Sunday, March 22, 2009

KERENAH AHLI UMNO DAN BEKASNYA DALAM PROSES X BUAT KEJE, MENGAMPU DAN MEMBELA PEMIMPIN MASING2.

BUANG PEMIMPIN YANG TIDAK LAYAK :-
Tun M Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tidak perlu menubuhkan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sehingga membubarkan parti ada sekarang. Sebaliknya, beliau berkata, apa yang perlu dilakukan segera sekarang ialah membuang mana-mana pemimpin BN yang terbukti tidak tahu memimpin.
-
Saya menjangkakan UMNO tidak ada harapan lagi dan BN akan ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya U:mum ke-13, jika masih memilih pemimpin yang terlibat dalam gejala politik wang," katanya.
-
BUKU FITNAH:-
KJ - "Walaupun Perhimpunan Agung UMNO hanya akan bermula esok, serangan psikologi untuk menjatuhkan sesama calon telah dimulakan sejak minggu lalu."
-
DEMOKRASI TELAH TIADA DALAM MIC:-
Bekas Naib Presiden MIC Datuk M Muthupalaniappan, yang gagal dalam percubaannya semalam untuk bertanding jawatan tertinggi parti, mendakwa demokrasi telah mati dalam MIC. Menurutnya, ini berdasarkan hakikat terdapat banyak pencalonannya dibatalkan.
-
Muthupalaniappan mengemukakan 53 pencalonan bagi menyokong beliau untuk bertanding jawatan presiden parti di ibu pejabat MIC pagi semalam. Sejumlah 48 daripada 53 pencalonan itu ditolak kerana tidak mematuhi perlembagaan dan undang-undang kecil pemilihan Presiden MIC. Kesudahannya, beliau hanya mempunyai lima pencalonan yang sah berbanding penyandang jawatan Presiden Datuk Seri S Samy Vellu iaitu 455.
-
MOHD ALI SAYANG, SETIA PADA UMNO:-
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyifatkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai seorang yang sayang dan setia kepada UMNO. Beliau berkata, ini berdasarkan kenyataan yang dibuat Ketua Menteri Melaka itu berikutan tindakan Panel Rayuan UMNO mengekalkan keputusan bahawa beliau tidak boleh bertanding kerusi Timbalan Presiden pada pemilihan UMNO minggu depan. Presiden UMNO itu berkata, Mohd Ali telah menyatakan bahawa beliau akan terus berkhidmat untuk UMNO di samping menjaga nama baik parti.
-
"Ini pada saya adalah sikap yang baik," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau ke Kuwait sebagai mengulas keputusan Panel Rayuan itu. Abdullah berkata, Mohd Ali nampaknya tidak merajuk, bahkan bersedia meneruskan perjuangan untuk kejayaan parti di masa depan.
-
PEMUDA PERLU UBAH MINDA:-
Pemuda UMNO perlu mengubah peranan dan minda pergerakan itu seperti sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang tanpa kepentingan kecuali untuk rakyat, kata calon Ketua Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir. Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, untuk kekal relevan, Pemuda UMNO juga perlu menjadi suara pendesak dalam kerajaan atau ketika berdepan dengan pembangkang.
-
“Pemuda perlu berperanan seperti NGO, bukan seperti suara rasmi kerajaan,” katanya kepada Bernama menjelang Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Rabu ini. Mukhriz yang juga ahli Exco Pemuda UMNO mengulas peranan yang perlu dimainkan Pemuda UMNO bagi mengembalikan semula sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata Pemuda UMNO tidak sepatutnya menjadi suara rasmi kerajaan tetapi menyuarakan pandangan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung sesuatu keputusan yang dibuat kerajaan.
-
ISU KEMATIAN 2 ORANG MENGENAI DENGGI DIKAWASAN MB NS
(TIDAK MENJALANKAN TUGAS):-
Sejumlah 218 kes denggi dilaporkan dengan dua kematian di negeri ini sejak awal tahun sehingga 19 Mac lalu dengan 197 kes daripadanya melibatkan demam denggi manakala 21 kes lagi merupakan denggi berdarah. Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zainal Ariffin Omar berkata, mengikut daerah, Seremban mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 168 kes, diikuti Port Dickson 22 kes, Jempol 10 kes, Kuala Pilah dan Jelebu masing-masing lima kes manakala Tampin dan Rembau, empat kes. “Dua kes kematian yang dilaporkan berlaku di daerah Seremban,”
-
ISU PENGAMPU NAJIB:-
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyokong penuh kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahukan pemimpin berwibawa, berkebolehan dan dapat diterima rakyat dalam barisan kepimpinan beliau apabila mengambil alih jawatan Presiden UMNO selepas Perhimpunan Agung UMNO Mac ini.
-
Menurutnya, kriteria seperti yang dibayangkan oleh Timbalan Presiden UMNO itu jelas membuktikan bahawa parti memerlukan barisan pemimpin yang berupaya bekerja untuk rakyat dan negara dengan telus, bertanggungjawab serta amanah. Beliau berkata, perubahan yang bakal dilakukan Najib selepas Mac ini akan memberi ruang baru kepada UMNO untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu di samping mengukuhkan jentera pentadbiran kerajaan.

No comments:

Post a Comment