Monday, March 30, 2009

SEJARAH KEDUA DALAM MALAYSIA SETELAH PERSIDANGAN BAWAH POKOK

Bukit Selambau jadi tumpuan
-
ALOR SETAR, Pertandingan 15 calon di Bukit Selambau, Kedah dijangka menjadi tumpuan apabila pilihan raya kecil diadakan serentak 7 April depan bagi kerusi negeri itu serta Batang Ai di Sarawak dan kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak.

-
Calon Barisan Nasional (BN), S Ganesan bukan sahaja berdepan dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikumar tetapi 13 lagi individu bertanding sebagai calon Bebas, sekali gus mencatat sejarah sebagai pilihan raya melibatkan paling ramai calon. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, bilangan calon di Bukit Selambau adalah teramai dalam sejarah pilihan raya di Malaysia. Rekod sebelum ini adalah pada satu pilihan raya di Sabah melibatkan lapan calon.
-
Calon-calon Bebas yang bertanding di Bukit Selambau ialah R Loganathan, Tan Hock Huat, Mohd Radhi Mat Lazim, Mohd Fadzli Wahab, Abdul Rahim Abu, L Sarala, A Jayagopal, S Moganakumar, Khamis Awang, Husaini Yaacob, Venason Michael, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid dan T Chandrarajan. Abdul Aziz berkata, bilangan calon Bebas yang ramai bertanding mungkin disebabkan calon Bebas yang menang pada pilihan raya umum tahun lepas telah dilantik menjadi ahli Exco negeri.
-
Pilihan raya kecil kerusi Bukit Selambau diadakan selepas penyandangnya V Arumugam dari PKR meletak jawatan 8 Februari lalu. Beliau menang sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum lepas sebelum menyertai PKR dan dilantik sebagai Exco.

1 comment:

  1. Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
    mohyidin bodoh! mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
    abis pungutan duit poket die?

    fakta telah beritahu..
    link:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html

    ReplyDelete