Monday, March 9, 2009

UMNO SEMAKIN TENAT PUNAT SETELAH SETAHUN BERLALU

POLITIK DENDAM DAN GILA KUASA

Berbekalkan dendam kesumat yang terbuku sekian lama dengan kalimat kononnya diri teraniaya setelah dikurung selama bertahun tahun personaliti ini keluar semula dengan imej lama berjanggut bak ulama melaungkan kezaliman kerajaan pimpinan UMNO dan BN,menjaja manifesto mudah dan murah jika berkuasa,memuji dan memuja musuh Agama ,Bangsa dan Negara demi mencapai cita cita untuk membalas dendam dan berkuasa di Malaysia bumi tercinta.Akibat disogok dengan kuasa,Tok Guru pun jadi lena dan membenarkan segala yang lara,menyokong yang bathil termasuk bersekongkol dengan prinsip kafir yang ditentang seumur hidup sebelumnya,tapi kini sanggup membenarkan diri menjadi boneka asalkan diri berkuasa,biarlah berdosa dan maruah dihina.

-
Begitu juga sebahagian dari dalam UMNO dan BN sendiri yang begitu murah dan tidak bermaruah,apabila Pak Lah tak nak rasuah, maka terbukalah pekung didada tetapi tetap angkuh dan mendabik dada, sanggup menggadai maruah diri dan keluarga, peduli apa jadi talam dua muka asalkan poket penuh senang berbuat dosa,pergi mampus lah Bangsa dan Negara.
-
JIKA MALAYSIA MENGHARAPKAN PERUBAHAN DARI KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT MAKA AKAN BERLAKU PERUBAHAN, BUKAN SEDIKIT BAHKAN TERLALU BANYAK, BUKAN LEBIH BAIK TETAPI AKAN MENGAKIBATKAN 'MALAYSIA' MENJADI' SIA SIA'.FIKIRKANLAH KERANA PERKARA BEGINI TIDAK PERLU IJAZAH ATAU PHD UNTUK DIFIKIRKAN, DI KAMPUNG, DI WARUNG, DI SAWAH, DI ESTET BAHKAN DI MANA SAHAJA ANDALAH PENENTU MASA DEPAN NEGARA, WASSALAM.

No comments:

Post a Comment