-isu agama.
c) Kursus-kursus fardu ain / kifayah.
d)Kursus bahasa arab.
e)Mewujudkan kumpulan pembaca tahlil dan yasin.
4)Pendidikan
a)Seminar pendidikan untuk akademik.
b)Seminar pendidikan untuk kokurikulum.
c)Dialog mengenai isu-isu pendidikan.
d)Kursus “ parenting skill ”.
5)Sosial
a)Dialog bagi membincangkan isu-isu kemasyarakatan seperti program dialog “ Budaya fahaman perkauman di Malaysia.
b)Dialog membincangkan masalah nelayan.
c)Dialog bagi membincangkan masalah perkhidmatan pihak berkuasa.
d)Penubuhan sukarelawan bagi tujuan kenduri kendara atau kegiatan pelancongan dan sebagainya.
6)Ekonomi
1) Kursus peluang perniagaan pelancongan.
2) Kursus peluang perniagaan dalam pertanian.
3) Kursus peluang perniagaan francise.
-
B) Program Luaran
Program luaran adalah dalam skop yang lebih besar daripada skop dalaman tadi ianya lebih kepada audient yang terbuka. Konsep yang sama seperti program dalaman boleh dijayakan untuk program luaran untuk kursus-kursus yang terlalu rigid.
-
Pengaturan program dan aktiviti :
Program-program sepertimana contoh diatas memerlukan pengurusan dan pengaturan cara yang berbeza-beza mengikut jenisnya. Ianya akan melibatkan pihak-pihak yang berkaitan dan mahir dalam bidang tertentu. Oleh yang demikian cara dan kaedah perlaksanaannya bergantung kepada keperluan dan objektif yang ditetapkan.
-
Kesimpulan :
Memandangkan harapan rakyat dan hasrat kita semua untuk melihat perubahan serta menterjemahkan konsep politik baru adalah terlalu tinggi maka pengorbanan untuk menjayakannya adalah tuntutan yang wajib dilaksanakan. Tanpa perlaksanaan program yang dicadangkan, objektif perjuangan akan tinggal omong kosong, kawasan wakil akan kembali ke era 60 an, 70 an, 80 an dan 90 an dimana suara rakyat tidak akan kedengaran lagi, yang akan lahir ialah perjuangan kelompok (kroni) yang jumud dan rakyat akan menjadi titian buat si perompak hak rakyat. Relak kita ! Justeru kitalah rakyat.

No comments:

Post a Comment