Monday, March 23, 2009

PEMIMPIN BEGINILAH YANG KITA MAHU( PEMIMPIN YANG TIDAK DAPAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB LETAKLAH JAWATAN DAN RAKYAT AKAN RESPECT KAMU)

GEORGETOWN - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa peletakan jawatannya berikutan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai gejala rasuah dalam kes kuari di negeri ini.
-
“Saya tidak terlibat dengan apa-apa kes rasuah. Saya juga tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke Sinar Harian, di sini pada 1.30 petang kelmarin.
-
Kelmarin, Lim Guan Eng mengumumkan Mohammad Fairus meletakkan semua jawatannya dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, termasuk jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dalam satu surat yang difakskan kepadanya, tetapi jawatan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti tidak dilepaskan serta masih menjadi ahli PKR.
-
TAHNIAH KEPADA PEMIMPIN YANG BERANI KERANA TUGAS YANG ANDA PIKUL BUKANLAH TUGASAN YANG SENANG.

4 comments:

  1. diharap sikap begini menjadi budaya org politik malaysia, tgk jepun tu tetap maju walau beribu kali tukar menteri dsb. Sikap mengaku salah dan jujur penting wo dlm dunia politik skrg. Sbelum org halau, baik kita blah

    ReplyDelete
  2. bro... kenapa guna logo blogger pembela negara... kan ker itu logo Anti Pakatan Rakyat?

    ReplyDelete
  3. to momotaro.... DALAM BLOGGER PEMBELA NEGARA PUN ADA YANG NAK MEMBETULKAN APEW YANG X BETUL......

    ReplyDelete