Tuesday, March 17, 2009

ORANG-ORANG UMNO MULA TAWAR HATI.

Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno walaupun sebenarnya dia tidak bersalah.
-
Khairy mendakwa terdapat agenda untuk menghalangnya daripada bertanding jawatan ketua Pemuda Umno hujung bulan ini."Saya tahu terdapat agenda tersebut, tetapi saya tidak tahu siapa yang bertanggungjawab dan mengapa mereka berbuat demikian.""Saya tetap tidak bersalah," tambahnya.
-
Menurutnya, beliau telah memberikan penjelasan kepada lembaga disiplin. Walaubagaimanapun, beliau menghormati keputusan yang telah dibuat oleh lembaga tersebut.
-
Benarkah agenda sebenar mereka ini adalah untuk menghapuskan semua penyokong Pak Lah di dalam UMNO?. Dan agendanya telah bermula dengan Norza, Azalina dan hari ini Mohd Ali dan Khairy Jamaluddin.
-
Sekiranya benar, ini adalah satu lagi episod malang di dalam UMNO.
-
-
-
Inilah salah satu luahan org-org umno, iaitu dari Umno Bagan Pinang.
http://umnobaganpinang.blogspot.com/2009/03/ada-agenda-untuk-menghalang-saya-khairy.html

No comments:

Post a Comment