Monday, March 9, 2009

KERAJAAN NI NAK TOLONG RAKYAT KE NAK MENYUSAHKAN RAKYAT


Setelah isu tol sekarang timbul pula isu visa yang dikeluarkan kepada 70,000 pekerja Bangladesh yang dijangka tiba di sini tidak lama lagi merupakan salah satu masalah yang akan menyusahkan rakyat.
-
Pekerja di negara kita kini sudah kehilangan pekerjaan dan kedatangan pekerja asing akan memburukkan lagi keadaan. Jumlah yang besar ini akan menambahkan keadaan tidak selesa kepada rakyat terutama yang diberhentikan kerja. Jika terdapat kesulitan atau perjanjian yang sukar di antara kerajaan dan pihak berkenaan untuk membatalkannya, kemasukan itu perlu ditangguhkan bagi memberi peluang kepada rakyat kita membaiki diri.
-
Diharap Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri bermesyuarat segera dengan semua pihak berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah ini. Tumpuan haruslah diberikadalah lebih baik visa mereka yang akan datang dibatalkan semasa mereka masih lagi di negara asalnya daripada menunggunya tiba di sini. . Soal bagaimana untuk menangani pengangguran dan pembuangan kerja pekerja tempatan haruslah diberi keutamaan oleh pihak kerajaan.
-
Bukankah lebih baik visa mereka yang akan datang dibatalkan semasa mereka masih lagi di negara asalnya daripada menunggunya tiba di sini.
-
Siapakah yang punya rancangan membawa masuk lebih ramai orang bangladesh, bukankah Syed Hamid Alba yang punya kerja. Diharap pihak kerajaan memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat bukan untuk menyusahkan mereka.

1 comment:

  1. biarkan je la..
    UMNO = pembela BANGLA

    ReplyDelete