Tuesday, March 10, 2009

HARAP-HARAP PAKEJ RANGSANG EKONOMI DILAKSANAKAN DAN BUKAN SEKADAR OMONG KOSONG



Pakej yang diumumkan oleh Najib Tun Razak itu lebih sekali ganda daripada sekurang-kurangnya RM30 bilion atau 30 peratus daripada Bajet 2009 yang diharap-harapkan oleh pelbagai pihak termasuk penganalisis ekonomi.
Bajet Mini yang dibahagikan kepada empat teras itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu 2009 dan 2010.
- Teras pertama sebanyak RM2 bilion akan memberi tumpuan mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan;
- Teras kedua, RM10 bilion untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas;
- Teras ketiga, RM29 bilion untuk membantu sektor swasta menghadapi krisis dan
- Teras keempat, RM19 bilion untuk membina keupayaan masa depan.

-
Sebanyak RM15 bilion merupakan suntikan fiskal, RM25 bilion Dana Jaminan, RM10 bilion pelaburan ekuiti, RM7 bilion daripada inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan off-budget serta RM3 bilion insentif cukai.
-
-
JaNjI KeRaJaAn DeNgAn rAkYaT...

“Kerajaan beriltizam untuk terus melakukan segala yang termampu untuk mengukuhkan keyakinan rakyat dan meringankan keperitan yang dirasai terutamanya kepada mereka yang mudah terjejas.
“Kerajaan akan memastikan kesejahteraan semua rakyat akan terus dibela dan tiada yang terpinggir daripada mendapat manfaat langkah- langkah yang dilaksanakan,” .

"Kerajaan akan mewujudkan 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta. Ini meliputi 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan di pelbagai agensi kerajaan termasuk 13,000 jawatan pegawai kontrak".
-
Sama-samalah kita saksikan adakah pakej ini akan dilaksanakan ataupun hanya sekadar luahan dan janji palsu kerajaan untuk menyenangkan hati rakyat.

No comments:

Post a Comment